Skip to content

Syawal dan Kematian

Oktober 5, 2008

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana selesai sudah kita menjalankan latihan Ramadhan untuk menggapai takwa walau pun kalau boleh aku mengharapkan Ramadahan berterusan kerana peluang kita mendapat limpah rahmat, keampunan serta pembebasan dari api neraka terbuka luas dalam bulan Ramadhan.  Eid Mubarak juga sudah berlalu kerana ia beredar mengikut berlalunya masa. Semoga Ramadhan yang pergi tahun ini membawa bersama amal bakti kita. Semoga amal bakti kita diterima oleh Allah SWT. Semoga kita juga dapat bertemu dengan Ramadahan tahun akan datang.

Walau bagaimana pun penulisan aku diblog ini tidak dapat mencapai hasrat aku untuk menulis posting setiap hari. Aku hanya mampu menulis sebanyak 17 enteri sahaja. Itu adalah kelmahan aku. Sebab aku tidak dilatih sebagai penulis, aku hanya dilatih sebagai guru yang mengajar di dalam bilik darjah. Kerja aku mengajar setiap hari. Itu pun kalau ada murid yang hendak belajar. Kalau murid tiada dalam kelas taklah pula aku kena pergi cari murid diceruk rantau dalam kawasan sekolah atau diluar kawasan sekolah.

Aku timbulkan perkara ini kerana ini merupakan masalah utama yang aku hadapi selepas peperiksaan percubaan SPM. Sepatutnya kita membuat ulangkaji, membuat persediaan bagi murid-murid menghadapi SPM. Biasanya guru-guru akan membincangkan berbagai strategi menjawab soalan, memilih soalan tertentu yang berkemungkinan disoal dalam peperiksaan SPM untuk diteliti dan diulas cara menjawabnya. Semestinya soalan percubaan juga akan dijawab atau ditunjukkan cara menjawabnya. Aku selalu mengingatkan murid-murid aku agar hadir kesekolah setiap hari kerana kita buat program yang terancang untuk menyediakan mereka menghadapi SPM sebenar. Empat lima tahun yang lalu sambutan dari murid memang menggalakkan terhadap persediaan ini. Begitu jugalah sepanjang aku mengajar sebelum dari tahun-tahun itu. Tetapi entah salah dimana aku pun tak tahu, dua tiga tahun kebelakangan ini aku dapati respons murid-murid aku terhadap program ini mendukacitakan. Tahun lalu aku amat terasa. Respons mereka kepada program akhir sebelum peperiksaan tersangat minima.

Apakah keadaan ini bersangkut paut dengan medium pembelajaran iaitu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)? Aku rasa ianya ada korelasi yang sangat besar. Keadaan murid hilang dari sekolah selepas peperiksaan percubaan, kadar ponteng sekolah yang tinggi diakhir tahun, ramai murid belajar ala pembelajaran jarak jauh yang semuanya kian meningkat ada berkait rapat dengan PPSMI. Kalau tak percaya buatlah kajian yang bebas dari unsur-unsur arahan dari atas.

Kalau kajian berdasarkan arahan dari atas seperti ujian diagnostik, dipstik atau laporan Guru Besar/ Pengetua memanglah PPSMI sifatnya berjaya. Sebabnya mudah sahaja Pengetua biasanya melaporkan apa yang baik-baik sahaja. Jadi laporan Pengetua / Guru Besar, PPSMI baik. Laporan sampai ke PPD, pegawai PPD membuat laporan seterusnya kepada Pengarah JPN, PPSMI baik. Pengarah JPN melaporkan kepada KPPM, PPSMI baik. KPPM melaporkan kepada menteri, PPSMI baik. Menteri melaporkan kepada kabinet dan seluruh negara PPSMI baik.

Aku bukan nak temberang, tetapi pengalaman sebagai orang yang membuat laporan diperingkat sekolah, melaporkan kepada pengetua bahawa aku merumuskan PPSMI ini akan menjadikan apa “yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat”.  Yang dikendong ialah semangat pembelajaran sains dan matematik yang sudah baik. Yang dikejar ialah penguasaan Bahasa Inggeris. Akibat laporan aku dimarahi oleh GPK Kurikulum sekolah aku. Aku tetap tak mahu menukar rumusan itu. Setelah empat tahun apa yang aku tulis tahun 2004 dahulu adalah betul.

Pada pagi Jumaat lalu sekitar jam 2.15 pagi (3 Syawal) aku dikejutkan oleh satu peristiwa pulangnya adik aku buat selamanya menghadap Allah SWT. Adik aku ini adalah seorang Ustazah yang menjadi GPK HEM di Sekolah Kebangsaan. Dia baru berumur 52 tahun 10 bulan. Kembalilah lagi seorang adik beradik aku menghadap Allah SWT. Kini tinggal aku berlima. Tiga orang kakak dan seorang adik perempuan. Oleh kerana ia meninggal dipagi Jumaat disahkan kematiannya oleh Pembantu Perubatan dari kelinik berhampiran jam 2.30 pagi maka aku dan adik iparku membuat keputusan untuk membuat pengkebumian sebelum solat Jumaat. Pada awal pagi itu saudara mara aku sudah datang. Selepas solat subuh semua persediaan berjalan dengan lancar.

Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dalam pengurusan jenazah adik aku. Inilah adik yang tinggal berjiran dengan aku. Jarak antara rumah aku dan rumahnya sekitar 300 meter sahaja. Adik beradik yang lain jauh belaka. Maka hilang sudah Mak Andak anak-anak aku. Hilang sudah tempat bermanja sebahagian anak-anak saudaranya termasuk anak-anak aku. Pemergiannya aku iringi dengan al Fatihah. Sekian TQ

4 Komen leave one →
  1. betau2boston permalink
    Oktober 10, 2008 10:18 pm

    salam ziarah. semoga anak murid cikgu berjaya dalam spm kelak. Bertuah mereka mendapat cikgu yang berkomitmen tinggi. Semoga cikgu tak putus asa mendidik anak bangsa agar enjadi insan berguna dunia akhirat. Ameen Rindu nak mengajar semula….
    cikgusekolahskbetau-boston.blogspot.com

  2. betau2boston permalink
    Oktober 10, 2008 10:21 pm

    tahziah atas kematian adik. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Ameen…saya rindu untuk mengajar semula..

  3. Ummu Aniq permalink
    Oktober 11, 2008 2:16 am

    Salam..

    Takziah atas pemergian adik tuan. Itulah janji Allah, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati… Cuma masa dan ketikanya tiada siapa yang tahu kecuali Dia, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menentukan segala-galanya. Semoga anak-anaknya tabah menghadapi kehilangan ini dan semoga Allah mencucuri rohnya dengan rahmat, InsyaAllah.

  4. fitri permalink
    Oktober 11, 2008 7:52 pm

    salam.. takziah pd di ucapkan pd famili dan alberangque..semoga ALLAHmencucuri rahmat ke atas rohnya..insyaALLAH. banyakkan sabar.. smga ALLAH meredhai hidup kita di dunia dan akhirat..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: