Skip to content

Kiriman ke 100 – PPSMI

Oktober 22, 2008

Ini adalah kiriman aku ke 100 di Wadah Orang Kampung. Sejak memulakan laman sesawang ini pada 3 November 2007 dahulu. Sedikit sebanyak aku dapat juga menyumbang kepada keperluan guru-guru, murid-murid dan orang awam. Dapat jugalah aku memberi sedikit sumbangan kepada orang lain.

Hari Isnin 20 Oktober 2008, anak aku yang ke 7 mengambil peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pahang. Ini adalah anak lelaki aku yang ke 4 juga anak lelaki bongsu. Dari lapan anak aku (4 lelaki dan 4 perempuan) tiga darinya belajar di SMA Al Maidah Ad Diniah Padang Tengku. Mendahuluinya ialah abang long, selepas SPM menyambung pelajaran peringkat Diploma di KIPSAS. Dapat Diploma Pengajian Islam kemudian menyambung pengajian dibidang Perniagaan Antarabangsa di KUTPM (MSU). Abang Long kini buat MBA di MSU. Diikuti kedua ialah anak kelima, perempuan (Kak Tam), selepas SPM buat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di IIC, Gombak dan kini membuat Ijazah di UM. Setakat ini tiadalah anak-anak aku ni yang meneruskan pengajian tinggi dalam bidang Pendidikan Islam. Tiga lagi anak aku buat Kejuruteraan. Oleh itu aku mengharapkan sangat anak lelaki aku ini dapat menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Itu sekadar harapan ayah bonda, terpulanglah kepada yang ampunya diri sama ada boleh atau tidak.

Masa ini aku lihat di sekolah ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian. Fokus aku ialah kepada murid bukan kepada ehwal lain. Murid masa ini kurang motivasi dalaman (Internal motiavtion) dan juga lemah kemahiran belajar. Sewajarnya diawal tahun perkara ini perlu diberikan penekanan agar apabila sampai akhir tahun seperti sekarang tak timbul masalah ini terutama kepada mereka yang hendak mengambil peperiksaan.

Antara tanda murid kurang motivasi dalaman ialah murid-murid kurang membuat ulang kaji sendiri, tiada cita-cita yang jelas, kalau tiada guru mereka akan buat kerja yang tidak berkaitan dengan pembelajaran, berborak semasa guru mengajar, tidur semasa guru mengajar, tidak menyalin apa yang dicatatakan diskrin atau papan putih/hitam.

Antara tanda murid tidak pandai atau tahu kemahiran belajar ialah tidak membaca buku teks sebelum atau selepas kelas (pengajaran), tidak membuat nota sendiri, malas menulis, sebahagian besar tidak hafal sifir, tak pandai membuat perbincangan. Masalah ini ditambah lagi bagi mata pelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium of instruction seperti Sains dan Matematik dan mata pelajaran teknikal yang lain.

Dengan menggunakan English as the medium of Instruction for certain subject, pengajaran mata-mata pelajaran yang terlibat menghadapai masalah besar. Ini ditambah lagi dengan kelemahan berbahasa Inggeris banyak terjadi di kalangan murid-murid dari luar bandar dan lower income group (SES rendah).  Akhirnya orang kampung (luar bandar) dan anak orang miskin akan terus ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara.  Inilah agaknya hasrat pemimpin yang hendak sangat PPSMI itu diteruskan. Hujah globalisasi hanya sekadar hujah sahaja untuk mengaburi mata mereka diluar arena pendidikan. Kita bukan anti Bahasa Inggeris tetapi kalau p & p Bahasa Inggeris yang bermasalah biarlah guru BI yang selesaikan.

Kita tanya Kementerian Pelajaran, adakah guru terlatih BI cukup? (Jawabnya tak cukup) yang ada mengajar di kebanyakan sekolah terutama di luar bandar ialah mereka yang dilatih dalam disiplin pengajaran bahasa Melayu tetapi diminta mengajar BI. Malah ada guru pendidikan Islam yang mengajar BI. Itulah senario P & P BI di sekolah terutama di Luar Bandar.

Cadangan 1: Kita pernah kekurangan guru sains dan metematik tahun 70’an dahulu terutama di Sekolah Menengah di luar bandar (kampung). Bagaimana penyelesaian dibuat? UPM dan ITK (UTM kini) telah merekrut anak-anak kampung yang pandai sedikit sains dan metematik, dilatih selama tiga tahun di berikan diploma Sains dengan Pendidikan dan dihantar balik ke kampung mereka untuk mengajar. Hasilnya tahun 80’an problem ini selesai malah tahun 1985 guru sains matematik dah berlebih. Apa salahnya Kementerian Pelajaran rekrut anak kampung yang dapat 4B, 3B, 2A atau 1A Bahasa Inggeris dalam SPMnya terima mereka ke IPG, latih lima tahun, beri Ijazah dan hantar balik ke kampung mereka. Jangan ambil mereka dari bandar. Nanti susah bila nak posting.

Cadangan 2: Naikkan kota guru BI disekolah. Sehingga satu kelas dua orang guru. Biar mereka guna kaedah Team Teaching atau apa-apa kaedah P & P Bahasa Inggeris yang terkini dan paling sesuai. Aku rasa kalau guru terlatih dalam bidang BI yang mengajar BI pasti masalah komunikasi BI dikalangan rakyat malaysia akan dapat di atasi. Jadi tak perulah kacau subjek lain. Aku sebagai guru sains tak dapat elaun PPSMI pun tak apa!!. Lagi pun aku nak bersara tak lama lagi (next year).

Sekian posting ke 100. TQ

2 Komen leave one →
  1. Ummu Aniq permalink
    Oktober 22, 2008 9:06 am

    Salam.
    Mudah-mudahan anak tuan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SMA. Sekarang SMA diambil masa tingkatan 4, berbeza dengan zaman saya dulu (SMA Al-Ihsan, Kuantan) SMA diambil masa tingkatan 5… Tahun tu dua peperiksaan besar iaitu SMA dam SPM, tapi alhamdulillah… Berkat usaha kami dan guru-guru yang tak pernah jemu mengajar dan memberi motivasi, akhirnya kami berjaya kedua-dua peperiksaan tersebut dengan cemerlang. (Buat pertama kalinya Sekolah Al-Ihsan mendapat 100% dalam SPM 1988).

    Benar kata tuan, kemahiran belajar perlu dikuasai jika ingin berjaya. Moga anak-anak generasi ini ada kesedaran ini…

  2. betau2boston permalink
    Oktober 26, 2008 12:51 pm

    Assalammualaikum
    Saya setuju dengan pendapat tuan mengenai PPSMI ini. Pengalaman saya mengajar matematik di SK Betau, K.LIpis lagi mencabar terutama untuk murid2 sekolah orang asli. MEreka tidak menguasai bahasa melayu dan kita terpaksa mengajar dalam BI. Maknanya untuk menguasai Matematik mereka kena belajar 3 perkara. Nombor, BI dan BM. Sebab tu murid orang asli jauh ketinggalan dalam menguasi ilmu. Bila PPD atau JPN datang bagitau peratusan Daerah Lipis dalam UPSR tempat ke dua terakhir dalam negeri Pahang disebabkan peratus sekolah orang asli. Tapi inilah cabaran yang dihadapi oleh guru2 di sekolah orang asli. Terusakn usaha wahai guru2 di Daerah OA

    Saya doakan semoga tuan redha dengan ketentuan ini. Teruskan mengajar walaupun terdapat ketidakpuasan di hati demi anak bangsa tercinta. Mereka mengharapkan tuan untuk membantu mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: