Skip to content

Rakanku Bersara Wajib

Oktober 23, 2008

Pada 21 Oktober 2008 (Selasa), sahabat karib aku, yang juga Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, Tuan Haji Zahari Haji Uda, SMP., menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  Siswazah selepas berkhidmat selama 31 tahun 4 bulan 21 hari. Kami datang dari kampung yang sama. Kami orang kampung. Bersekolah di sekolah rendah yang sama, Sekolah Kebangsaan Relong hanya dia lebih tua beberapa bulan dari aku.

Kami memulakan perkhidmatan pada hari yang sama iaitu pada 1 Jun 1977 di sekolah yang sama SMK Padang Tengku. Dia mula berkhidmat selepas mendapat Ijazah dari UKM aku mula berkhidmat sebagai guru selepas mendapat Diploma Sains dengan Pendidikan dari UPM. Oleh itu aku terpaksa meninggalkan SMK Padang Tengku tahun 1983 hingga 1985 untuk membuat Ijazah Bacelor Sains (Kepujian) dari UPM. Dia yang tinggal meneruskan perkhidmatannya selama 15 tahun di SMK Padang Tengku sehingga mendapat jawatan Tingkatan Kanan dan ditukarkan ke SMK Padang Saujana, Jerantut menjadi Pengetua disana. Dari satu padang tukar ke padang yang lain. Kemudian bertukar pula ke SMK Kota Gelangi, Jerantut. Dari padang tukar ke kota. Seterusnya mendapat DG2, beliau bertukar pula ke SM Teknik Temerloh, Simpang Sanggang. Dari kota tukar ke simpang. Dari SMK Teknik Temerloh balik ke SMK Teknik Kuala Lipis. Dari simpang balik ke lubuk sendiri. Dari SMK Teknik Lipis diangkat menjadi PPD Cameron Highland dan kemudian menjadi PPD Lipis.

Selama 15 tahun berkhidmat di SMK Padang Tengku, kami berkongsi murid. Murid dia muridku juga. Kini murid yang berjaya ada jadi guru berkhidmat bersama-sama di daerah Lipis ini. Ada yang tak berjaya dalam akademik berjaya dalam bidang lain seperti kontraktor yang boleh pakai kereta besar. Mereka tetap murid kami juga. Ada yang menjadi ibu bapa murid-murid aku masa ini. Dulu ajar mereka kini ajar anak-anak mereka.

Haji Zahari pernah aktif dalam politik. Pernah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Mohd Najib Tun Razak dan Adnan Yaakob sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mohd Najib (Pekan), Adnan (Bentong) dan Zahari (Lipis). Najib dan Adnan cerah bintang politiknya. Datuk Seri Mohd Najib setangga lagi ke PM. Dato’ Adnan dah lama jadi MB Pahang. Hanya Zahari, bintang politiknya tak cerah. Carrrier politiknya tercantas akibat peraturan dalam Perkhidmatan Awam yang tidak membenarkan penjawat awam aktif dalam politik. Zahari orang kampung tak ada sumber pendapatan lain selain jadi PPP Siswazah (guru). Adnan anak orang kaya, walaupun dia juga guru (Guru Sejarah) beliau ada back up dari segi sumber pendapatan dan kerana itu bintang politiknya boleh dicerahkan. Najib lagilah dia anak PM dan anak Orang Kaya Indera Syahbandar, orang besar berempat Negeri Pahang, memanglah dia boleh menyinarkan bintang politiknya. Walau bagaimana pun bintang Zahari dalam Pendidikan tetap cerah. Bersara ia sebagai PPD. Ada orang yang berhajat sangat nak jadi PPD sebelum bersara tak dapat. Haji Zahari dapat jadi PPD walau pun orang tak nak dia jadi Ketua Sektor di JPN Pahang.      

Pengalaman sebagai guru di sekolah yang sama banyak mengingatkan aku berberapa perkara. Haji Zahari semasa menjadi guru disiplin sekolah memang ditakuti oleh murid-murid, dia garang dan dia tak takut sesiapa. Memang masa itu sekolah aman. Murid-murid yang main-main dan suka langgar disiplin akan kena jadi tak ramai yang berani mencuba buat-buat tak tentu pasal.  Beliau jadi ketua rumah sukan, rumah sukannya Laksamana tetap jadi Johan.

Sebagai guru dia mampu menjadi motivator yang baik. Pernah ditahun 1987 dan 1988 beliau mencabar murid-murid Geografi tingkatan lima. Sesiapa yang dapat A1 Geografi dalam SPM akan diberi hadiah. Hadiahnya ialah sebiji proton saga. Malangnya tiada seorang pun yang berjaya dapat A1 dalam geografi SPM mereka. Aku tak berani sebab ramai yang dapat A1 dalam Rampaian Sains ketika itu.

Agenda sesudah bersara aku tak tahu. Tetapi yang pasti dia akan tinggal di Kampung Relong. Aku pasti kami akan merancang sesuatu yang baik untuk kampung kami. Semoga Haji Zahari Haji Uda dan seluruh keluarganya bahagia. Terus berbakti kepada bangsa dan nusa. Sekian posting kali ini, TQ.

8 Komen leave one →
  1. Mac 22, 2009 2:05 am

    assalamualaikum….sy jg bekas warga saujana. 8thn membesar dengan nasi kawah aspuri saujan. sesungguhnya para pemimpin saujana adalah yg terbaik dan sy berbangga dengan mereka..

  2. Jun 8, 2009 1:50 pm

    saya ex student smkpt 95-99.trlalu byk kngn dsana

    Tahun 95-99, saya tak ada di SMKPT. Ketika itu saya adalah penolong kanan dan pemangku pengetua di SMK Sungai Koyan (1995). Kemudian saya menjadi Pengetua di SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis. (1996 – 2001). Rasanya Haji Zahari ketika itu menjadi pengetua di SMK Kota Gelangi, Jerantut.

  3. roshidah mohamad permalink
    Februari 19, 2010 9:59 pm

    salam,,,,,,cikgu…..saya anak murid cikgu kat sg koyan….cikgu ngajar bio….

    Terima kasih kerana ingat kepada saya. Saya rasa Sidah ni cikgu juga kan? Masa ini mengajar di Raub.. Kalau salah minta maaf.

  4. roshidah mohamad permalink
    Februari 21, 2010 10:16 pm

    ha ah, saya ni anak murid cikgu yg ngajar kat raub tu, aderlah sesekali kita jumpa masa cikgu beri ceramah kat skolah saya……

    Mengajarlah dengan ikhlas, Kalau nak kaya jangan jadi cikgu. Kalau nak glamer jangan jadi cikgu. Kalau nak ternama jangan jadi cikgu. Kalau nak gemilang jangan jadi cikgu apatah lagi kalau nak terbilang janagan jadi cikgu. Jadilah cikgu untuk mengajar…. Mendidik pun jangan sebab kementerian tak benarkan. Kementerian Pelajaran Malaysia… Sekadar membenarkan cikgu mengajar sahaja….

  5. September 27, 2010 1:16 pm

    salam beh…itu panggilan manja beliau di kampung…..moga2 sentiasa sihat dan jaga kesihatan selalu…mantan boss saya..beliau seorang pemikir dan kreatif…..tak cukup tangan nak layan pemintaan beliau..hehehe…hidup beh ! hidup kampung relong !!!!

    Pertama, tahniah kepada Hussaini kerana jadi orang Relong dan buat rumah besar di Jalan Caruk Membebek, Kampung Relong. Kedua, bila jadi orang Relong kena ikut cara berfikir orang Relong. Suka tolong orang, suka buat makan-makan, suka lihat saudara mara berjaya. Ketiga, ada masa pemikiran kreatif pun ada yang tak diterima, oleh itu buatlah secara diam-diam agar yang tak faham akan tidak memberikan bantahan. Keempat, sepatutnya semua orang Relong akan menjayakan Jamuan Raya 1Relong pada 3 Oktober 2010 nanti, diharapkan semua orang akan bantu menjayakan.. Itu adalah idea Haji Zahari.. Aku bantu sahaja di mana-mana yang aku boleh.

  6. abdul.rahman bin bakar permalink
    April 19, 2012 9:54 pm

    cikgu zahari,cikgu yusuf cikgu ahmad kamal(pengetua),cikgu fatimah,cikgu kamarudin(kd)ustaz mohamad khatibngah jasa kalian tetap saya ingat sampai bila-bila. semoga diberkati allah.

    Salam, semua nama yang tertulis di atas sudah bersara…. Yang awal dan meletak jawatan ialah cikgu Fatimah… dia balik ke Terengganu…

  7. Mei 15, 2014 9:08 pm

    kepada rakanku semua yang masih mengenali diri saya ingatlah guru guru kita yang banyak berjasa doakan mereka semoga sihat sejahtera.buat masa ni sayabertugas dipenjara sg.buloh selangor..wassalam sarjan penjara .

  8. Jun 5, 2014 9:20 pm

    kepada rakanku zulafendi mohd.asri .abdul.jabar,salehudin,dimana kalian berada sekarang.,teringat semasa sekoloh duly.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: