Tips Sains SPM
Sempena Peperiksaan SPM yang akan bermula pada 11 November 2008 nanti, suka juga saya menurunkan beberapa panduan bagi guru-guru, ibu bapa dan calon yang terlibat dengan mata pelajaran Sains SPM (1511). Sebenarnya saya telah menuliskan panduan ini dalam satu enteri beberapa minggu yang lalu dibawah tajuk MUSIM PEPERIKSAAN, tetapi nampaknya tak ramai pengunjung yang membacanya. Oleh itu saya tulis sekali lagi perkara yang sama.
(Dimusim peperiksaan 2009 ini saya dapati ramai yang menziarah kiriman ini. Oleh itu saya cuba kemaskini kiriman ini agar ia menjadi lebih bermakna kepada para guru dan calon SPM khususnya)
Kertas Sains 1511 (SPM) mempunyai dua kertas. Kertas 1 adalah merupakan kertas objektif. Kertas ini menguji tiga konstruk iaitu pengetahuan, kefahaman dan applikasi. Jumlah soalan ialah 50. 25 soalan adalah soalan yang menguji pengetahuan (recall items), 15 soalan menguji kefahaman (thinking items) dan 10 soalan menguji applikasi (thinking items). Oleh itu kalau tanya mana soalan kemahiran berfikir dalam soalan sains, jawabnya lihatlah soalan-soalan kefahaman dan soalan apliksai. Dari segi taburan soalan pula, soalan sains ini diambil dari semua tajuk dalam kurikulum sains menengah atas. Terdapat 15 tajuk yang diuji. Mana-mana tajuk yang panjang lima soalan diperuntukkan, manakala tajuk yang pendek hanya dua atau tiga soalan diperuntukkan. Ini berterti semua tajuk mesti diulangkaji. Tajuk yang tidak diuji bagi soalan objektif (kertas 1) ialah tajuk pertama dari tingkatan empat. (Investigating Science). Tidak ada soalan objektif dari tajuk ini.
Manakala bagi Kertas 2, terdapat tiga bahagian. Bahagian A, soalan berdasarkan Kemahiran Proses Sains. Bahagian B, soalan pengetahuan dan kefahaman. Bahagian C, soalan mengeksperimen (Soalan 10) makala soalan 11 dan 12 merupakan soalan pilihan yang menguji kefahaman dan kemahiran berfikir yang meliputi mengkonsepsi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Bagi kertas 2 ini, Bahagian A. Calon mesti tahu dan faham kemahiran proses sains. Jawapan kepada empat soalan dalam bahagian ini ada dalam soalan dan gambarajah yang diberi. Jawapan itu boleh diperolehi secara tersurat atau tersirat dalam ‘stem’ soalan atau gambarajah. Terpulanglah kepada calon untuk mengutip dan menjana jawapan yang memang ada dalam kertas soalan. Markah bagi Bahagian A ialah 20.
Dalam bahagian ini sebanyak 11, Kemahiran Proses Sains (KPS) akan diuji. KPS itu ialah: Memerhati, Mengelas, Mengukur menggunakan nombor, Membuat Infrens, Meramal, Berkomunikasi, Membuat Perhubungan ruang dan masa, Mentafsir Data, Mendefinisi secara operasi, Mengawal Pembolehubah (Pembolehubah dimanipulasi, Pembolehubah bergerakbalas dan Pembolehubah dimalarkan) dan Membuat Hipotesis.
Bahagian B. Calon mesti membawa bekalan yang cukup. Bekalan dapat dirujuk dari buku teks. Bekalan dibawa dalam bentuk pengetahuan (perlu ingat) dan kefahaman (menggunakan maklumat yang diberi seperti gambarajah, atau ayat-ayat keterangan yang ada dalam soalan). Terdapat lima soalan dari bahagian ini. Markah yang diperuntukkan ialah 30. 20 markah untuk pengetahuan dan 10 markah untuk kefahaman.
Bahagian C. Soalan No. 10 (KPS ke 12 iaitu Mengeksperimen). Calon mesti tahu cara mendapatkan pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerakbalas dari pada pernyataan soalan dalam kotak yang diberikan. Apabila pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerakbalas diperolehi, maka lima markah sudah ada dalam tangan. Antara sumber markah yang boleh didapati ialah; membuat hipotesis, menulis tujuan eksperimen, menulis semua pemboleh ubah dan melukis jadual data. Apabila membuat hipotesis perlulah diingat, membuat ayat pernyataan yang menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas. Apabila membuat tujuan eksperimen, ayat mesti bermula dengan perkataan untuk mengkaji atau untuk menyiasat dengan diikuti oleh pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas.
Agak sukar bagi calon melengkapkan senarai radas dan bahan. (Biasanya calon perlu memberikan satu atau dua radas sahaja, yang lain telah diberikan. Untuk mendapatkan empat markah bagi prosedur/kaedah, panduan berikut wajar digunakan iaitu; 1. menerangkan bagaimana radas dipasang, 2. menerangkan bagaimana pembolehubah bergerak balas diuruskan atau didapatkan, 3. bagaimana pembolehubah bergerakbalas diukur, diperhati dan direkod, 4. Bagaimana pemboleh ubah dimanipulasi diuruskan. Sekiranya calon mengikut tips ini dengan menggunakan sedikit pengetahuan dan fikiran, calon berkenaan boleh dapat markah penuh.
Bagi soalan No 11 dan 12, terdapat dua ceraian. Cerian (a) adalah merupakan soalan yang menguji kefahaman. Oleh itu calon terpaksa mempunyai pengetahuan asas yang kuat untuk menjawab soalan cerian (a) ini yang membawa empat markah. Antara perkara yang ditanya ialah menerangkan atau menjelaskan proses atau membanding antara dua perkara. Kata tugas soalan yang biasa digunakan ialah: Terangkan; Jelaskan; Bandingkan atau Bezakan.
Cerian (b) pula akan menguji kemahiran calon dalam mengkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Cerian ini membawa enam markah. Untuk mendapat markah penuh calon hanya perlu menulis jawapan bagi apa yang diminta dalam soalan. Ada masanya jawapan untuk satu dan dua markah sudah ada dalam soalan. Apa yang perlu ialah calon kenalah berfikir untuk mendapatkan jawapan. Calon yang cepat hendak tidur tidak akan dapat menjawab dengan baik.
“Pada tahun 2003, format kertas solan seperti di atas diperkenalkan. Soalan 11 dan 12 bagi cerian (b) tidak diberikan panduan cara menjawabnya, tetapi bermula tahun 2004 sehingga 2013 panduan menjawab bagi cerian (b) dibekalkan. Bermula tahun 2014 panduan menjawab soalan ini tidak diberi. Agaknya kerana Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu para guru dikehendaki mengajar cara bagaimana Membuat Konsepsi, Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan. Insya Allah saya akan tulis hal ini dalam masa terdekad.”
Selalu calon bertanya saya, tajuk manakah atau sub tajuk yang mana akan ditanya. Jawapan mudah ialah dalam kertas 2 ini terdapat 12 soalan. Manakala tajuk yang dipelajari ialah 15 tajuk. Oleh itu bacalah semua tajuk untuk membolehkan anda mendapat keselesaan waktu menjawab soalan. Jangan lupa mengulangkaji soalan-soalan tahun-tahun sebelum.
“Ya Allah berilah aku kekuatan untuk memahami kehendak soalan dan Ya Allah berilah aku ilham dan ingatan serta kefahaman untuk menulis jawapan yang tepat dan betul.” Inilah doa yang aku selalu ajarkan kepada murid-muridku agar mendapat pertolongan dari Allah SWT
Ini adalah posting yang ke 104 dan posting merupakan posting yang menandakan saya sudah berada diblok ini selama satu tahun. Posting yang pertama dahulu ialah pada 3 November 2007. Semoga saya dapat lagi menyumbang kepada semua orang yang ingin mencari pengetahuan dan kefahaman. Sekian TQ.
assalamualaikum…
cikgu yusof..
thnks cz ajar kami selama ni…
kami seronok bljar dengan cikgu….
dan halalkan ape yang cikgu ajar selama ini…
dan doa kan lah supaya kami lulus dengan cemerlang spm 2008…
bdk 5 ict
-amin-
asssalamualaikum. terima kasih atas tip yg diberi. walaupun saya membacanya slps spm, saya blh gunakan utk thn hdp. utk guru-guru baru dlm panitia saya dan pelajar sains saya. cikgu ada bahan mengenai sps/kemahiran prs sn. ?
assalamualaikum
minta tolong antar website yang ada soalan ramalan sains spm boleh?
Macam mana nak buat kertas 2 SPM …tolong ajar please
Enjoying technology includes a lot of benefits that
will outweigh issues and frustrations.