Skip to content

SPM: Apa selepas itu?

November 10, 2008

Esok, 11 Nov 2008, bermulalah peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008. Pagi tadi di sekolah, kami para guru masih mengambil kesempatan untuk berusaha memberikan bekalan kepada murid-murid kami calon SPM 2008. Hari ini tiga mata pelajaran teras dihidangkan kepada calon-calon SPM. Sains Teras/Fizik, Sejarah dan Bahasa Melayu. Itulah guru yang tak kering dengan usaha dan sanggup menyediakan pertolongan sehingga kehari terakhir.

Saya gunakan perkataan hidang berdasarkan kesungguhan guru membantu murid. Ramai murid yang hadir tetapi malang juga masih ada murid yang tidak datang. Mereka ini tidak prihatin kepada para guru yang sangat prihatin kepada mereka. Sedih dan pilu rasanya. Orang nak bantu tapi mereka tak sudi. Kita aje yang hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong. Itulah nasib cikgu. Dikalangan yang hadir pula ada yang betul-betul ingin dibantu. Bersungguh mereka mengikuti program yang dilaksanakan oleh guru mereka. Alhamdulillah sejuk hati guru. Bersemangat pula rasanya nak bantu lagi. Ada juga yang hadir itu sekadar hadir badan sahaja. Mindanya entah kemana. Kadang-kadang ada juga rasa sedih dan keciwa tetapi kerana ada yang nak belajar biarlah mereka yang mindanya merayau itu seperti luncai. Terjunlah dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan!! Sebenarnya itulah gambaran anak-anak kita disekolah masa kini.

Satu perkara yang ingin saya sebut disini adalah berkaitan dengan perasaan saya sendiri sebagai guru. Ketika saya mula-mula mengajar di SMKPT ini tahun 1977 dahulu saya sangat gembira. Apatah lagi ditahun-tahun berikutnya usaha saya berhasil. Saya berjaya sebagai guru memujuk anak-anak murid masa itu untuk meminati mata pelajaran Sains walau pun rata-rata ketika itu mengatakan Sains itu susah. Lama kelamaan kepercayaan bahawa sains itu susah telah hilang. Saya berjaya meramaikan anak-anak mengikuti aliran sains. Pendekatan saya betul, motivasi saya tepat. Mudah menyedarkan murid-murid itu siapa mereka. Yang lebih penting ialah perasaan ingin belajar dan terus belajar itu dapat dipupuk dan terserlah dengan jelas terutama diakhir tahun 80’an dan awal 90’an. Saya rasa kaedah dan pendekatan saya betul dan benar kerana saya berasal dari tempat ini. Saya dibesarkan dikawasan ini. Saya tahu keadaan penduduk disini. Saya prihatin kesusahan mereka.

Sekarang, saya yang bertugas di sekolah yang sama merasakan kegagalan dalam membuat kerja-kerja seperti yang saya lakukan di masa saya mula mengajar dahulu. Motivasi saya kurang mengena. Berbagai kaedah dah dibuat tapi tak berkesan. Anak murid tambah buat masalah. Perkara ini banyak berlaku terutama empat lima tahun kebelakangan ini. Agaknya aku tak sesuai mengajar lagi, dah nak kena berhenti. Nasib baiklah aku nak bersara tahun hadapan (2009).

Jumaat lepas kami mengadakan majlis penitisan ilmu. Aku diberikan kesempatan mewakili semua guru sekolah aku untuk menyampaikan ucapan bagi meredhakan ilmu pengetahuan yang telah kami titiskan sepanjang murid-murid ini belajar. Aku telah menyebut beberapa perkara, antaranya:

Indahnya kejayaan: Mengikut pengalaman, masa persekolahan merupakan zaman yang manis ketika melalui lorong kehidupan. Kemanisan itu akan lebih bertambah sekiranya zaman persekolahan itu diiringi dengan kejayaan dalam SPM. Zaman yang indah dan manis inilah menjadi nostalgia yang bakal diceritakan kepada anak, cucu dan generasi mendatang. Untuk bukti para murid bolehlah bertanya kepada guru-guru mereka. Pastinya banyak cerita gembira yang tersua dalam bicara. Yang sedih ada juga tapi dicerita dalam nada bahagia. Nostalgia itu lebih indah dari seronoknya bercinta. 

Persekolahan hasilkan orang berilmu: Orang berilmu akan dinaikkan darjatnya disisi Allah. Itu mafhum dari Al Quraan. Orang yang melalui jalan-jalan mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan kesyurga. Itu maksud dari al Hadith. Sesiapa yang ingin bahagia di dunia hendaklah dia berilmu, sesiapa yang hendakkan bahagia di akhirat hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang hendak bahagia di kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia berilmu. Itu maksud al Hadith. Peluang bagi calon-calon SPM masih ada walau pun beberapa hari sahaja lagi. Oleh itu mereka wajarlah berusaha bersungguh-sungguh. Ambillah contoh Imam Shafie dalam pencarian ilmu (Perlu baca buku Imam Shafie dalam pencarian Ilmu). Menuntut ilmu bermula dari buaian hingga keliang lahat. (Life long education). Mencari ilmu adalah ibadat.

Ke IPT: Kalau hendak ke IPT mesti usaha dapatkan sekurang-kurangnya lima kepujian dalam SPM. Kalau tak dapat lima kepujian agak sukar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik. Walau pun begitu kehidupan perlu diteruskan. Kalau tak mampu mengembangkan potensi dalam bidang akademik (head skills) boleh tukar kepada hand skills. Oleh itu cuba ceburi pula perkara yang berkaitan dengan kemahiran tangan. Seperti kemahiran menjahit pakaian. Ingat selagi ada manusia mereka perlu pakaian. Kalau mereka pandai menjahit pakaian pendapatan mereka boleh lumayan. Bidang lain berkaitan dengan perusahaan makanan. Selagi ada manusia mereka perlu makan. Apatah lagi trend manusia malaysia yang suka makan dikedai kini sudah bermula. Tak sempat nak masak, leceh nak basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Itulah sebabnya mengapa orang masakini suka makan dikedai.

Wawasan: Mantapkanlah wawasan insan seperti yang sentiasa disebut dalam doa kita. Ya Allah kurniakan aku kebahagiaan di dunia dan kurniakan aku kebahagiaan di akhirat dan jauhkan aku dari pada api neraka. Oleh itu berbuatlah apa-apa perkara selepas SPM nanti dalam semangat dan wawasan yang sentiasa diikrar dan diaminkan setiap kali kita berdoa.

Sekian dulu posting ini TQ.

One Comment leave one →
  1. Nik Mohd Adzim permalink
    Oktober 20, 2010 8:01 am

    Assalamu’alaikum, tahniah, penulisan yang mantap, penuh ilmiah… moga bertambah mantap di hari yang mendatang. Ameen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: