Lompat ke isi kandungan

Hospital

November 17, 2008

11 Nov 2008 adalah hari pertama anak-anak muridku menghadapi SPM bertulis. Aku bercadang untuk hadir didepan dewan peperiksaan setiap pagi bagi semangat kepada mereka, tapi takdir mengatasi segala-galanaya.  Aku berasa sakit perut yang agak berbeza pada tengah hari itu. Lantaran itu aku pulang ke rumah lebih awal dari biasa. Aku ajak isteriku ke klinik swasta di Kuala Lipis sebelah petang. Doktor mengdiagnos bahawa aku sakit gastrik. Kembali kerumah aku rasa sakit aku semakin menjadi walaupun telah mengambil ubat yang diberi. Selepas solat maghrib aku ajak isteri dan anak sekali lagi ke Lipis tetapi kali ini ke Hospital Kuala Lipis.

Setelah pemeriksaan dibuat aku ditahan di wad. Itulah kali pertama aku tinggal di wad. Dua hari kemudian Doktor Pakar berbangsa Myanmar memeriksa aku dengan membuat imbasan pada bahagian abdomen. Antara yang di imbas ialah bahagian gingal dan kantung hempedu. Doktor memanggil aku untuk melihat gambar imbasan yang dirakam. Dia mengatakan sah gingal aku sihat tetapi kantung hempedu aku bengkak. Pada mulanya dia hendak membuat penjelasan dalam Bahasa Melayu tetapi aku lihat penerangannya tidak kesampaian. Aku minta dia membuat penjelasan dalam Bahasa Inggeris dan aku memang fasih bercakap Inggeris. Aku bertanya sesuatu berkait anatomi badan mengikut kemampuan  ilmu biologi aku. Impress juga dia bila mengetahui yang aku guru biologi. Esoknya bila doktor pakar ini melawat wad tempat aku tinggal dia terus berbincang dengan gembira tentang apa yang dia tahu tentang imbasan yang dibuat pada abdomen aku.

Duduklah aku di wad dua itu semenjak 11 Nov hingga 17 Nov 2008. Apa yang aku hargai ialah kesungguhan kaki tangan hospital menjaga pesakit. Ramai juga yang kenal kepada aku dan sambil mereka bekerja akan sembang-sembang dengan para pesakit. Terima kasih juga kepada saudara mara, sahabat handai yang datang melawat aku ketika aku terlantar di wad. Walaupun aku layak duduk wad kelas satu tapi aku saja duduk wad kelas dua. Bila aku keluar tadi aku kena bayar RM 18.00 sahaja.

Apa yang pelik ialah pekerja Redicare (Swasta yang mencuci hospital) mejoriti adalah orang luar. Orang Malaysia ada beberapa orang sahaja. Itulah negaraku Malaysia. Kera dihutan disusui anak dirumah mati tak makan. Tak tahulah bila dasar tentang pekerja asing ini nak tamat.

Aku juga rasa sedih tak dapat tunaikan janji dengan anak-anak muridku kerana tak dapat jumpa mereka dipagi hari peperiksaan atau petang seblum paper Sains mereka. Inilah takdir sebenarnya. Sekian posting kali ini TQ.

5 Komen leave one →
  1. as-sa'adati permalink
    November 18, 2008 6:12 pm

    nak dekat seminggu ayah duk hospital…lama sungguh……

  2. fitri permalink
    November 19, 2008 5:08 pm

    salam, pertama-tamanya syukur kehadrat ALLAH kerana Tuan @ saudara @ pak cik kerana kita semua masih diberi kesempatan beramal dan beribadah lagi..Alhamdulillah,setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya, walaupun saya masih muda sedikit sebanyak saya dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku..syukurlah pak cik sihat.. bercakap tentang perkara pelik itu,apa yang ingin dikongsi adalah adakah rakyat kita ini terlalu memilih pekerjaan?..atau merasakan kerja seperti itu misalnya, hina di mata kita semua…berbicara tentang hal ini, ada di antara kata-kata yang saya pernah dengar bahawa pekerjaan seperti itu rendah dimata orang, orang malu..bagi saya, selagi kerja dan rezeki itu halal, insyaALLAH mulialah kita di sisiNYA di samping amal soleh yang kita lakukan…
    apa-apa pun syukur Alhamdulillah pak cik selamat, teruskan berdoa dan beramal, InsyaALLAH doa saya dan orang-orang soleh bersama-sama dengan kita walaupun setelah ketiadaan kita…Amin, InsyaALLAH…teruskan perjuangan demi agama,bangsa dan negara selagi hayat dikandung badan…

  3. musafir03 permalink
    November 20, 2008 12:15 am

    Kat sini kerja cleaner atau seumpamanya yang orang nak sangat.kerja hanya 4-5 jam sehari.5 hari seminggu. boleh dapat dalam GB800. memang banyak tu.time lain boleh buat kerja lain pulak.mungkin gavorment jugak silap beri gaji yg terlampau rendah kpd dan memandang sebelah mata kepada mereka

  4. ijam permalink
    November 20, 2008 4:53 pm

    Salam..

    Pak itam masuk sepital..moga sihat..

    salamm

  5. zahalina Mat Yusof@Ismail permalink
    November 30, 2008 9:34 pm

    Maaf x tau Pak Itam masuk hospital.Lama x buka blog …Moga sihat.

Tinggalkan Jawapan kepada as-sa'adati Batal balasan