Skip to content

Isu awal tahun

Disember 19, 2008

Sessi persekolahan 2009 akan bermula pada 5 Januari atau 6 Januari 2009 mengikut negeri. Isu awal ialah sekali lagi tentang duit. Ada arahan tak bertulis, arahan yang diberi secara bisik-bisik aje, bahawa sekolah tak boleh pungut duit dari penjaga atau ibu bapa sehingga bulan Mac 2009 nanti. Termasuk yang tidak boleh dipungut ialah derma PIBG dan yuran makan di asrama.  Cuba kita teliti arahan ini.

Mengapa bulan Mac 2009. Ini ada berkait rapat dengan pemilihan dalam UMNO. Kan ke menteri pelajaran nak bertanding naib presiden UMNO. Takut nanti yuran sekolah jadi isu pulak. Kalau ye pun tak kanlah yuran asrama tak boleh kutip? Bagaimana nak mengongkosi pembelian makanan. Nanti kontarktor tak hantar bahan makanan ke asrama lagi besar isu jadinya.

Untuk pengetahuan semua wang penting untuk pengurusan sekolah diawal tahun. Oleh itu kalau kantung sekolah kering bagaimana nak urus sekolah. Nanti lambatlah proses pengajaran dan pembelajaran  (P&P)  akan berlaku kerana keperluan P&P tiada atau tak cukup. Akan timbul juga isu nanti. Biasanya kalau pengurusan sekolah tak cukup duit, pengurus sekolah minta bantuan daripada PIBG. Kalau PIBG pun tak ada pungutan maka semua akan sengsara. Jadi isu lagi. Sekarang ini kalau nak timbulkan isu dalam kementeraian pelajaran memang banyak. Oleh itu usahlah create banyak masalah lagi. Itulah kalau sesuatu bidang itu sudah dipolitikkan semuanya akan hancur. Pendidikan telah dipolitikkan, nampaknya pendidikan akan menghala kearah kehancuran!!

Ada isu besar di KPM yang disembunyikan oleh akhbar. Isu ape ye? Isu bahasa. Isu orang yang tiada jati diri nak belajar ilmu guna bahasa orang lain. Oleh itu ilmu yang dicari tidak akan dapat sepenuhnya. Ini tak lain  tak bukan isu PPSMI. Isu ini sebenarnya menampakkan bahawa golongan elitis dikalangan orang melayu ini masih tak sedar diri. Mereka pentingkan diri sendiri dan mereka tak nak tolong bangsa sendiri. Boleh baca isu ini dari beberapa tulisan yang lain seperti tulisan Prof Abdullah Hassan di UPSI.

Isu ini kalau digarap mungkin akan menyebabkan orang melayu bangkit tetapi ramai orang melayu dah jadi lembu kenyang dan tiada jati diri terutama dikalangan orang UMNO. Jati diri mereka ialah pulus sahaja tak kira dah bangsa sendiri, ugama dah lama tolak tepi mereka buat Islam yang lain, iaitu Islam Hadari.

Kalau UMNO betul-betul nak bela Melayu, bulan Mac nanti jatuhkan pemimpin yang memperlekehkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu pernah berjaya sebagai lingua franca tiba-tiba kini pemimpin melayu sendiri yang cuba membunuhnya sedikit demi sedikit. 20 tahun akan datang bahasa melayu jadi bahasa pasar sahaja. Ketika itu surat khabar melayu terus layu. Contoh terdekat lihat nasib tulisan jawi yang dibunuh oleh UMNO tahun 60’an dahulu. Kini UMNO nak buat sejarah baru, nak bunuh bahasa melayu pula.

Sekian entri kali ini. TK

One Comment leave one →
  1. Disember 28, 2008 9:11 pm

    Kalau UMNO tidak mahu dicap sebagai ‘tidak reti bahasa’ maka elok benarlah bahasa Melayu dimartabat dan diperkasakan dengan sebenarnya. Kami dah terlalu malu dengan keadaan selama ini yang mana bahasa Melayu terus diperlekeh oleh bahasa bangsa lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: