Skip to content

Sesudah Sukan

Februari 14, 2009

Kebanyakan sekolah menengah di Daerah Lipis telah melaksanakan Hari Olahraga Tahunan masing-masing. Selepas ini sukan peringkat Daerah PPD Lipis akan dijalankan.

Bagi sekolah yang telah menjalankan Hari Olahraga Tahuanannya sudah pasti tiada lagi kerja berat untuk dilaksanakan diwaktu petang. Oleh itu fokus utama kini ialah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Masih jelas dalam ingatan minggu lalu, P&P tidak dapat dilaksanakan diwaktu pagi kerana ada acara standard taking dan acara sebelum sukan. Hari Isnin 9 Feb 2009 hangus begitu sahaja kerana membuat rehesal. Hari Selasa 10 Feb 2009 Hari Sukan. Isnin malam Selasa guru-guru sibuk menghias rumah sukan kerana ada pertandingan menghias rumah sukan. Yang sibuk adalah guru-guru anak murid tak buat apa-apa. Aku malam itu balik kerumah pukul 1.00 pagi.

Beza anak zaman ini dengan kami para guru ketika jadi murid dahulu amat jelas. Semasa kami murid dahulu, persiapan sebelum sukan dan hari sukan sangat memberi kesan kepada kehidupan kami. Semua perkara dibuat oleh murid. Contohnya, menghias rumah sukan, membeli makanan untuk ahli rumah sukan, menyediakan air minuman kepada athlit rumah sukan dan pengurusan lain semuanya kami buat sendiri. Para guru ketika itu betul-betul bertindak sebagai penasihat. Semua pengalaman itu menjadi nostalgia kepada kami para guru masa kini.

Malangnya anak-anak murid masa kini tak tahu buat apa-apa. Semua perkara serah kepada guru rumah sukan. Mereka menjadi penonton sahaja. Apa yang lebih menyedihkan ialah semasa para guru sibuk menghias rumah diwaktu malam terdapat murid-murid mengambil kesempatan datang ke padang sekolah yang gelap samar-samar, diterangi sedikit cahaya bulan,  untuk memadu asmara berlantaikan rumput beratapkan awan. Ajak mereka buat kerja berbagai dalih diberikan.  Beberapa kumpulkan berasmara dana dalam kegelapan malam itu. Aku cukup marah kepada keadaan itu.

Perkara yang sama kini berlaku di asrama. Oleh kerana asrama sekolah tempat aku mengajar dicalonkan sebagai wakil Negeri Pahang bagai pertandingan antara asrama seluruh negara maka sibuklah semua guru membantu pengurusan asrama menghias dan mencantikkan asrama sekolah. Tetapi banyak komplen dari para guru bahawa yang sibuk buat kerja adalah guru, muridnya menonton atau tidur sahaja. Inilah nasib guru zaman ini.

Nampaknya kita gagal mendidik anak murid untuk mempelajari pengurusan dan penghiasan dalam kehidupan seharian secara konteksual (hands on). Mereka lebih gemar menjadi penonton. Oleh itu kalau trend ini berlarutan sampai mereka keluar sekolah, terdapat satu ruang perniagaan yang boleh dibuat iaitu perniagaan hiasan dalaman. Waktu ini pun kita dapati kedai yang membuat perniagaan hiasan dalaman ini sangat banyak mengaut keuntungan.

Tinggalkan dulu persoalan murid menjadi penonton itu. Aku fokuskan berbincangan kepada P&P pula. Bermula 24 Feb 2009 ini akan diadakan ujian pertama sehingga 6 Mac 2009. Jadi masa untuk mengajar tinggal beberapa hari sahaja. Aku bercadang untuk memulakan kelas tambahan lebih awal kerana ingin memastikan sukatan tamat dihujung bulan Jun. Kalau boleh sebelum aku bersara aku nak tamatkan sukatan. Aku rasa aku boleh berbuat demikian dengan mengadakan kelas tambahan.

Buat masa kini, tumpuan wajar dibuat bagi menggesa anak murid tingkatan lima untuk menyiapkan semua nota bagi semua mata pelajaran yang dipelajari ditingkatan empat, itu perkara utama. Kedua, membuat jadual belajar di rumah atau asrama (jadual belajar selepas persekolahan) dan belajar mematuhi jadual itu. Ketiaga, memulakan kumpulan perbincangan. Keempat, mula mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri bagi setiap mata pelajaran dan kelima, menguasai kemahiran menghadapi peperiksaan.

Bagi murid tingkatan empat, mereka wajar peka mempersiapkan diri dengan berbagai kemahiran belajar terutama kemahiran membuat nota dan kesedaran tentang format peperiksaan bagi setiap mata pelajaran SPM. Mereka juga wajar memikirkan untuk mengumpul sebanyak mungkin mata bagi kegiatan kokurikulum bagi tujuan memudahkan mereka ke IPTA nanti.

Aku kira inilah perkara yang perlu diberikan fokus oleh guru dan murid sesudah berakhirnya acara sukan tahunan peringkat sekolah. Bagi mereka yang dapat mewakili sekolah dalam apa-apa acara kokurikulum termasuk olahraga, buatlah sebaik mungkin untuk mengumpulkan mata kokurikulum yang dikehendaki 10% itu.  Pengumpulan 90% mata adalah lebih penting. Jangan hendak kejar 10% markah kokurikulum menyebabkan markah 90% kurikulum tercicir berai. Akhirnya tiada apa yang dapat dicapai. Sekian TK.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: