Skip to content

Rencana sebagai P&P

Februari 25, 2009

Rencana, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, ms. 1312, merujuk makna no. 6 ialah “perkataan (ayat dll) yang dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh orang lain”.   Bahasa Inggeris “Dictation”, Bahasa Arab “Al Imlaq”.

Dalam bicara kali  ini, aku nak menerangkan tentang bagaimana RENCANA boleh dijadikan satu kaedah mengajar atau satu bentuk pendekatan P&P. Zaman aku sekolah dahulu memang kami selalu menghadapi RENCANA, waktu di sekolah rendah dan dictation waktu di sekolah menengah dalam pelajaran bahasa, tak kiralah bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Manakala di sekolah menengah agama terdapat mata pelajaran dalam bahasa Arab iaitu Imlaq.

Tujuan utama RENCANA atau  Dictation atau Imlaq itu ialah untuk menguji ejaan atau spelling. Apabila latihan RENCANA selalu dibuat maka ejaan bagi sesuatu perkataan itu dapat dikukuhkan.

Kaedah 1: Guru membacakan satu petikan yang mengandungi perkataan yang hendak diperkukuhkan ejaannya dan murid diminta menulis petikan yang dibacakan itu. Guru kemudiannya boleh menayangkan petikan itu menggunakan power point atau menulis petikan di papan putih atau membuka kertas sebak yang sudah tertulis petikan yang digunakan. Murid bertukar kertas jawapan dan membuat penelitian terhadap jawapan rakan.

Ada tiga perkara berlaku disini. Pertama ujian keatas penguasaan ejaan perkataan tertentu. Kedua latihan pengukuhan terhadap ejaan apabila murid memeriksa jawapan rakan. Ketiga, guru mungkin dapat mengesan masalah kelemahan pendengaran murid. Oleh itu RENCANA dapat dijadikan kaedah menanam keyakinan diri pada murid terhadap penguasaan ejaan.

Kaedah 2: Guru dapat menggunakan RENCANA untuk melatih pembinaan ayat yang betul dalam apa-apa bahasa. Murid dapat membuat ayat dengan struktur ayat yang betul. Guru boleh memberikan rencana dengan ayat-ayat yang salah strukturnya. Kemudiannya guru boleh meminta murid membetulkan ayat yang salah struktur itu. Ini boleh dimulai oleh guru bahasa dan kemudiannya boleh dikembangkan pada peringkat aplikasi oleh guru mata pelajaran lain.

Kaedah 3: Diperingkat applikasi selanjutnya, guru boleh menggunakan Kaedah Rencana untuk menyampaikan kandungan mata pelajaran. Murid boleh mencatit apa yang direncanakan sebagai nota kepada mata pelajaran itu. Oleh kerana mereka sudah dilatih dalam kaedah rencana oleh mata pelajaran bahasa, maka aplikasi dari segi ejaan dan struktur ayat dapat digunakan dalam mata pelajaran lain.

Kaedah 4: Rencana boleh digunakan sebagai kemahiran belajar. Murid yang pandai dalam rencana akan mudah memberi fokus kepada ceramah atau syarahan dan memudahkan mereka mencatit kandungan perbincangan yang disampaikan dalam ceramah atau syarahan.

Oleh kerana RENCANA termasuk dalam ehwal kemahiran maka pemupukan kemahiran perlu dibuat berulang kali. Dengan memberi latihan kepada murid berulangkali, barulah kemahiran atau skills itu dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

Guru juga mesti mengajar teknik dan tektik untuk mahir dalam rencana ini sebagai salah satu daripada Kemahiran Belajar. Apabila murid menguasai Kemahiran Belajar barulah mudah seseorang murid itu membuat pembelajaran secara Students Centered Learning. Sekian, TK.

2 Komen leave one →
  1. Mac 4, 2009 1:39 am

    Salam,

    Satu lagi blog yang menyeronokkan apabila dibaca. Membuatkan saya tersenyum dan terfikir.

    Saya pun ilmu bahasanya amat kurang dan dalam proses mencari punca pembetulan kebahasaan kita.

    Saya sendiri masih keliru penggunaan perkataan BM dengan betul. Tergerak dihati nak bertanya, sebab terasa diri tuan blog ini seorang pendidik/bekas pendidik.

    Bila membaca blog saudara, penghantar dan pengantar maksud dia samakah?

    Yang mana lebih tepat, Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Saya terlalu keliru tetapi memilih Bahasa Malaysia sebagai lambang keMalaysiaan dan ‘rasminya’ penggunaannya di acara rasmi.

    Yuss.

  2. Mac 4, 2009 1:45 am

    Maaf.

    Komen di atas sepatutnya ialah untuk entri “Bahasa Penghantar”.

    Kesilapan menghantar komen di ruang yang salah amat dikesali dan menimbulkan kekeliruan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: