Skip to content

Sekitar PPSMI

Mac 7, 2009

Petang ini (7 Mac 2009), GMP akan membuat himpunan 100 ribu insan untuk memansuhkan PPSMI. Semoga usaha GMP akan berhasil. Kita lihat insan yang menyokongnya siapa? Ada yang menentang. Mereka siapa? Antara yang menentang ialah PAGE (Parent action group for education) dan sebahagian daripada pemimpin UMNO (United Malays National Organization). Kalau lihat nama organisasi pun dah tahu, mereka tidak mengakar dan merimbun dibumi Bahasa Melayu. Mereka adalah golongan minda tertawan. Inilah hasil didikan Inggeris yang  berjaya. Seperti yang diungkapkan di India oleh Lord Mc Cauley. “Kita hendak jadikan pemikiran mereka seperti Inggeris, darah yang mengalir seperti darah  Inggeris walaupun kulit mereka hitam.” Tidak dinafikan ramai yang ke England, belajar disana tetapi minda mereka tidak tertawan oleh kecintaan kepada Bahasa Inggeris yang melampau.

Berikut aku nukilkan sedikit lagi gambaran minda pemikiran yang cinta akan maruah Bahasa Melayu. Seorang anak muda perantau ke Negara Russia, belajar perubatan dirujuk namanya sebagai Umaralfateh menyatakan seperti berikut,

“Kalau belajar benda asas (termasuk belajar Sains dan Matmatik) dalam bahasa asing , tanpa menguasai bahasa sendiri, akan menghancurkan diri sendiri..  itulah yang pemimpin la ni nak buat kat anak-anak sekarang, biar depa tak jadi cerdik, bila tak cerdik, mudahlah depa dapat sokongan untuk pilihanraya akan datang.. mudah-mudahan pemimpim-pemimpin yang dungu sebegini, akan ditukar secepat mungkin sebelum makin rosak anak bangsa.”

Seorang matan guru (guru bersara) telah menyarankan agar PPSMI ini dimansuhkan kalau kita sayang kepada Bahasa Melayu dan baiki kaedah P&P Bahasa Inggeris agar selepas 11 tahun disekolah anak-anak kita sudah boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Seorang Doktor Perubatan di sebuah klinik Swasta berborak-borak dengan aku tentang PPSMI beberapa hari yang lalu.  Doktor ini berkata, Aku dahulu belajar dalam aliran Melayu sehingga ke Universiti. Tak ada masalah, aku boleh dapat Doktor Perubatan (MD), boleh berbakti kepada masyarakat dan negara. Aku bukan pandai sangat BI ni, tapi tak pe, aku masih boleh berkomunikasi dengan baik terhadap pesakit aku. Pelanggan aku bukan nak dengar priskripsi ubatan yang aku beri dalam BI.

Mereka yang hendak present apa-apa research kat luar negara memanglah kena pandai BI, tapi berapa orang yang hendak kesana. Tapi kalau nak present resarch di Jepun atau di Korea kena pandai Bahasa Jepun atau Korea dan tak perlu BI pun.”

Kemudian Tuan Doktor itu merumuskan bahawa PPSMI mengakibatkan, pertama, anak-anak Malaysia kurang minat (menguncup minatnya) untuk belajar Sains dan Matematik. Kedua, PPSMI ini menghancurkan perkembangan BM, Bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa ilmu untuk sains dan teknologi. Ketiga, PPSMI ini tidak akan menaikkan taraf ilmu sains dan teknologi rakyat Malaysia di mata dunia seperti yang berlaku di beberapa negara Afrika contohnya Zimbabwe. 

Itulah sekelumit pandangan beberapa orang yang terlibat dengan masyarakat dan tetap prihatin kepada perkembangan ilmu pengetahuan menggunakan Bahasa Melayu.

Cuba pembaca fikirkan, bagaimana pihak media baik elektronik atau media cetak hendak memaparkan katakan perkembangan perubatan moden kepada penduduk negara. Katakan masalah penyakit telesemia. Kalau ia ditulis dalam BI, berapa orang rakyat yang membaca artikel itu dalam akhbar . Tapi kalau ditulis dalam BM, aku kira ramai yang akan baca. Maka sampailah maklumat tentang penyakit itu kepada masyarakat. Itulah namanya memasyarakatkan maklumat atau pengetahuan.

Lihat sahaja akhbar utusan melayu yang bertulis jawi. Berapa orang yang baca. Akhbar itu sudah tak terbit lagi kerana tiada pembaca? Pembunuhannya bermula tahun 60’an semasa Khair Johari menjadi Menteri Pelajaran (diakan orang UMNO). Apa hasilnya kini? Begitu jugalah yang akan berlaku kepada perkembangan Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu, sekitar 40 tahun akan datang sekiranya PPSMI ini diteruskan.

Sekian entri ke 130 sempena perhimpunan 100 ribu memansuhkan PPSMI. TK.

One Comment leave one →
  1. Mac 10, 2009 9:30 pm

    assalamualaikum cikgu..
    macamana dgn elaun 5% daripada gaji pokok yg diberikan kpd guru2 sc,math dan english..
    ada yang pendapat ia seperti rasuah, maka haram kalau kita mengambil elaun tersebut.
    nk disedekahkan pun x boleh sbb sumbernya kerajaan drp niat yg salah..betul ke?
    mohon dihalalkan ilmunya cikgu ya..
    -bakal menuntut d blog ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: