Skip to content

Jika ala PPSMI

Mac 15, 2009

Sudah dua kali aku mengikuti kursus Haji anjuran Tabung Haji Daerah. Kursus ini dibuat pada setiap Sabtu. Bermula Sabtu 7 Mac 2009 dan akan berakhir pada Sabtu 27 Jun 2009. Siri kursus ini belangsung sebanyak 17 kali.

Pengetahuan dan ilmu berkaitan dengan ibadat haji ini banyak ditulis oleh ulama’ dalam bahasa Arab. Perintah yang mewajibkan ibadat haji ini juga ditulis dalam Bahasa Arab iaitu terdapat dalam Al Quraan dan Al Hadis. Malah pelaksanaan ibadat haji itu nanti berlaku di tanah Arab dan bukannya dibumi lain. Persekitaran budaya, bahasa komunikasi semuanya dalam bahasa Arab. Ribuan buku rujukan juga dalam bahasa Arab.

Kalau mengikut logik dan hujah orang yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) maka sepatutnya kursus Haji ini perlu dibuat dalam Bahasa Arab. Mungkin para pembaca budiman mengatakan idea kursus haji bersiri dibuat dalam bahasa Arab adalah idea yang bodoh, bangang dan sebagainya. Tetapi itulah kaedah dan hujah yang diberikan oleh pendokong dan penyokong PPSMI.

Antara hujah pendokong PPSMI ialah Sains dan Teknologi itu rujukannya banyak dalam bahasa Inggeris maka wajarlah PPSMI ini diteruskan. Kedua, demi globalisasi maka kita hendaklah utamakan BI kerana untuk memudahkan kita bekerja diperingkat global.  Ketiga, kita mesti teruskan PPSMI ini tak kiralah guru pandai mengajar atau tidak yang penting P&P untuk Sains dan Matematik mesti dalam BI.  Keempat, tak perlu ambil kira murid bandar atau luar bandar sama ada mereka faham atau tidak.  Kelima, keputusan UPSR, PMR dan SPM terbaharu menunjukkan keputusan Sains, Matematik dan BM meningkat. Tetapi mereka lupa keputusan BI merosot.

Berbalik kepada kursus Haji. Kalaulah kursus itu dibuat dalam Bahasa Arab, agaknya berapa orang yang faham. Walaupun ibadat haji itu hanya perlakuan fizikal tanpa ada apa-apa doa yang wajib tetapi kefahaman tentang ibadat haji itu penting. Oleh memikirkan pentingnya kefahaman setiap bakal haji diambil kira maka kursus itu dibuat dalam bahasa Melayu, bahasa pertuturan seharian mereka yang mengikut kursus itu. Supaya nanti mereka dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna dan betul dan mendapat haji mabrur.

Dari segi tenaga penceramah aku kira tak jadi masalah kalau mereka nak bercakap dalam bahasa Arab cuma peserta kursus akan melopong sepanjang kursus. Aku pun sama melopong.

Kepada pendokong dan penyokong PPSMI ambillah iktibar dari kursus ibadat haji ini kalau tak faham juga mengapa GMP menentang PPSMI.

Pada 9 Mac 2009 yang lalu aku mendengar ucapan seorang Menteri Besar ketika menyambut perayaan Maulidur Rasul. Beliau seolah-olah kurang faham isu PPSMI ini. Beliau amat marah kepada penentang PPSMI (GMP). Beliau kata biarlah orang Melayu ini tak pandai Berbahasa Inggeris, biar orang lain yang pandai BI ini. Jadi nampak sangatlah seorang MB tak faham isu PPSMI. Kalau MB pun tak faham isu PPSMI ini malang sekalilah pengikutnya yang jadi pak turut sepanjang zaman. Pak turut dulu, kini dan selamanya.

GMP bukan tak suka BI tetapi tak mahu Sains dan Matematik diajar dalam BI. Aku setuju dengan GMP, aku faham keperluan menentang PPSMI ini demi membekalkan anak-anak masa depan dengan fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum sains dan kemahiran matematik yang tepat dan betul. Akibat kurang faham perkara yang berkait dengan sains dan kurang mahir dalam matematik kerana halangan bahasa maka setakat ini aku melihat ramai anak bangsa aku yang tidak beminat untuk belajar Sains dan Matematik.  Kelas aliran sains semakin menguncup jumlah muridnya. Keadaan sudah berbalik semula kepada tahun-tahun 70’an ketika aku mula-mula mengajar dahulu. Betapa sukarnya memujuk anak-anak murid ketika itu untuk meminati sains dan matematik.

Tentang meningkatkan keupayaan berkomunikasi dalam BI, itu bukan kerja guru Sains dan Matematik. Guru SM tidak akan memberi keutamaan semasa mengajar terhadap BI. Apa yang penting murid faham dan tahu fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum sains yang diajar. Tak kiralah mereka berkomunikasi dalam bahasa apa. Kalau dalam matematik yang penting mereka boleh menyelesaikan masalah matematik yang dikomunikasikan menggunakan angka-angka dan menggunakan formula dan kaedah tertentu. BI tak diambilkira.

Kalaulah hujah pendokong PPSMI digunakan untuk memberi kursus haji, nantinya bakal haji Malaysia akan hanya menjadi pak turut sahaja ditanah suci kerana mereka tak faham apa yang mereka buat dan bagaimana nak buat dengan betul. Nanti akan ada yang membuat perkara-perkara yang menjadikan haji mereka batal atau terpaksa membayar dam. Ingat di Malaysia banyak pokok kayu, kita selalu mematahkan ranting-ranting kayu disini, tetapi perbuatan itu adalah salah semasa dalam ihram. Di Arafah memang ditanam banyak pokok kayu. Kalau tak faham hal haji kerana diberi ceramah dalam Bahasa Arab maka nantinya ramai para haji Malaysia terbatal ibadat hajinya. Kepada pendokong dan penyokong PPSMI diharap melihat hujah GMP dari sudut ini. Sekian. TK

3 Komen leave one →
  1. kucalana permalink
    Mac 16, 2009 1:24 pm

    Menyeru pendokong PPSMI agar merujuk kepada ilmu tentang bahasa daripada semua aspek:

    pendidikan, pemikiran, perisian bangsa, tamadun, budaya, ekonomi, kesenian, falsafah, kenegaraan, jati diri dsb.

    Rujuklah tokoh-tokoh cendekiawan dan ilmuan ini.

  2. Mac 16, 2009 3:30 pm

    Tak kiralah samada PPSMI atau tidak, tetapi tulisan yang tak nampak perenggannya memang sukar untuk dibaca

  3. Mac 25, 2009 8:44 pm

    Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

    Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: