Skip to content

Idea

April 26, 2009

Aku tulis perkataan IDEA sebagai tajuk kali ini kerana ada tiga peristiwa yang berkaitan dengan idea. Ye lah kadang-kadang ada idea nak ditulis tetapi tak kesampian, kadang-kadang nak sangat menulis tetapi idea tak datang. Boleh juga aku tulis tentang hal-hal yang sangat popular masa kini, iaitu politik tetapi aku rasa aku tak ada autoriti dalam hal ini. Nak tulis tentang ekonomi lagi aku tak pandai. Nak tulis tentang Biologi nanti yang membacanya tak faham sebab ramai dah belajar Biologi dalam BI. Jadi aku pun tulislah apa-apa yang terhenti sementara dalam minda aku untuk dikongsikan dengan orang lain.

Semasa aku bersama-sama beberapa orang Sahabat ERAT bermesyuarat di Jalan Duta minggu lalu, terdapat sahabat yang menyatakan tentang penyampaian idea dan fikirannya kepada orang lain. Sahabat ini menyatakan bahawa adalah sukar bagi kita menyampaikan idea kita. Pertama, takut orang tidak mahu mendengar penyampaian dan pengungkapan idea kita itu. Dalam kata lain takut orang tak nak dengar idea kita. Masalah terima atau tidak idea kita, itu persoalan kedua. Pertama, ada tidak orang nak dengar!! Walau pun sebagai guru dalam bilik darjah (classroom teacher). Waktu mengajar ada anak murid kita yang tak sudi mendengar apa yang kita ajar. Kadang-kadang mereka terus tidur. When they close their eyes, they will also close their ears. Therefore nothing will enter their brain. No learning happen!! Apatah lagi P&P bagi Sains dibuat dalam Bahasa Inggeris.  Oleh itu jika ini keadaannya, orang tak nak dengar kita mengajar lebih baik kita tulis aje dalam BLOG apa yang hendak kita sampaikan. So, the students can get the note from teacher’s blog. Ini idea pertama.

 Hari Sabtu lalu aku dijemput oleh SMK Merapoh (sekolah menengah dalam Daerah Lipis tetapi dekat Gua Musang, Kelantan) untuk menyampaikan ceramah bagi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) guru-guru.  Aku bagi ceramah tentang Pedagogi (the science of teaching) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Aku bukan pakar dalam kedua-dua hal ini tetapi aku mahir dan banyak pengalaman tentangnya. Dalam hal ini aku banyak menerima latihan dari Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan juga Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 

Semasa sembang-sembang waktu makan ada guru yang mengutarakan idea untuk aku tulis dalam blok aku ini. Kalau aku tulis idea itu sudah tentu idea yang asal (original) dari guru itu tak dapat aku sampaikan dengan tepat kerana yang menulis idea itu ialah aku. Sedangkan ideanya dari pemikiran orang lain. Oleh itu aku cadangkan supaya guru itu membuat blognya sendiri. Dari segi teknikal membina blog bolehlah dipelajari dari rakan-rakan guru yang memang mahir dalam ICT.

Persoalan kedua pula ialah, selalu timbul masalah kita cuba nak kongsi pendapat dan idea dengan orang lain, tetapi tiada yang sudi mendengar dan menerima oleh itu aku harapkan rakan-rakan pendidik bergiatlah dalam penulisan melalui blog agar alam siber ini penuh dengan idea-idea original yang mungkin satu hari nanti menjadi idea yang dominan kepada masyarakat serta kegunaan dan manfaatnya dapat dimasyarakatkan.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pendidik ialah tentang kurangnya bahan bacaan yang berkait dengan peristiwa dan pengalaman dalam  bilik darjah atau dalam sekolah. Bukan kita perlukan satu kajian tetapi memadai menulis pengalaman yang berlaku di dalam bilik darjah. Penceritaan tentang kerenah anak murid yang berbagai ragam dan bagaimana cara penyelesaian masalah tentang sesuatu peristiwa atau masalah. Ceritakan juga kerenah ibubapa yang sopan datang bertemu para guru, ceritakan juga sikap ibubapa yang menyerang guru dan seribu satu peristiwa serta pengalaman yang dilalui. Nanti akan mekarlah literature tentang persekolahan di Malaysia ini. 

Idea ketiga aku temui ketika melayari laman sesawang anak-anak ku, ku temui satu laman bertaglinekan ILMU DARI PENA. Bila aku baca, aku dapati bahawa pengurus blog itu ialah menantu aku. Aku confirm hal ini dengannya bila aku dapat panggilan jauh dari Belfast sebentar tadi. Rupanya menantuku ini terangsang dengan satu ceramah yang didengarnya agar kita ambil kesempatan dengan teknologi masakini untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Agaknya dia faham dari maksud Hadis Rasulullah SAW “Sampaikan dari aku walau pun sepotong ayat”. Maka bertambah lagi seorang kerabat aku memblog di alam maya.

Sebenarnya banyak lagi idea yang boleh ditulis. Kalau tulis panjang-panjang nanti orang tak syok baca. Cukup dulu sekadar itu. Sekian. TK

3 Komen leave one →
  1. April 28, 2009 4:53 pm

    Tu sorang lagi yg pakai baju “pink” (purple sbnrnya) kat belakang lori dan juga yg tergolek atas kerusi dalam blog teman…kira sorang lg kerabat le…

  2. Mei 1, 2009 7:52 pm

    masalah saya berkaitan dengan PPSMI ini adalah ramai pelajar saya tidak berminat membuat latihan/homework yang diberikan sebab tak faham soalan..terutama sekali kalau saya bagi soalan subjektif (KIMIA)..Huhu, cikgu ada tak idea mcm mana nak tolong students ni?

  3. Mei 20, 2009 10:43 am

    Salam.

    Saya sebagai seorang pelajar, amat suka berbual2 dengan cikgu waktu sesi dalam kelas. maksudnya, bykkan soal jawab antara guru dan murid2. kalau cikgu jek bercakap, mmg mengantuk lah. kalau cikgu byk bertanya, murid2 pon takut nak tidur.sebab tak tahu bila sampai giliranya.

    Regard

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: