Skip to content

Keutamaan

Mei 7, 2009

Apakah keutamaan Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Malaysia sejak merdeka hingga sekarang? Oleh kerana dasar Kerajaan Malaysia dari dahulu hingga kini adalah kebendaan maka saya membuat rujukan hal keutamaan ini kepada isu-isu yang berkaitan dengan kebendaan.

Modal utama para pemimpin Kerajaan Malaysia (Perikatan dan BN) ialah pembangunan kebendaan. Itulah yang mereka canang kehulu dan kehilir terutama masa kempen pilihanraya. Macam pemangunan itu mereka yang membayar ongkosnya. Malah ada pemimpin menuduh rakyat tidak bersyukur kepada kepimpinan mereka yang telah banyak membuat pembangunan kebendaan kepada rakyat.

Pertama: Wajarlah kita memahami tentang konsep syukur. Sebenarnya tiada syukur kepada manusia. Syukur adalah hanya untuk Allah SWT yang Maha Pencipta. Kepada sesama manusia cukup mengucapkan terima kasih sahaja.

Kedua: Sepatutnya bukan rakyat yang mengucapkan terima kasih kepada pemimpin tetapi pemimpinlah yang septutnya berterima kasih kepada rakyat pengundi. Pengundilah yang mengangkat mereka menjadi pemimpin. Kalau rakyat tak bagi undi kepada mereka tak merasalah mereka menjadi pemimpin.

Dakwaan para pemimpin yang mengatakan bahawa mereka yang membawa pembangunan sebenarnya mereka itu sekadar menjalankan tanggung jawab sebagai pemimpin yang diberi kesempatan menjadi pemimpin melalui undi rakyat. Kalau pun ada peruntukan wang ribuan dan jutaan ringgit bagi pembangunan kebendaan itu, wang itu bukan datang dari kocek pempimpin tetapi wang itu ialah wang rakyat. Mereka pemimpin hanya sekadar menguruskan tanggung jawab sahaja.

Para pemimpin yang dipilih sememangnya kena berkhidmat untuk rakyat bukan menagih hormat dari rakyat. Konsep ini sukar difahami oleh mereka yang tidak memahami realiti politik secara demokrasi yang sebenarnya. Oleh itu keutamaan adalah pemimpin, khususnya pemimpin politik pemerintah hendaklah berkhidmat kepada rakyat dan bukannya menagih hormat dan ucap syukur dari rakyat.

Berikutan dengan itu, mari kita lihat bagaimana agihan pembangunan dibuat di Negara ini. Kalau sesuatu itu untuk keselesaan orang besar, orang kaya, orang berada dan orang ternama maka itu diberikan keutamaan tetapi kalau hal itu untuk rakyat terbanyak, golongan miskin dan mustadhafin maka ia tidak menjadi keutamaan bagi pemimpin Kerajaan Malaysia masa kini.

Contoh 1: Melihat urusan pengangkutan atau perjalanan. Bagi menyediakan keselesaan golongan atasan, berada, kaya dan orang pangkat besar kerajaan sanggup memberi peruntukan berbellion ringgit. Peruntukannya sentiasa ada. Projek itu siap pada waktu yang ditetapkan. Lihatlah cepatnya siap KLIA berbanding Plaza Rakyat dan Puduraya. Puduraya merupakan stesen yang digunakan oleh rakyat terbanyak, kurang berada dan hidup makan gaji. Bagimanakah perkembangan pembangunan Puduraya dan Plaza Rakyat. Peruntukan untuk Puduraya jauh lebih kecil berbanding KLIA. Plaza Rakyat disebelah Puduraya sudah 12 tahun terbengkalai. Dalam hal ini keselesaan rakyat tidak diberikan keutamaan. Keutamaan adalah untuk orang kaya, orang besar dan orang berada. Dalam mencari jawapan kepada isu keutamaan ini kita boleh bandingkan LCCT dengan KLIA. LCCT sentiasa sibuk dan banyak digunakan oleh rakyat terbanyak sebaliknya KLIA digunakan oleh orang-orang yang kemampuan kewangannya tinggi. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah keutamaan adalah  untuk segelintir orang kaya dan bukan untuk keselesaan orang miskin dan tidak berdaya.

Contoh 2: Pembiayaan Pengajian. Kalau hendak belajar keperingkat Ijazah Pertama, anak orang miskin dan kurang berada akan pasti mengambil pinjaman PTPTN. Anak orang kaya tak perlu buat pinjaman PTPTN kerana mereka mampu membiayai yuran pengajian kerana mereka anak orang kaya. Bagi anak orang miskin sudah tentu terpaksa berhutang dengan PTPTN.

PTPTN pula adalah satu badan yang mempraktikkan RIBA kepada peminjang. Dalam hal ini pemimpin negara masakini mahu jadikan rakyat miskin menjadi pemiutang (orang berhutang) sepanjang hayatnya. Oleh kerana semua pemiutang ini melibatkan RIBA makan jelaslah bahawasanya pemimpin masa kini berkhendakkan rakyatnya masuk NERAKA kerana berdosa melalui amalan RIBA.  Inilah jenis pemimpin yang sanggup memimpin setakat keselesaan didunia sahaja dan tidak membantu untuk membolehkan rakyat selesa diakhirat nanti. Dalam hal ini mereka menggalakkan rakyat miskin berkeadaan terus miskin di dunia ini dan sama-sama terjun  kedalam neraka mengikut mereka. Aduhai! Nak cari ilmu (perkara yang digalakkan oleh Islam) pun terpaksa diajak masuk neraka oleh dasar kerajaan masa kini.

Contoh 3: Keselesaan Pembelajaran. Kerajaan masa kini hanya memberi keutamaan kepada kejayaan anak-anak yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa basahan di rumah. Biasanya mereka yang menggunakan BI dirumah adalah anak golongan bangsawan atau orang berada. Maka anak mereka inilah yang akan berjaya dalam pembelajaran Sains dan Matematik yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantarnya.  Keutamaan tidak difokuskan kepada anak orang kampung, anak orang miskin dan anak orang stinggan. Untuk kesenimbungan penguasaan Sains dan Teknologi bagi anak-anak orang besar dan berada maka PPSMI dilaksanakan. Maka anak-anak orang miskin akan sukar untuk menapak kejayaan melalui pembelajaran Sains dan Teknologi oleh halangan bahasa perantaraanya, BI. Kedegilan para pemimpin masakini dari memansuhkan PPSMI merupakan indikator bahawa golongan ini membuli rakyat miskin, membuli orang kampung yang memilih mereka sebagai pemimpin. Rakyat bagi bunga, pemimpin jenis ini pula balas rakyat dengan taik.

Kesimpulannya: Sesungguhnya kerajaan masa kini adalah pembuli rakyat. Keutamaan mereka adalah keselesaan untuk mereka sahaja dan bukan untuk rakyat. Pemimpin ini suka rakyat bodoh agar mudah diperkotak-katikkan secara berluas-luasa melalui media massa yang mereka juga kawal selia. Sekian TK.

Advertisements
4 Komen leave one →
  1. Cucu Tok Linggi permalink
    Mei 7, 2009 10:35 pm

    sesekali berfikir, kenapa masih ada rakyat yang memilih BN yang menjadi pembuli rakyat. Sudah terang, jelas lagi bersuluh bahawa pemimpin BN mengaut keuntungan berlipat ganda dengan membesarkan temolok mereka. Kenapa masih ada rakyat yang tak sedar. Atau takut melakukan perubahan. Atau dalam minda mereka bahawa hanya BN sahaja yang pandai memerintah. Oleh itu BN memang sukar rakyatnya jadi bodoh. Sebab itu mereka menjadikan pendidikan negara penuh dengan carca merba. Di sekolah sekarang masa guru mengajar pelajar dengan ilmu-ilmu pelajaran adalah amat sedikit dan terbatas. Dalam setahun terlalu banyak aktiviti luar darjah yang perlu diikuti. Sama ada aktiviti anjuran sekolah, anjuran Zon, anjuran PPD, JPN dan KPM. ……….. lihat lah sendiri wahai semua guru…….

  2. khairiza permalink
    Mei 10, 2009 4:17 pm

    PEMIMPIN..

    Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah
    Yang minta dibantu menegak kebanaran
    Yang minta ditegur kalau ia bersalah
    Yang tidak menyebut apa jua jasanya
    Yang tidak banyak membuat janji manis

    Biasanya seorang pemimpin itu
    Ia mempunyai ilmu yang sederhana
    Jiwanya kental dan juga gigih
    Dapat pengalaman dari hidup
    Kalau kita nak tahu
    Pemimpin yang sejati ia tak berjawatan pun masih dihormati
    Oleh semua pengikutnya

    Biasanya pemimpin yang sejati itu
    Ia tersendiri ada panduan yang diberi
    Ada karisma semulajadi
    Mendidik pengikut hingga taat setia
    Tidak berbelah bagi

  3. Mei 11, 2009 6:08 pm

    Pemimpin UMNO dianggap cerdik oleh ahli UMNO sebab ahli UMNO ramai yang B***h… huhu… Dan tak lupa – Ir Nizar MB Perak yang SAH!!!

  4. Mei 15, 2009 11:56 am

    Selamat Hari Guru
    Semoga tetap guru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: