Skip to content

Cuti Yang Sibuk

Jun 5, 2009

Bermula 30 Mei hingga 14 Jun 2009, sekolah bercuti. Cuti bagi seorang guru masa kini bukanlah cuti dalam erti kata rehat dari kerja-kerja sekolah.  Banyak sekolah membuat program untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid-murid mereka. Semasa cuti ini aku pun sibuk juga memberikan sumbangan kemampuan dan kebolehan akademik aku kepada berbagai golongan sasaran yang berbeza. Disamping itu aku juga sebuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun yang sudah berakhir sebelum cuti sekolah bermula.

Aku menghadiri Seminar Pendagogy – Rejuvenating the passion for teaching di Hotel de Palma Ampang, anjuran JPN Pahang. Fokus seminar ialah tentang rencangan strategik Sektor Pengurusan Akademik (SPA) JPN Pahang untuk masa akan datang dan penghebahan SPA tentang adanya Modul Pembelajaran yang diusahakan oleh pihak JPN Pahang. Terdapat tujuh modul pembelajaran yang telah dihasilkan oleh JPN Pahang untuk digunakan oleh para guru Sains dan Matematik di Pahang. Modul-modul itu ialah, Modul Biologi, Modul Fizik, Modul Kimia, Modul Matematik SPM, Modul Sains SPM, Modul Matematik Tambahan dan Modul Sains PMR. Peserta seminar terdiri dari semua pembina modul, Ketua Bidang Sains dan Matematik semua sekolah menengah di Pahang, Semua PPD dan Pagawai Sains dan Matematik PPD serta semua pegawai dari SPA  JPN Pahang. Aku adalah salah seorang pembina modul yang terlibat menghasilkan modul Sains SPM. 

Ada satu rasional yang tidak tertulis kepada seminar ini. Aku faham bahawa modul seperti ini pernah kami usahakan pada tahun 2007 dahulu. Malangnya banyak sekolah tidak tahu wujudnya modul seperti ini. Oleh itu usaha yang kami buat terasa sia-sia sahaja. Menyedari perkara ini berlaku, maka pihak SPA JPN Pahang telah memikirkan satu kaedah pemberi tahu kepada sasaran pengguna di setiap sekolah menengah di Pahang. Diharapkan selepas ini tiada lagi suara-suara dikalangan para guru yang nak buat modul Sains dan Matematik di peringkat PPD. Itulah sebabnya mengapa seorang wakil guru Sains dan seorang wakil guru Matematik diminta menyampaikan ucapan tentang cara menggunakan modul masing-masing.

Disamping pembentangan penggunaan modul-modul sains dan matematik terdapat juga ceramah dari badan luar atau individu luar seperti ceramah oleh Datuk Dr Abdul Aziz SA Kadir, Prof Dr Khalijah Mohd Salleh (UKM), En Kamaruddin Kasim dari Petrosains dan En Abdul Farid Abdul Aziz juga dari Petrosains.  Rabu malam Khamis (27 Mei 2009) jam 8.30 malam diadakan sambutan Hari Guru peringkat SPA JPN Pahang. Pada malam itu aku bersama dua orang yang lain menjadi tetamu khas majlis. Aku diraikan kerana aku akan bersara wajib tak lama lagi. Sebenarnya aku banyak terlibat dengan program SPA JPN Pahang, semenjak tahun 1988 lagi. En Zaharuddin diraikan kerana beliau akan meninggalkan JPN Pahang untuk berkhidmat sebagai pegawai MSD di Australia dan beliau pernah menjadi pegawai khas di SPA JPN Pahang. Seorang lagi ialah Cik Hajjah Saemah yang bertukar dari PPD Maran (Pegawai Sains dan Matematik) menjadi Pengetua di SMK Jengka 18, Maran.

Aku kembali dari seminar pada 28 Mei 2009, hari Khamis. Hari Jumaat aku ke sekolah, sempatlah mengajar di dua kelas iaitu di tingkatan empat – Biologi dan tingkatan lima – Sains. Waktu malamnya aku menunaikan undangan dari SMK Seri Lipis untuk menyampaikan Ceramah Motivasi kepada murid tingkan tiga, lima dan enam atas yang menjalani program kelas tambahan masa cuti. Antara peserta kursus ialah anak bongsu aku yang akan mengambil PMR. Sesungguhnya aku menyahut undangan itu kerana aku ingin mengambil kesempatan menyampaikan hasrat seorang ayah kepada anaknya juga kepada anak-anak orang lain. Sebagai guru aku sentiasa mengambil sikap bahawa aku ingin melihat anak orang lain berjaya seperti anak-anak aku atau kejayaan anak orang lain akan juga dicapai oleh anak-anak aku.

Pada pagi Isnin aku terlibat menyampaikan ceramah SPM Sains kepada murid  tingkatan lima SM Agama Padang Tengku. Dikalangan murid tingkatan lima SMA Padang Tengku itu terdapat saudara mara aku dan juga anak lelaki aku. Sambil memberi kefahaman kepada anak orang lain aku juga menyampaikan kefahaman itu kepada anak aku. Aku mahu anak orang lain berjaya dan semestinya juga aku mahu melihat anak aku berjaya. Kepada anak-anak aku, aku mengakui bahawa aku tak mampu mengajar mereka secara sendirian atau secara individu. Itulah kelemahan aku. Oleh itu peluang mengajar anak aku dan bersekali dengan rakan-rakanya sentiasa aku nantikan. Waktu malamnya bermula 8.00 hingga 10.00 malam aku terlibat mengajar di IPGM Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Aku mengajar matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar kepada kumpulan guru dari sekolah Cina dan Tamil yang mengambil Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi Kursus Diploma Pendidikan Malaysia.

Hari Selasa aku juga terlibat di IPGM TAA Kuala Lipis dan mengajar Biologi di SMA Padang Tengku. Aku diminta mengajar tajuk Reproduction and Growth kepada murid tingkatan lima yang nak ambil SPM tahun ini. Hari Rabu aku masih terlibat di IPGM TAA dan SMA Padang Tengku. Hari Khamis aku hanya terlibat empat jam di IPGM TAA. Alhamdulillah Hari Jumaat aku rehat dari mengajar. Pada Pagi Jumaat sempatlah aku menebas rumput sekitar rumah aku.

Cuti-cuti ini sudah pastilah satu lagi aktiviti yang mesti aku lakukan ialah menghadirkan diri di majlis kenduri kahwin yang diadakan oleh saudara mara aku disekitar kampung tempat aku tinggal. Ini aktiviti yang mesti aku melibatkan diri sebagai orang kampung. Bukan sekadar menghadirkan diri tetapi bersama-sama bekerja. Menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung bergotong royong dalam melaksanakan majlis kenduri kahwin. Ghalibnya bermula 7.00 pagi, menyiang daging, memasak nasi dan gulai dan 11.30 pagi mula makan. Walau bagaimana pun kerja-kerja awal telah dibuat bermula seminggu sebelum majlis kenduri itu. Aku sendiri telah dua kali mengadakan majlis kenduri kahwin anak aku. Insya Allah aku dan keluarga sudah ada pengalaman dalam melaksanakan majlis kenduri ini.

Aku kira selepas aku bersara nanti kerja dimajlis kenduri kahwin merupakan aktiviti penting dalam kelender perjalanan hidup aku. Tambahan pula aku sudah dikira termasuk dalam golongan orang tua di kampung. Aku kena bersedia untuk menghulurkan tenaga dan upaya menjadi anggota masyarakat kampung yang sentiasa berkerja sama untuk kebaikan semua anggota masyarakat. Insya Allah aku sudah bersedia untuk tujuan itu. Sekian enteri kali ini. TK.

7 Komen leave one →
  1. Jun 5, 2009 3:31 pm

    Wah, bukanlah cuti namanya tu. Ada je program yang perlu diselesaikan.

    Demikianlah guru, selagi diperlukan. Tak apa. Dah bersara nanti, boleh rehat puas-puas.

  2. Jun 10, 2009 2:51 am

    Apakah pendapat saudara tentang video Language Kebangsaan? Adakah saudara setuju dengan paparannya?

    Boleh buat satu entri tentang video tersebut?

    Terima kasih.

    Inilah sebenarnya satu paparan yang bersifat masadepan. Anak-anak Malaysia tak faham Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia. Akibat daripada PPSMI dan juga kempen para pembesar negara akhirnya Bahasa Kebangsaan negara Malaysia sudah menjadi sejarah sahaja. Bahasa Kebangsaan Malaysia (Bahasa Melayu) sudah menjadi seperti bahasa Latin dan bahasa Sanskrit, megah disatu masa yang lalu dan menjadi asing dibumi kelahirannya sendiri. Mereka yang menjadikan perkara ini berlaku adalah pemimpin Melayu dari UMNO masa kini. Mungkin inilah sumbangan besar mereka yang bernama Mahathir Muhammad, Hishamuddin Hussin, Mahyuddin Yasin dan penyokong totok mereka dikalangan ahli UMNO yang tak faham keperluan Bahasa Melayu.

  3. Jun 18, 2009 2:15 am

    Pandangan yang negatgif selalu sahaja menjadi penghalang kepada kemajuan. Kenapa perlu takut kepada keperluan terhadap bahasa Inggeris?? Bukan bermaksud meminggirka bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Cuma penambahan kepada sesuatu yang penting bagi semua masyarakat Malaysia terutanmanya melayu. Sampai bila orang melayu nak selesa. Inilah masanya untuk buktikan anak melayu juga boleh bangun dan bersaing setaraf dengan semua bangsa… Tengok sekolah luar bandar, contoh di Melaka, Sekolah Tun Ghafar Baba, semua pelajar lulus semua subjek dalam SPM. Sama jua dengan sekolah Iskandar Syah…

    Yang perlu dirisaukan adalah jatidiri anak bangsa kita, perlu dipupuk dengan sifat mahmudah… Agar boley menjadi bangsa berjaya seperti bangsa Andalusia suatu masa dahulu…

    Takutkan cabaran??? Jangan jadi manusia lar beb!!

    Kalau sekadar menyanyi lagu-lagu Inggeris dan membaca satu dua buku dalam BI itu belumlah pandai Berbahasa Inggeris.
    Favorite Books:

    Original, Aku di hatimu, Stefa Isle (HM Tuah), Ayat-ayat Cinta (Habiburahman Shirazi), Berpetualang ke Acheh (Radzi Sapiee), ADAM, Bagaikan Puteri (Ramlee Awang Murshid), Imam (Abdullah Hussein

    Orang menentang PPSMI adalah kerana penyampaian pengajaran Sains dan Matematik dibuat dalam BI. Tuan NzM kalau ambil Sains dan Matematik dan belajar subjek ini dalam BI mungkin tak berapa skor dalam SPM
    Isu kini bukan benci belajar BI, belajarlah BI dari orang pandai BI. KPM mesti lengkapkan setiap sekolah dengan guru BI bukan suruh guru Sains dan Matematik ajar BI.
    Nak belajar sesuatu bahasa supaya boleh mengambil ilmu dari tulisan dalam bahasa itu bukan belajar sesuatu ilmu untuk mempelajari bahasa.

  4. Jun 18, 2009 2:17 am

    Orang melayu memang takut pada cabaran! suka hidup selesa dan biasa2 je, x mampu berfikir luar kotak, patutla masih menongkat je, harapkan bantuan kerajaan, pelaksanaan DEP pun gagal menjadikan melayu menguasai ekonomi, apa yang ada pada bangsa melayu kini hanya bersandar pada sejarah silam. Kalau cam ni la minda anak muda melayu sampai bila pun melayu akan mundur, tetap kebelakang, bahasa English pun tak mampu kuasai, malas nak berniaga sbb x de modal, suka dengki dgn org dh berjaya.

    Apa? baru habis kuliah tunggu result dah rasa hebatke. Kata melayu malaslah, kata melayu pakai tongkatlah dan segala-gala melayu itu negatif. Kalau baru pandai cakap Inggeris sepatah dua, seayat dua tak usahlah nak tunjuk hebat. Tunggulah nanti bila dah bergraduat kemana berkerja. Kerja sendiri atau makan gaji? Hebat juga, rupanya putra dan NzM adalah orang yang sama dengan alamat e-mail “sang_arjuna87@yahoo.com”.
    Pandai berbahasa Inggeris bukan segala-galanya. Filifina yang telah lama mengajar sains dan matmatik dalam BI taklah juga menjadi negara maju. Harap buka mata sikit. Masa nanti result ni cuba faham sedikit kepentingan bahasa ibunda!!!

  5. Arjuna permalink
    Jun 21, 2009 12:48 am

    Komen2 Putra & NZM tersebut adalah komen2 yang saya ambil dari sebuah forum yng diberikan oleh 2 orang insan berbeza bukan komen2 dari saya.

    Harap maklum.

  6. Julai 24, 2009 7:03 pm

    Selamat sejahtera. Guru-guru dari sekolah Cina dan Tamil yang mengambil Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi Kursus Diploma Pendidikan Malaysia, boleh ke Kursus ini boleh di batalkan atau ditukarkan ke negeri lain. Apakah cara jalan untuk melaksanakannya.

    Ada dua persoalan. Pertama – BATAL Kursus; Mudah sahaja jangan datang untuk semester akan datang, maka batallah kursus itu untuk diri anda. Anda berhentilah dari menjadi guru dan tak dapat Diploma Pendidikan Malaysia. Nak batal untuk semua orang memang tak boleh kerana itu dah jadi polisi KPM. Kedua, TUKAR ke negeri lain, Persoalan ini anda semua pergilah berjumpa dan berbincang dengan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM.

  7. mohd sahrizan bin ishak permalink
    Ogos 17, 2009 2:30 pm

    Boleh tak klu saya dapatkan modul pahang untuk subjek kimia?

    En Mohd Sahrizan orang negeri mana? Kalau orang pahang semua Sekolah Menengah si Pahang dibekalkan dengan modul ini dalam bentuk soft copy. Kalau encik dari negeri lain daripada pahang sila hubungi mana-mana guru kimia sekolah menengah di pahang. Tolong jangan minta dari saya, saya sudah tak ke sekolah lagi. Dah bersara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: