Persekolahan Yang Panjang
Hari ini Jumaat (26 Jun 2009). Esok hari Sabtu, sekolah ganti untuk cuti hari Raya Puasa. Sejak sekolah dibuka bagi penggal ke dua bermula 15 Jun 2009 murid dan terutamanya guru-guru sekolah aku belum bercuti lagi, hata cuti hujung minggu pun tiada cuti. Hujung minggu lepas (20 dan 21 Jun 2009) sebahagian besar murid dan semua guru terlibat dengan perkemahan bersepadu sekolah, manakala sebahagian guru lagi terlibat dengan perayaan hari guru peringkat daerah. Memang kasihan kepada para guru ini. Tapi pengorbanan seperti ini tidak ramai yang nampak terutama bagi mereka yang tidak bekerja disekolah.
Kadang kala yang menjadikan guru-guru ini tidak ada cuti hujung minggu adalah kerana tabiat pembesar sekolah dan pendidikan daerah yang suka menggunakan waktu hujung minggu untuk menjalankan program-program membesarkan nama atau mencari nama. Makin banyak program untuk gahkan nama semakin hebatlah sekolah tersebut. Itu satu andaian yang belum dibuktikan betul. Para guru sengaja dikerah dan sifat mereka berbagai. Akibat kerahan itu ada guru yang menentang secara terbuka, ada yang menentang secara senyap tetapi ada juga yang sangat setuju. Penentang secara terbuka mungkin akan menerima padah sesuatu masa dan ketika nanti.
Apatah lagi kerahan itu semakin selalu dibuat apabila ia disertai dengan ugutan daripada yang berkuasa. Peliknya yang suka mengerah guru itu seakan-akan terlupa bahawa guru-guru dibawah kelolaan mereka ada anak kecil, ada suami yang baru dinikahi atau ada isteri yang baru sahaja diijab kabulkan. Bagilah peluang untuk mereka bermesra. Bagilah kebebasan untuk mereka membina istana bahagia. Galakkan dan izinkanlah terbinanya baiti jannati.
Program yang dibuat bukan sahaja terbatas pada hujung-hujung minggu tetapi juga diwaktu petang hari persekolahan. Waktu kerja sepatutnya lapan jam sehari, tetapi dengan acara-acara petang seperti kelas tambahan, perjumpaan dengan murid, mesyuarat guru, membuatkan masa kerja seorang guru sehingga ketengah malam. Bukan lapan jam, bukan dua belas jam malah mungkin mencecah sehingga enam belas jam. Mana masa hendak bermesra dengan seisi keluarga. Kononnya kita menggalakkan konteks masa yang banyak dengan keluarga tetapi rupanya masa kita untuk keluarga dipendekkan oleh kerja yang entah apa-apa.
Sewajarnya kerja utama (core business) ialah mengajar dalam kelas. Kalau diperhitungkan kerja mengajar dalam kelas sudah kurang dari separuh waktu konteks yang dibuat beradasarkan keberadaan seseorang guru yang terlibat dengan kerja-kerja sekolah. Kemudian bercakaplah tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagaimana mungkin dalam keadaan keletehan seseorang guru mampu menyediakan P&P yang berkesan. Kalau sudah dua atau tiga minggu tiada cuti hujung minggu adakah masa bagi guru itu berfikir untuk berkreatif semasa mengajar. Akhirnya core business akan jadi ala kadar sahaja, asalkan masuk kekelas cukuplah sekadar itu. Selepas itu marahkan guru P&P tiada kualiti.
Keadaan lucu mungkin akan berlaku seperti yang terjadi kepada sekumpulan guru satu mata pelajaran di Daerah Lipis akibat tak sempat nak melihat bahan yang pernah diedarkan. Mungkin ini berlaku kerana guru-guru terlalu sibuk dengan kerja yang tidak berkaitan dengan mata pelajarannya. Selang dua atau tiga tahun JPN Pahang akan mengumpulkan guru-guru kanan mata pelajaran Sains dan Matematik serta Guru Cemerlang untuk membina modul P&P atau bahan-bahan P&P. Sewajarnya guru kaji modul dan bahan itu serta guna dalam masa mengajar. Ini kerana yang membuat modul dan bahan itu terdiri dari mereka yang berpengalaman, sudah menjadi guru kanan mata pelajaran peringkat negeri serta setengahnya sudah diktiraf sebagai Guru Cemerlang. Malangnya tiba-tiba dalam satu mesyuarat panitia mata pelajaran daerah timbul satu idea dan idea itu disokong oleh yang hadir untuk membina modul mata pelajaran sains SPM. Timbullah rasa nak tergelak dan rasa nak marah kepada kumpulan guru-guru ini. Apakah usaha JPN Pahang itu tak dihargai atau bahan dan mudul yang dibuat oleh JPN Pahang itu tak sampai ke tahap standard. Atau guru memang tak pernah lihat modul yang diedar dalam bentuk soft copy itu. Ini adalah akibat daripada core business tidak diberikan perhatian yang betul atau sistem penyampian yang tidak effisen.
Lalu hari Rabu yang lalu aku kumpulkan semua guru Sains SPM daerah Lipis. Aku berikan sedikit ceramah dan buat sedikit penataran tentang modul mata-mata pelajaran sains dan matematik yang dah disiapkan oleh JPN Pahang. Aku juga bekalkan modul sains daripada Kelantan dan modul sains yang digunakan oleh Felda. Dah dengan tiga modul sains ini aku rasa lebih daripada mencukupi untuk digunakan oleh guru-guru dalam P&P Sains SPM.
Teringat saya kepada kata-kata bekas Pengarah Pendidikan Negeri yang amat digeruni oleh majoriti guru di Pahang satu ketika dahulu. Beliau berkata setengah-setengah pegawai dan Pengetua serta penolong-penolong mereka suka buat program yang FORM (bentuknya) hebat-hebat tetapi “substance” nya tiada. Rasanya kaedaan yang dihadapi oleh beliau itu berulang kembali masa kini. Guru-guru disibukkan dengan keramaian dan acara yang mementingkan bentuk tetapi bukan memberi fokus kepada substancenya. Kerana itu jadilah kerja-kerja disekolah itu dirasakan sebagai hari-hari persekolahan yang panjang kerana letihnya badan selepas meraikan bentuk, bukan menghasilakan kerja-kerja yang berkitan peningkatan amal dan ibadat. Sekian, TK.
Assalamualaikum. Kita mempunyai idea dan padangan yang hampir sama dalam isu ini. Saya sudah lama memerhatikan isu ini sejak sekian lama. Fokus guru kepada kerja utama sudah menjadi kesampingan akibat dari tingkah laku dan idea-idea mengarut dari pegawai-pegawai atasan yang diberi sedikit kuasa. Mereka berlagak pandai tapi tak cerdik. Dalam tempoh dua tahun saya berehat mencari sedikit dari ilmu-ilmu Allah, saya merasa sedikit kelapangan dalam menghadapi isu ini. Hilang stress apabila kita tidak berada dalam suasana persekolahan sekarang. Tapi saya kadang-kadang kasihan tengok isteri saya yang saban hari merungut dengan kerja-kerja yang bermacam-macam guru-guru sekolah kena buat. Hinggakan beliau tidak dapat memberi tumpuan kepada penyediaan P&P. Suatu ketika dahulu beliau mampu untuk menyiapkan nota pelajar Tingkatan 1 2 dan 3 dengan mudah, tapi sekarang tak boleh dah!!!. Banyak sangat program sekolah, program PPD dan JPNP yang perlu dilakukan.
Sekian, sekadar meluahkah perasaan. Banyak lagi yang disimpan dalam hati ni….
saya pun sokong pandangan cikgu…terlalu banyak program di hjg minggu.bekas pengetua cikgu yg ke 14 tue mengajar di sebuah sekolah besar di Raub ke?
saya sekarang bertugas di bawah pengurusan beliau…
Selamat bersara…
boleh tolong kirimkan ketiga-tiga modul tersebut?