Skip to content

Hari Akhir Perkhidmatan

Jun 30, 2009

Esok 1 Julai 2009 ialah hari akhir perkhidmatan.  Aku telah berkhidmat selama 32 tahun satu bulan. Aku mula berkhidmat pada 2 Jun 1977 di SMK Padang Tengku sebagai guru lepasan Diploma Sains dengan Pendidikan, didikan Universiti Pertanian Malaysia. Setelah berkhidmat selama enam tahun, aku menyambung pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti yang sama (UPM).

Setelah menamatkan pengajian selama dua tahun setengah, aku telah berjaya membawa pulang Ijazah Bacelor Sains (Kepujian) pada tahun 1986. Pada 6 Januari 1986 aku kembali berkhidmat di SMKPT. Setelah berkhidmat di SMKPT selama enam tahun, pada tahun 1992, aku telah ditukarkan ke SMK Sulaiman, Bentung.  Sebenarnya aku tidak minta untuk bertukar tetapi aku ditukarkan dengan entah apa alasan. Ketika itu SMKPT tak cukup guru Sains dan tak cukup guru Bahasa Inggeris. Isteri aku guru BI tetapi dia juga ditukar bersama ke SMK Ketari Bentung. Itulah kesan dari fitnah dan dengki khianat.

Aku memohon agar aku dapat kembali mengajar di Lipis. Sementelahan ketika itu aku sedang membina rumah kediaman di kampung. Alhamdulillah dengan pertolongan seorang guru aku yang menjadi Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, aku dapat brtukar ke SMK Sungai Koyan pada 1 Disember 1993. Aku berharap dapat berkhidmat selama lima tahun di SMK Sungai Koyan tetapi Tuan PPD Lipis ketika itu (Dato’ Haji Abdullah Haji Abdul Kadir) menginginkan aku menjalankan tugas sebagai Pengetua di SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis. Maka bertukarlah aku dari SMK Sungai Koyan ke SMK Setia Wangsa pada 16 November 1995 setelah berkhidmat selama dua tahun.  Di SMK Sungai Koyan aku bertugas sebagai Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran.  Semasa di SMK Sungai Koyan aku juga diarahkan untuk menangung kerja Pengetua selama sebelas bulan setengah.  

Berkhidmatlah aku di SMK Setia Wangsa selama lima tahun empat bulan sebagai Pengetua.  Di situ aku dapat membuka tingkatan empat (1997) dan lima (1998).  Aku dapat menambah bilangan murid dari 295 orang menjadi 555 orang murid.  Aku sempat melihat penambahan empat bangunan tambahan dan memohon penambahan tapak sekolah dari enam ekar menjadi 12 ekar.

Pada 12 Mac 2001 aku menerima dua pucuk surat penting. Pertama surat arahan pertukaran pengetua dari SMK Setia Wangsa ke SMK Orang Kaya Haji. Surat kedua ialah surat tawaran menjadi Guru Cemerlang DG2. Aku tak tamak tapi aku terima kedua-dua tawaran itu. Oleh itu pada 16 Mac 2001 aku bertukar ke SMK Orang Kaya Haji yang jaraknya hanya dua kilometer sahaja.

Pada 16 Mei 2001 aku menerima surat penempatan Guru Cemerlang.  Aku ditempatkan semula ke SMK Padang Tengku. Di SMKPT aku sempat membuka kelas aliran Sains pada tahun 2002. Dari SMKPT aku dihantar oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk berkursus di AQA England.  Belum sempat aku melihat hasil pengajaran aku dalam kelas Biologi, aku ditukarkan pula ke SBP.  Aku ditempatkan di SEMESTA, Raub.

Aku terpaksa berulang alik sejauh 65 km sehala setiap hari. Akibatnya aku pergi ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Plajaran Malaysia memohon agar aku ditempatkan kembali ke Sekolah Menengah Harian Biasa. Atas pertolongan seorang sahabat, aku dapat ditempatkan semula ke SMKPT bermula 16 Jun 2006.

Maka berkhidmatlah aku sehingga ke 1 Julai 2009 sebagai Guru  Cemerlang.  Esok adalah hari terakhir aku berkhidmat sebagai PPP Siswazah. Selepas ini aku menjadi YB atau Yang Bersara. Ramai rakan dan taulan bertanya, nak buat apa bila bersara. Aku menyatakan, banyak kerja yang boleh aku buat setelah bersara. Ada bebera perancangan dalam pertimbangan.  Insya Allah fokus aku kepada pendidikan dan pertanian. Dengan doa dan harapan aku memohon kejayaan dalam apa-apa kerja yang aku lakukan.  Sekian, TK

Advertisements
9 Komen leave one →
  1. Jun 30, 2009 11:18 pm

    tentu bnyk kenangan yg sukar dilupakan..emm..65km sehala..ssh nk dibayangkan..sy pun 60km sehala sekrg..terseksa kdg2 bila hari sabtu pun bekerja

    Kalau nak tulis kenangan memang banyak tetapi pengalaman yang berbentuk profesional keguruan insya Allah saya akan kemukakan dari masa ke semasa kalau ada kelapangan. Semoga pengalaman keguruan dapat dimanfaatkan oleh para guru yang masih berkhidmat.

  2. GPI SKSV permalink
    Julai 1, 2009 8:55 am

    Selamat bersara..

  3. ashley permalink
    Julai 1, 2009 2:16 pm

    Selamat menjalankan kerja kerja yang dirancangkan…
    semoga blog ini semakin rancak dikemaskini.!

  4. Julai 1, 2009 4:33 pm

    salam… pakcik yusof,
    alhamdulillah…moga padanya ada kebaikan,
    teringat kenangan arwah ayah (ahmad)sewaktu baru bersara. tak boleh nak duduk diam di rumah.maklum ajalah sudah biasa dengan aktiviti dan bertemu kawan-kawan dan anak-anak murid.
    Insya ALLAH banyak kebaikan akan diperoleh.
    Pastinya tak terhitung balasan darinYA.
    Moga segala jasa yang dicurahkan selama ini akan dibalas ALLAH dengan sebaik-baik balasan.
    Seterusnya diberi kesihatan yang baik.CIkgu biologi selalu fasih dan mahir tentang ilmu kesihatan, alaisakazalik?
    akhirnya…Barakallahufikum wa fi amanillah.

    Terima Kasih atas ingatan, Insya Allah dah ada perancangan. Hari ini ke sekolah lama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub (SEMESTA) untuk uruskan perihal perkhidmatan, Jumaat ada program pendidikan dekat Kampung sendiri, ada slot motivasi dan Sabtu ada ceramah di SMK Merapoh, program Yayasan Pahang.

  5. Julai 2, 2009 11:37 pm

    salam cikgu. Terlebih dulu saya ucapkan selamat Bersara. Sesungguhnya sumbangan cikgu amat besar sekali.

  6. Julai 3, 2009 2:19 am

    assalamualaikum cikgu.

    selamat menikmati waktu lapang.
    (tak tahu nak komen apa)

    moga diberkati umur dan dimurahkan rezeki.

  7. Julai 3, 2009 3:55 pm

    Banya aktiviti berfaedah boloeh dilaksanakan ketika bersara…

    Insya Allah banyak yang sedang difikirkan. Antaranya aktiviti untuk keluarga sendiri dan juga aktiviti untuk masyarakat setempat….

  8. sha permalink
    Julai 7, 2009 10:12 pm

    smoga segala usaha ayah selama ini sentiasa diberkati Allah..smoga ayah dipanjangkan umur,kesihatan yg baik…selamat bersara

    Terima Kasih atas ziarah ke blog ayah, kini ayah tentunya lebih banyak menulis untuk kegunaan para pendidikan seluruh negara.

  9. Ogos 13, 2009 12:12 pm

    Salam Tuan Haji,
    insan seperti Tuan Haji merupakan permata yang berkilauan dan sinarnya memberikan cahaya kepada insan lain yang tahu menghargai. Tahniah atas persaraan semoga terus bersinar dan memotivasikan kami para pendidik supaya mampu mengangkat profesion keguruan ke tahap yang terunggul.Namun,terkilan kerana ada pihak yang tidak pandai menilai permata dan kaca!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: