Skip to content

Sudah Bersara

Julai 3, 2009

Hari ini (3 Julai 2009) adalah hari kedua aku menjalani alam pesaraan. Semalam hari pertama aku ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA), Raub. Aku ke sana kerana ada perkara penting perlu aku selesaikan. Perkara penting itu adalah aku terpaksa melayan keanehan yang berlaku dalam sistem data Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini pelik tetapi benar.

Sebelum bersara aku dinaikkan pangkat dari DG 48 ke DG 52.  Tiga tahun dahulu aku memang mengajar di SEMESTA, Raub sebagai Guru Cemerlang (GC) dimana sebelumnya aku mengajar di SMK Padang Tengku juga sebagai GC bermula 2001. Apabila aku menerima tawaran kenaikan pangkat tiba-tiba aku diminta kembali ke SEMESTA walau pun pada 2006 aku telah bertukar kembali ke SMK Padang Tengku. Kronologi perkhidmatan aku ialah 2001 – 2003 GC di SMK Padang Tengku.  2003 – 2006 GC di SEMESTA dan 2006 – 2009 kembali semula ke SMK Padang Tengku. Tetapi surat tawaran kenaikan pangkat yang diterima pada 26 Mei 2009 meminta aku kembali ke SEMESTA.

Apa yang pelik ialah:  Pertukaran saya dari SEMESTA ke SMK Padang Tengku dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia KPM. Sepatutnya data perkhidmatan saya menunjukkan saya berkerja di SMK Padang Tengku.  Kedua setiap enam bulan data EMIS akan dihantar ke KPM. Apa dah jadi dengan data ini. Ini menunjukkan orang di KPM tak peka dengan maklumat di Bahagian Sumber Manusia KPM dan juga data EMIS. Sia-sia sahaja kerja guru data di sekolah yang selalu bersengkang mata untuk siapkan data dalam masa yang singkat dan genting.

Oleh kerana akur dengan perintah maka saya terpaksa melapor diri ke SEMESTA pada 25 Jun 2009 dan selepas seminggu dari tarikh itu saya bersara. Sebenarnya pada 14 Mei saya sudah menerima Sijil Penghargaan dari KPM tentang persaraan.

Lagi aneh ialah surat kenaikan pangkat saya dan sijil penghargaan persaraan ditanda tangani oleh pegawai yang sama iaitu KPPM sendiri. Nampak sangatlah bahawa urusan di KPM ini tidak merajuk kepada data yang terkini. Itulah yang boleh aku simpulkan dengan apa yang aku alami masa kini. Hari semalam 2 Julai 2009 aku ke SEMESTA kerana menghantar salinan Sijil Penghargaan Persaraan yang aku terima dari pihak SMKPT secara rasmi.

Diruang siber ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana pihak SMKPT telah membuat sambutan secara besar kerana persaraan aku. Hebat sambutannya tidak dapat aku kesahkan. Diakhir sambutan aku diarak dengan konvoi kereta dari sekolah ke rumah aku. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan juga cendaramata atau cendrahati yang diberi tanda kenangan abadi. Orang memberi kita menerima.

Dengan acara “Majlis Sanjungan Budi” yang dibuat khusus untuk aku serta iringan konvoi itu maka berakhirlah perkhidmatan rasmi aku sebagai guru. Walau bagaimana pun sekali guru selamanya guru.

Untuk hari ini Jumaat, 3 Julai 2009 aku terlibat secara langsung menjalankan Program Kecemerlangan Pendidikan Relong – Rafulin Holdings Sdn Bhd. Sesungguhnya Rafulin Holding Sdn Bhd telah memilih Kampung Relong untuk dijadikan anak angkatnya. Oleh itu kami berasa bertanggung jawab untuk menjalankan amanah. Program bermula dengan sessi motivasi kepada para peserta yang terdiri daripada murid Tingkatan Lima – anak Relong dari beberapa sekolah di Daerah Lipis. Awal pagi jam 8.30 pagi aku menyampaikan ceramah motivasi dan kemahiran belajar kepada peserta.

Petang ini akan diadakan majlis perasmian Program oleh Pengerusi Rafulin Holdings. Majlis bermula jam tiga petang selepas solat Jumaat. Pada pukul lima petang, peserta akan dibawa ke UKM untuk menjalankan program bersama MAWAR (Mahasiswa Anak Relong) dan juga Seminar Skor A.

Diharapkan program ini dapat menjana kecemerlangan dikalangan anak Relong terutama diperingkat SPM. Ini program pertama. Sudah pasti akan disusuli dengan program lain. Insya Allah. We can bring the horse to the water but we cannot make sure the horse drink the water. Kita boleh memberikan motivasi tetapi sama ada anak-anak itu nak belajar atau tidak, itu terpulang kepada mereka. 

Setakat ini aku belum lagi dapat merasai erti persaraan. Aku masih sibuk dengan program pendidikan.  Esok pun aku masih perlu ke SMK Merapoh menjalankan program Yayasan Pahang. Hingga jumpa lagi. Sekian entri kali ini. TK.

13 Komen leave one →
  1. Julai 3, 2009 2:30 pm

    saya tgk gambar dlm blog anak cikgu..rupanya Saupian tu kawan saya..coursemate kt UKM

    Matsaupian bin Mat merupakan antara guru termuda di SMKPT, orangnya rajin dan sentiasa senyum. Baru berumahtangga cuti dua minggu pertengahan tahun ini. Isterinya Doktor Gigi yang sudah bertukar dari Kuantan. Baru ni dia bawa isterinya kerumah saya ketika kami menangkap ikan dikolam ikan dekat rumah.

    • Julai 4, 2009 5:46 pm

      kalau ada no phone dia forward kt saya eh..

      No H/P Matsaupian bin Mat : 019-9172526
      Mengajar di SMK Padang Tengku, 27100 Padang Tengku, Pahang

  2. Julai 4, 2009 12:59 am

    assalamualaikum..ape kabo ckgu? Ini saya hilmi qusyairi…saya nk ucapkan selamat bersara kpd ckg,tn. hj. yusof b. ibrahim.. kalau bleh, cuti 2 bln nanti bley le ckgu ajar saya bio…

  3. Julai 4, 2009 1:02 am

    Tn. Hj. Yusof b. Ibrahim…THE BEST BIO TEACHER IN THE WORLD!!!!!!!!!!

    Terima Kasih Hilmi, kalau nak belajar insyaAllah boleh saya mengajar. Malangnya sesetengah murid hari ini yang rajin nak belajar tu sedikit sahaja. Penghalang kejayaan mereka ialah sikap yang sambil lewa.

  4. NSAM permalink
    Julai 4, 2009 4:20 am

    “Selagi guru..selamanya guru” Tahniah di atas perkhidmatan yang cemerlang. InsyaAllah menjadi peransang untuk anakanda berjaya di sini.amin.

    Kepada semua anakanda yang bergelar guru yang mengajar dibilik-bilik darjah seluruh negara diharapkan anakanda dan adinda semua tumpukanlah kepada core business kita. Guru Mengajar dan murid belajar.

    • Julai 4, 2009 9:24 pm

      Salam….
      Selamat menempuh alam persaraan. Namun saya percaya cikgu akan terus mencurah bakti dan menitiskan ilmu kepada insan yang memerlukannya.
      Semangat cikgu akan saya jadikan perangsang untuk terus berkhidmat.

  5. Julai 4, 2009 4:21 pm

    SELAMAT BERSARA.

  6. Julai 7, 2009 7:54 am

    info yang bagus…trim’s

  7. Mohd Najib b. Pendek permalink
    Julai 14, 2009 9:26 pm

    selamat bersara lega…..

    najib@yahoo.com. my

    Terima Kasih kerana melawat blog saya. Semoga silaturrahim berkekalan hendaknya, terutama selepas bersara ini.

  8. zahari permalink
    Julai 29, 2009 12:56 am

    Subhana Allah jumpa jugak Cikgu Yusof ,guru yang mencetus semangat belajar semasa saya di SMKPT, cikgu tak mengajar saya kerana saya bersekolah diSMKPT sampai Tkt3 (1980-1982), selepas itu ke SMC pulak hingga 1984, kemudian PASUM 1985-1986, Masuk Kej. elektrik UM 1987-1990.

    tapi saya dapat tumpang semangat dan kesungguhan yang cikgu tunjukkan semasa mendidik warga SMKPT hingga memberi saya keupayaan semangat untuk menyudahkan kursus kej elektrik dlm masa 4 tahun.

    Salam untuk Cikgu dan ahli keluarga semuanya. saya doakan Cikgu dan keluarga sentiasa didalam kasih sayang Allah SWT selama-lamanya.

    Terima Kasih atas ingatan daripada Tuan Zahari.
    Mungkin kerana doa anak-anak murid seperti Zahari, kini tiga dari enam anak kami yang sudah bergraduat dan di Universiti mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan. Seorang Jurutera Mekanikal, lulusan Universiti Tun Hussein Malaysia, Parit Raja Batu Pahat, Johor. Seorang sedang belajar di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM dan seorang lagi di Fakulti Kejuruteraan UM ambil Kejuruteraan Elektrik. Terima Kasih kepada semua dan selalulah ziarah saya di alam siber ini. Kalau rajin datanglah keteratak saya di sempadan Relong dan Berchang.

  9. Januari 4, 2013 11:33 am

    Good day! I know this is kinda off topic but I was wondering which
    blog platform are you using for this site? I’m getting tired of WordPress because I’ve had
    issues with hackers and I’m looking at options for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.

Trackbacks

  1. 1 Julai yang ditunggu «

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: