Bersara
Sudah empat hari aku menjadi pesara. Setakat ini aku belum sempat lagi menikmati erti persaraan. Hari Khamis, hari aku mula menjadi pesara aku terpaksa ke SEMESTA Raub untuk menghantar Sijil Penghargaan Persaraan kerana masalah teknikal semasa dalam perkhidmatan. Hari Jumaat aku sibuk di program kampung sendiri dan semalam Sabtu aku terpaksa ke SMK Merapoh menjadi penceramah Jawab Untuk Jaya bagai mata pelajaran Sains SPM.
Hari ini Ahad, biasalah pagi-pagi aku akan ke Pekan Sahari Padang Tengku, membeli bekalan barang basah untuk seminggu. Jumaat ini isteri aku pula akan menamatkan perkhidmatannya sebagai PPP Bukan Siswazah DG 32. Dia telah berkhidmat selama 33 tahun 6 bulan dibeberapa buah sekolah. Antara sekolah tempat beliau pernah berkhidmat ialah, Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bandar Lipis atau SEMERAK yang kini dikenali sebagai SMK Orang Kaya Haji, SMK Padang Tengku, SMK Batu Anam, Segamat Johor, SMK Padang Tengku, SMK Ketari Bentung, SM Agama Padang Tengku dan kini Sekolah Kebangsaan Padang Tengku.
Selepas tarikh 11 Julai 2009, kami suami isteri akan menjalani hidup sebagai orang awam yang bebas dari ikatan Peraturan Am Kerajaan. Tak perlu lagi ingatkan General Order yang kadang-kadang sukar difahami. Tak perlu lagi isi borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Tak perlu ambil PTK, tak perlu lagi ambil Cuti Rehat Khas kalau nak hantar anak kemana-mana dan tiada lagi perbincangan tentang Head Count. Hidup ini akan ditumpukan membuat persediaan ke hari akhirat sebab semakin tua umur (dah bersara tu ertinya semakin tua lah) semakin dekat kepintu kubur.
Semua peringatan dari Allah telah ada. Apabila kulit mula kendur, mata mula kabur, gigi mula gugur, uban mula bertabur maka ingatlah semakin hampir ke pintu kubur. Mungkin akan ada orang yang marah apabila aku menulis begini. Kata mereka ini contoh manusia tak produktif, berfikiran tak ekonomik, manusia tak prograsif dan sebagainya. Itu hanyalah andaian manusia yang menyangka bahawa hidup ini akan berpanjangan. Purata hidup etnik Melayu di Malaysia hanya 70 tahun sahaja. Itu pun kalau sampai. Ayah aku meninggal waktu berumur 69 tahun, ibu aku meninggal waktu berumur 71 tahun, abang aku meninggal ketika berumur 63 tahun dan adik aku meninggal waktu berumur 52 tahun. Kalau kira purata mereka berempat ini adalah 64 tahun. Rasulullah wafat pada umur 63 tahun. Jangan jadi sesetengah pemimpin negara yang marah ketika mendengar lagu “Selimut Putih” di dendangkan di corong-corong radio. Isu lagu “Selimut Putih” ini heboh diperkatakan tahun 70’an dahulu, sehingga memerlukan beberap orang cendiakawan memberi pandangan akibat kebodohan satu golongan orang politik yang tak faham erti kehidupan. Kan itu ingatan kepada yang lalai dan lupa.
Bukanlah pula aku akan tumpukan semua kehidupan aku kepada ibadat khusus sahaja. Aku juga ada perancangan untuk memajukan harta pusaka keluarga aku, aku juga ada perancangan untuk membantu anak buah aku. Insya Allah aku tetap berusaha untuk kemajuan hidup di dunia ini tetapi persediaan untuk akhirat tetap lebih diutamakan. Itukan juga ibadat jika mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat.
Laman sesawang ini akan aku gunakan menyampaikan maklumat dan pengetahuan tentang pengalaman menjadi guru untuk aku kongsi bersama para guru yang sedang lemas dalam usaha memajukan anak bangsa. Laman ini juga akan aku coretkan berbagai pandangan tentang kehidupan untuk tatapan generasi muda, remaja dan belia. Laman ini juga akan aku gunakan untuk menyorot masalah sosial, pendidikan, ekonomi serta politik semasa
Enteri kali ini merupakan enteri permulaan sebagai menandakan visi baru kepada seorang pesara yang sudah bebas dan merdeka dari ikatan General Order. Sekian TK
selamat bersara cikgu….tunjuk ajar cikgu akan saya manfaatkan sampai bila-bila
slm aki…
slmat bersara…
umah baru da siap lum?? nk gi melawat neh.. hehehe
ala, dah nk blik KUIS dah.. tkpe2 ade masa mst gi umah aki punye… kim slm kt wan..ckp kt wan selamat bersara… waahh!!! mst byk perancangan aki n wan kan..
nnt free2 aki bkk plak blog cucu cicit haji uda.. ke dah jmpe smblm neh?? http://usratimahbubah.blogspot.com
Salam,
Semoga sihat walafiat.
Pengalaman ulama terdahulu patud dibaca dan dikaji. Banyak ‘permata’ di dalamnya.
assalamualaikum.. cikgu ape khabar ? kite orang harap cikgu sihat .tahun depan cikgu ajarlah kita orang bio. pada waktu petang ke hari cuti ke.kita orang OK JE KLAU CIKGU SUDI.