Chalk & Talk
Pada 9 Julai 2009 (Khamis) yang lalu aku masih lagi terlibat dengan program pendidikan, walau pun tidak mengajar di dalam kelas seperti biasa. Pada hari itu aku menerima undangan dari PPD Temerloh untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sudah tentulah fokus aku kepada P&P mata pelajaran sains.
Aku memperkatakan tentang strategi, pendekatan, kaedah, aktiviti, kemahiran dan alat yang diperlukan oleh seorang guru ketika dia mengajar. Seramai 20 orang guru-guru yang merupakan pelapis dalam P&P sains dijemput hadir oleh penganjur. Program bermula 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.
Semasa sedang seronok berkongsi pengalaman menggunakan power point tiba-tiba bekalan elektik terputus. Semua alat yang menggunakan kuasa elektrik tak boleh berfungsi. Takkanlah aku nak berhenti berceramah. Atas persetujuan semua aku bercakap satu topik yang tidak kurang penting dalam P&P iaitu bagaimana mengajar anak murid cara mendapatkan markah yang tinggi dalam kertas 2 Sains SPM terutama bagi soalan dari Bahagian A dan soalan no.10 Bahagian C. Aku terpaksa menggunakan kaedah Chalk and Talk. Alhamdulillah sebaik aku selesai menerangkan perkara yang hendak disampaikan, elektrik kembali berfungsi. Oleh itu aku kembali menggunakan peralatan seperti komputer dan LCD.
Dizaman canggih ini selalu pihak tertentu memperlekeh para guru yang menggunakan kaedah chalk and talk dalam P&P nya. Sebenarnya kaedah ini perlu juga diperkasakan penggunaannya dalam kelas atas beberapa sebab. Pertama, sekiranya tiada bekalan elektrik. Kedua sewaktu persembahan multimedia sudah tidak boleh menarik minat murid belajar. Ketiga sewaktu guru tidak sempat membuat persediaan atau bahan yang disediakan hilang didalam simpanan. Oleh itu para guru mesti sentiasa memperkasakan kebolehan dalam Chalk and Talk dan kepada para pemantau (JNS, Pegawai JPN dan PPD) jangan perlekeh kaedah ini.
Antara kebaikan Chalk and Talk ialah murid akan dapat menyalin nota yang sesuai jika penulisan guru adalah baik atau guru boleh menggunakan ruang papan putih/hitam dengan baik. Murid dapat melihat cara yang betul melukis rajah. Oleh itu guru mesti ada kemahiran melukis rajah yang baik. Sekali sekala guru boleh juga meminta murid menunjukkan kebolehan mereka dalam menggunakan papan putih/hitam.
Diharapkan para guru dapat menguasai kemahiran menggunakan kaedah ini dalam P&P dan harapan juga kepada semua jangan memperlekeh orang yang mengguanakan kaedah ini dalam P&Pnya. Sekian TK.
Bagi saya, cara chalk and talk itu adalah sesuatu yang istemewa.
Dulu, sebelum adanya ABM yang canggih seperti ini C&T itulah caranya.
Sehingga sekaraang cara ini masih digunapakai, cuma calk itu sudah berubuah kepada marker atau medisa lain.
Tetapi yang ‘talk’ nya itu yang lebih penting.
Jika guru tidak berwibawa, tidak pandai berkomunikasi (talk), tidak pandai menarik perhatian, cara T&C menjadi tidak berkesan.
Jauh lebih lama sebelum itupun, ‘chalk’ pun tidak ada. Yang ada hanya guru yang pandai ‘talk’.
Jadi untuk menggunakan kaedah ‘talk & chalk’ guru-guru perlu menguasai banyak perkara seperti kemahiran bahasa, kemahiran bertutur dan berkomunikasi, kemahiran mengekalkan minat pelajar, kemahiran menggunakan papantulis (yang juga banyak tekniknya).
Salam..’cara mendapatkan markah yang tinggi dalam kertas 2 Sains SPM terutama bagi soalan dari Bahagian A dan soalan no.10 Bahagian C’. Dah lama sy tunggu info pasal ni..tp dh tahun kedua sy xdpt2 lagi kursus ataupun bengkel2 seumpama ini
maknanya sekolah kena panggil cikgu la??Tp sekolah saya dkt klang la pulak
Setuju. Saya pun suka dengar bila cikgu ajar sambil menulis di papan hitam daripada tgk power point. Sebab bila tgk power point kadang-kadang boleh jadi tak fokus. Kalau guna white board pun takpe. asalkan menulis sambil mengajar.
Di Uni skng ni pun ramai lec yang menggunakan pendekatan write and talk. walaupun bukan chalk tapi pendekatannya sama. Walaubagaimanapun ini tidak menidakkan kepentingan PP untuk kepelbagaian.
Sekadar pandangan peribadi.