Skip to content

Kenangan 1

Julai 18, 2009

Kali ini aku nak bernostalgia.  Bukan nostalgia percintaan tetapi saja nak cerita tentang bagaimana aku ke sekolah semasa sekolah rendah dahulu.  Aku mula sekolah tahun 1960 dalam darjah satu. Dari rumah aku, di Kampung Berang aku terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Sekolah Umum Kampung Relong.  Biasanya aku berjalan kaki dalam kumpulan 10 ke 12 orang. Ikut jalan denai melalui Bukit Batu Lada, Bukit Meraga dan Caruk Membebek. Setiap pagi kami terpaksa merdah besit (basahan embun pagi yang melekat pada daun lalang). Ada bahaya melalui besit ini, kadang kala ada rakan-rakan yang nakal akan mengikat daun lalang disepanjang perjalanan itu. Sekiranya tersalah langkah mungkin kita akan tersungkur. Ada yang lagi nakal pula akan kencing pada daun lalang yang diikat merentagi denai. Kalau terkena ini alamat hancinglah pakaian terutama seluar.

Berkaki ayam adalah lumrah disepanjang perjalanan, bukan tiada kasut.  Kasut hanya akan dipakai apabila sampai ke sekolah. Ada telaga dekat sekolah.  Basuh kaki menggunakan air telaga dan pakai kasut.  Kaki memang sudah kematu. Apabila nak balik dari sekolah, kasut disimpan dalam beg sekolah dan berjalan balik ke rumah berkaki ayam semula.

Ada satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan dalam perjalanan balik sekolah ini. Apabila hampir sampai ke Caruk Membebek grombolan kami yang kambali dari sekolah diaum oleh harimau yang sedang memamah tulang babi hutan.  Maka bertempiaranlah kami lari.  Kumpulan yang dihadapan terus lari merentasi Caruk Membebek, Bukit Meraga dan Bukit Batu Lada.  Manakala kumpulan di belakang terpaksa balik ikut jalan yang jauh. Ikut jalan raya, ke Bapong dan balik ke Berang yang jaraknya lebih lima kilometer. Aku dalam kumpulan kedua ini.  Nasib baik tiada yang mati atau jadi mangsa diterkam harimau.  Itulah sukarnya nak ke sekolah ketika itu.  Melihat kesan tapak harimau pada tanah lembik adalah perkara biasa. Setiap bulan kami boleh berkesempatan melihat kesan tapak harimau terutama selepas hujan. Kesan tapak kaki babi hutan biasa kami lihat setiap hari. Agak-agaknya anak zaman ini rajin tak ke sekolah sekiranya menghadapi keadaan seperti diceritakan diatas.

Semasa darjah satu, Cikgu kelas aku ialah Cikgu Jamaluddin Imam Uda (Ayah kepada Dr Rohaiza Jamaluddin) tetapi dalam bulan April 1960 Cikgu Jamaluddin bertukar.  Guru Kelas aku yang baru ialah Cikgu Zainab Ismail. Darjah Dua guru kelas ialah Cikgu Siti Hawa. Darjah Tiga Cikgu Dasimah Dasir. Darjah Empat Cikgu Zainab. Darjah lima Cikgu Ismail Jamaluddin dan darjah Enam, Cikgu Abdul Rahman (Deraman) dan Cikgu Abdullah Idin. Sepanjang aku bersekolah rendah, Guru Besar ialah Cikgu Mohd Noor Abdul Karim. Ada dua orang guru agama yang mengajar aku semasa sekolah rendah iaitu Ustaz Muhammad Mandak dan Ustaz Muhammad Mat Aji. Guru Bahasa Inggeris pula ialah Cikgu Zainal dari Bandar Hilir Melaka.

Dikalangan guru-guru ini ada yang garang dan ada yang penyayang. Aku sebagai guru tak nak cerita tentang mereka yang ku sebut sebagai guru ini. Hanya aku berdoa semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi atas tunjuk ajar yang mereka berikan kepada aku dan rakan-rakan. Aku tak pernah ke tadika.  masa itu mana ada tadika.  Ada diantara guru-guru ku ini masih hidup dan ada juga yang telah kembali menemui Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah swt.

Aku masih ingat lagi…. Sehari sebelum aku mendaftar diri sebagai murid sekolah setelah ayah aku membeli baju dan seluar sekolah.. Abu dan Rasid (Kawan sepermainan aku yang lebih tua dari aku) bertanya aku, apa yang aku boleh tulis ketika disekolah esok. Aku pun tulis di atas pasir tempat kami bermain huruf  ‘A’ dan ‘a’ . Itu sahaja yang aku kenal. Baca mukadam memang aku dah tamat. Itulah gambaran penguasaaan aku sebelum sekolah. Tetapi seronok nak ke sekolah itu tetap ada. (Abu ada di Berang, manakala Rasid adalah Imam dan pesara ustaz di Merapoh)

Dalam enteri kali ini, fokus nukilan aku adalah berkaitan kesukaran aku kesekolah dan menyebut nama-nama guru yang mengajar aku secara langsung.  Ini sebenarnya nak beritahu kepada anak-anak bahawa memang nak kesekolah sangat sukar tetapi kami anak kampung tetap gigih untuk belajar. Dalam entri berikutnya aku nak cerita lagi kenangan ketika sekolah rendah dahulu iaitu dari tahun q960 hingga 1965. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. Ninie permalink
    Julai 19, 2009 5:43 pm

    teringat mak bercerita, masa dia g sekolah dulu pun berkaki ayam. sampai sekolah baru pakai kasut. berjalan merentasi ladang getah dan jambatan jalan keretapi. kemudian kene naik perahu menyeberangi sungai.masa ikut jambatan keretapi tu kene letak telinga atas landasan.nak dengar ada keretapi atau tidak..kemudian baru boleh lalu…susahnye nak ke sekolah..

  2. Julai 20, 2009 1:47 am

    zaman berubah.

    Kesukaran saya dahulu, berbasikal ke sekolah.

    Perlu memecut untuk melintasi jalanraya besar.

    Pernah beberapa kali, ada kereta yang hampir terbabas kerana mahu membelok dari terlanggar saya.

    Perit sungguh waktu itu.🙂

    Keperitan setiap zaman berubah.

    salam perantauan.

    Tengah-tengah hari untuk belajar di sekolah agama.

  3. Julai 20, 2009 10:10 pm

    Hoh!!. Ada rimau.. hahaha… makan babi utan pulak tu.. itu perkara biasa. Itu zaman dulu, zaman sekarang ader omputih dah kat sekolah, rambut perang tapi cakap kelate.. haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: