Skip to content

Kenangan 5

Ogos 25, 2009

Dalam lakaran ini aku ingin berkisah tentang salah satu hobi aku semasa sekolah rendah dulu. Sebagai anak penanam padi, aktiviti kehidupan sampingan kami juga berubah ikut musim padi. Masa itu padi ditanam semusim sahaja. Rutin menanam padi setiap tahun adalah sama. Bermula dengan menydiakan petak-petak sawah, menebas tapak semaian, mencangkul sawah, mencabut anak benih, menanam anak padi, membaja, merumput, menuai dengan didahului dengan membuat emping kekalu, mengirik dan menampi padi sebelum padi dijemur untuk ditumbuk atau dimesin bagi mendapatkan beras baru.

Aktiviti sampingan itu adalah menangkap burung pipit serta memeliharanya sepanjang musim padi. Padi disemai diatas tanah yang ditebas dan dibakar. Selepas itu tapak semaian dicuci bersih daripada akar dan sampah daun-daun. Padi ditabur diatas tapak semaian. Biasanya ia dibuat dimusim hujan mula turun oleh itu tidak perlulah tapak semaian itu disiram. Selepas padi ditabur dan ditutup dengan tanah, burung pipit akan datang makan butir-butir padi yang tidak ditutup oleh tanah. Pada masa inilah kaedah menangkap pipit dibuat. Biasanya kaedah menggunakan getah burung adalah lebih baik.  Burung kena getah tidak boleh terbang, oleh itu mudah ditangkap.

Burung pipit yang kena getah akan dijadikan denak. Cara lain nak dapat denak ialah dengan mengambil anak burung pipit yang selalunya buat sarang atas pokok pinang. Sebelum itu sangkar burung telah siap dibuat. Sangkar burung pipit dibuat menggunakan pelepah pokok cucuh sebagai rangkanya. Bilah-bilah dinding pula dibuat menggunakan buluh atau kulit pelepah pedor (bertam). Aku memang pandai membuat sangkar burung pipit ini. Sangkar atau jebak pipit ini akan dibuat tiga bilik. Bilik tengah adalah tempat denak manakala kiri dan kanannya adalah tempat yang menjadi perangkap kepada pipit lain yang datang. Dalam bilik tengah akan ada tempat bekalan makanan (padi) dan air.

Jebak berisi denak ini akan digantung dianjung rumah. Biasanya pada masa musim padi belum dituai pipit sukar datang ke jebak yang ada denak ini kerana ketika itu padi banyak disawah. Bekalan makanan banyak. Ketika ini juga burung pipit ini sibuk membuat sarang di atas pokok pinang yang memang banyak sekitar rumah. Apa yang perlu ialah mempastikan denak ini jenis yang berbunyi atau jenis garang.

Selepas waktu menuai, anak-anak pipit banyak tetapi makanan kurang. Pada masa inilah aktiviti kami akan bermula. Pipit yang menjadi denak dalam sangkar akan berbunyi, memanggil rakan-rakan yang lain. Sebelum ke sekolah aku akan memasang perangkap di kiri dan kanan jebak. Biasanya bila balik nanti akan adalah burung pipit yang masuk perangkap. Burung pipit yang baru masuk perangkap akan dipindahkan kesatu sangkar yang besar.

Bagi mereka yang pandai membuat jebak pipit ini mereka buat empat perangkap di empat penampang jebak. Sudah tentu hasilnya akan lebih banyak. Aku pernah memelihara sekitar lima puluh ekor burung pipit. Mana-mana yang aku dapati agak garang akan aku beri kepada rakan-rakan yang lain.

Ketika aku nak masuk ke sekolah menengah aku telah sembelih semua burung pipit itu untuk digoreng. Ini disebabkan tiada orang yang akan menjaga burung pipit dalam sangkar ini apabila aku tinggal di asrama.    

Terdapat beberapa jenis burung pipit di kampung aku. Antaranya ialah pipit hitam atau pipit trit (bunyinya trit…trit), pipit merah (seluruh bulunya kemerahan) dan pipit uban (ada bulu putih di kepalanya).  Burung pipit yang aku pelihara ialah pipit trit yang makan padi. Pipit uban tidak dipelihara kerana ia bersifat gelojoh sedikit.  Selamat menjalani puasa Ramadhan. Semoga dapat kesempatan mendapat lailatul Qadar. Sekian TK.

20 Komen leave one →
  1. Ogos 26, 2009 9:38 am

    Zaman kanak-kanak, zaman yang sangat mengasyikkan. Waktu bersukaria sambil mengumpul pengalaman. Membina pemerhatian. Mengukuh kemahiran.

    Tidak semua memperolehinya.

    Sewkarang, kanak-kana mempunyai pengalaman b erbeza.

  2. abgde permalink
    Ogos 27, 2009 7:17 am

    ayah tak ajar pun kat kome…hehehe

    Macam mana nak ajar kalau masa kecil tinggal dikawasan SMKPT, pindah ke Bandar kemudian masuk asrama. Tak pe.. nanti bila balik ayah ajarkan ye..

  3. as-sa'adati permalink
    Ogos 28, 2009 6:18 am

    burung pipit pun Nurul tak kenal…huhuhuhu

    Alahai!! Kesihannya anak-anak ku ni.. Sekarang burung pipit dah jarang nampak sebab padi tak ada. Tapi kalau ingat masa awak kecil dahulu, masa mula-mula duduk rumah baru (1994), atuk ada buat padi depan rumah kita. Deme selalu tarik tali yang ada tin dan “orang-orang” bagi menghalau sekumpulan burung yang datang makan padi. Burung-burung kecil hitam itu ialah burung pipit.

  4. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Ogos 28, 2009 9:57 pm

    Assalaamu’alaikum..

    Salam kenal dan terima kasih atas komentar cikgu di laman saya. Mudahan yang terbaik akan kita perolehi dalam menjana pembangunan pendidikan di negara kita. Selamat berpuasa dan salam Ramadhan.

  5. Ogos 29, 2009 12:22 pm

    Wah udah sampe seri 5, ketinggalan aku…

    Baca ah….

  6. Ogos 30, 2009 2:57 am

    masih adakah pipit itu lagi?

    Pipit (burung) yang saya pelihara itu dulu dah mati.
    Spesies burung pipit itu masih ada tetapi populasinya sudah berkurang kerana ia mengikut alam (sunnahtullah) kalau ada banyak makanan dia akan mudah membiak kalau kalau kurang makanan populasinya akan berkurang.

  7. abgde permalink
    Ogos 30, 2009 6:19 am

    biar betul nurul tak pernah tak kenal burung pipit..bandar betul ni…

  8. Kak Long permalink
    Ogos 30, 2009 11:26 pm

    Pengalam cikgu ni menarik betul. Saya fikir sekarang ni susah nak memperoleh pengalaman seperti ini lagi. Kalau tak silap satu lagi spesis burung yang banyak di sawah ialah burung wak-wak kan?

    Baiklah mawar merah, nanti adalah entri berkaitan burung wak-wak atau burung kua…

    • Ogos 31, 2009 11:33 pm

      bagus tu cerita psl burung wak2 & burung kuar ni.bolehlah share cerita mcmna tangkap burung kuar guna trape ye(jerangkap samar@jerat piuh)budak2 sekarang pasti tk tau pasal jerat piuh.kuar boleh melambung,silap2 haribulan terus meninggal klu kena kat kepala.sambil tu boleh ceritakan psl burung selayak(ni jdi target lastik utk latihan kecekapan melastik) begitu juga kelicap(target lastik juga ni)biasa kat pokok jambu,jdi first training melastik,sebelum lastik burung selayak&the geng kat pokok besar&tinggi bagi menguji kecekapan melastik tahap advanced!

  9. as-sa'adati permalink
    Ogos 31, 2009 8:30 am

    Ooo…bila cakap burung yang makan padi atuk tu, baru la tau…Kenal sgt tp tula skang ni jarang jumpa sgt2 sbb x de padi dah depan umah. Daging burung pipit mmg sedap…teringat masa bulan puasa masa kecik2 dulu pernah makan…atuk yang kasi

    Satu nikmat alam yang sukar dijumpai dan dialami oleh anak masa kini. Kalau nak faham baca ajelah tulisan orang-orang vetren..

    • as-sa'adati permalink
      September 2, 2009 9:27 pm

      Orang-orang veteren???
      Ayah laa…hehehehe😉

  10. Disember 15, 2012 3:59 am

    Hi! I’m about to begin my own website and was wondering if you know where the best place to purchase a website url is? I am not even sure if that’s what
    its known as? (I’m new to this) I’m referring to “https://alberangque.wordpress.com/2009/08/25/kenangan-5/”.
    Exactly how do I go about obtaining one of these for the
    website I’m making? Thanks a lot

  11. Disember 15, 2012 11:06 am

    Hi! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout
    out and tell you I truly enjoy reading your blog posts.
    Can you suggest any other blogs/websites/forums that cover
    the same topics? Thank you so much!

  12. Disember 19, 2012 4:24 am

    I was wondering if you ever thought of changing the layout of your site?
    Its very well written; I love what youve got to say.

    But maybe you could a little more in the way of content so people could connect with it better.
    Youve got an awful lot of text for only having one or
    two images. Maybe you could space it out better?

  13. Februari 13, 2013 4:50 am

    “Kenangan 5 Wadah Orang Kampung” in fact causes myself imagine
    a tiny bit further. I really treasured every individual piece of it.

    I appreciate it -Michaela

  14. Jun 6, 2014 2:15 am

    We are a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
    Your site offered us with valuable info to work on. You’ve done a formidable job and our entire
    community will be thankful to you.

  15. Julai 19, 2014 3:43 am

    Hi there very cool blog!! Man .. Excellent .. Superb ..
    I’ll bookmark your website and take the feeds additionally?

    I am glad to search out numerous helpful info here within the submit,
    we need develop more techniques in this regard, thanks for sharing.
    . . . . .

  16. Julai 25, 2014 1:49 am

    After checking out a few of the blog articles on your website, I honestly like your way of
    blogging. I bookmarked it to my bookmark site list and will be checking back in the near future.
    Take a look at my website as well and let me know your
    opinion.

  17. Julai 25, 2014 10:48 pm

    If some one wants to be updated with newest
    technologies therefore he must be pay a quick visit this site
    and be up to date every day.

Trackbacks

  1. inertz.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: