Kenangan 6
Dalam menceritakan tentang Kenangan 3 dahulu aku telah menyebut bahawa dihadapan rumah aku ada gedung. Biasanya selepas musim menuai padi selain sibuk memikat burung pipit dan burung merbah atau lain-lain burung satu lagi aktiviti yang aku buat iaitu menaut ikan haruan. Ikan haruan memang banyak dalam gedung terutama selepas musim menuai kerana telah berlaku proses pembiakan ketika awal musim menanam padi..
Sebenarnya ada beberapa cara untuk menangkap ikan haruan. Ayah biasanya menggunakan cara pertama iaitu menggunakan kaedah mengenjut. Untuk menggunakan kaedah mengenjut ini seseorang mesti menggunakan pancing yang khusus. Jorannya panjang hampir tiga depa atau 16 kaki. Batang joran dibuat dari pelepah pedor atau buluh padi. Tali pancing yang dibuat dari tangsi tentu sepanjang itu juga. Umpan yang digunakan ialah katak. Katak diletakkan pada mata pancing dengan kaedah tertentu. Mata pancing yang dilekatkan umpan (katak) akan dibaling sejauh mungkin dan ditarik secara menghenjut-henjut seolah-olah katak itu sedang bergerak diatas air. Ini akan merangsang ikan haruan untuk menyambarnya. Bila haruan menyambar katak, ia akan terlekat pada mata pancing. Memancing cara ini aku tak berapa pandai.
Cara kedua ialah dengan menggunakan taut. Joran taut dibuat menggunakan pelepah bertam (pedor) atau cucuh atau buluh kecil. Panjangnya satu depa (4 kaki) sahaja. Tali yang juga dibuat dari tangsi sepanjang dua ke tiga kaki. Umpannya pula digunakan anak ikan puyu, ikan karing atau anak sepat. Umpan disangkut pada mata pancing dibahagian belakangnya (kesian umpan ini dicucuk belakangnya hidup-hidup). Setelah umpan dilekatkan pada mata pancing, joran akan dicucuk ketebing petak sawah dengan memastikan umpan dapat bergerak-gerak didalam air. Gerakan umpan akan merangsang haruan untuk menangkapnya. Bila umpan disambar haruan akan terlekat pada mata pancing. Biasanya aku akan pasang 10 taut pada sesuatu masa di 10 lokasi tertentu ditebing gedung dekat rumah aku itu.
Ada satu kerja lain yang mesti dibuat sebelum boleh menaut, iaitu mendapatkan umpan. Anak puyu, ikan karing serta anak sepat mudah didapati dalam petak-petak sawah. Tangkapan dibuat menggunakan sibam (sejenis alat yang dibuat dari bilah-bilah bertam yang dianyam). Umpan yang dikumpul disimpan dalam tempayan kecil. Oleh itu mudah untuk memasang taut bila umpan dimata pancing habis. Haruan yang terlekat dekat mata pancing akan diambil dan disimpan dalam tempayan besar yang ada air. Ikan ini akan dikorbankan apabila perlu. Biasanya terdapat lima atau enam ekor haruan berbagai saiz pada sesuatu masa dalam tempayan. Oleh itu bekalan protein sentiasa ada dirumah ketika itu. Kalau haruan banyak dalam tempayan, aku akan beri pada jiran tetangga seekor dua. Itu cara hidup dikampung, yang banyak akan memberi walau pun tidak diminta.
Ada masanya yang terlekat pada mata taut bukannya haruan tetapi ular atau resin (sejenis kura-kura). Untuk membuangnya ada kaedah tertentu. Menaut merupakan aktiviti yang aku buat sepanjang masa dari musim selepas menuai padi sehingga ke musim membersih sawah.
Satu lagi kaedah menangkap haruan ialah dengan menahan tuar. Sejenis alat yang dibuat dari bilah pedor dianyam dengan mulutnya besar dan bahagian belakang diikat. Tuar dipasang pada air mengalir di batas-batas petak sawah. Biasanya tuar untuk haruan dipasang melawan arus air kerana haruan boleh memanjat batas petak melalui air. Kalau nak ikan lain tuar dipasang menghadap air mengalir ini kerana ikan lain akan bergerak mengikut aliran air.
Kenangan sebegini hanya tinggal kenangan sahaja kerana kawasan kampung aku sudah tidak mengusahakan sawah padi lagi. Satu keadaan yang bahaya kepada keselamatan makanan negara. Menurut cerita ayah dan emak aku, mereka boleh mandiri (survive) semasa Jepun memerintah Malaya (3 tahun 8 bulan) kerana mereka mengusaha padi. Kini kalau apa-apa berlaku kepada bekalan beras negara, penduduk kampung aku akan kebulurlah nampaknya. Kawasan sawah masih ada, sumber air masih ada yang tiada ialah anak muda yang mengusahakannya. Ini satu perkara yang perlu diberi perhatian demi keselamatan bekalan makanan negara.
Sekian, selamat menyambut hari merdeka ke 52 dan selamat menjalani latihan Ramadhan semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dalam pengalaman hidup setakat ini. TK
…masih terngiang-ngiang, deburan haruan menyambar sepat di hujung taut… rasa nak ki mancing ni… ahhh… haruan sudah berkurangan…di mana nak ditangguk sepat…
Salam Uncle.
Teringat arwah ayah..bila bulan puasa..membuat sawar untuk menjerat..dan membuat perangkap kancil..
Wassalammmmmm…
Assalamaualaikum Pa’ Andak,
Apa dah jadi dengan gedong aki him, dulu tempat kome main terjun dari pokok pulai…
Last week I dropped by this site and as usual great content and ideas. Love the lay out and color scheme. Is it new? Well I really really like it. Email me the theme at joanbm3@gmail.com. I love the tips on this site, they are always to the point and just the information I was looking for. Its hard to find good content these days in the world of spam and garbage sites.
Hello therе, I foսոd your website bƴ the usee of Google while searching fߋr a relаted matter, youjr
web site ɡot here up, it looks gоod. I’ve bookmarked it іn my google bookmarks.
Hllo theгe, jսst changed into aware of үoսr blog throսgh Google, anԁ locaterd tҺat it’s truly informative.
I’m gonna Ƅе careful fоr brussels. Ӏ will be grateful in
the event ʏou proceed tҺіs iin future.
Lots оf folks mіght ƅe benefited fгom youur writing.
Cheers!
You’rе so interesting! I don’t believe I’ve trulу read anytɦing likе tҺis befߋre.
Sօ nice tօ find ѕomeone with sߋme orjginal thօughts on thіs subject matter.
Seгiously.. thankѕ foг starting thos up.
This site iѕ one thing that is required on thе internet, ѕomeone ԝith ѕome originality!
Someone essentially lend a hand tօ mаke critically articles Ι’d ѕtate.
Ƭhis is thе ѵery fіrst time I frequented yοur web ppage аnd
up to now? I amazed wіtɦ tɦe reseaгch ƴօu made to makme tҺis particular submit extraordinary.
Excellent job!
My spouse and I absolutely love ʏour blog and find most οf yοur post’s to
be exactly I’m looking for. can you offer guest writers tо write content іn ƴour caѕe?
I wouldn’t mind producing a post oг elaborating on a number ߋf the subjects you wrie in relation to hеre.
Aցain, awesome web log!