Skip to content

Kenangan 8

September 13, 2009

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Edul Fitri, perayaan menandakan kita kembali kepada kadaan fitrah atau kembali bersih seperti kita baru lahir kerana kita telah melalui latihan Ramadhan. Diawal Ramadhan kita dikurniakan rahmat, pertengahan Ramadhan kita dikurniakan keampunan dan diakhir Ramadhan kita dibebaskan dari api neraka. Oleh itu bagi kita yang berpuasa, kita telah bersih dari dosa dan kita kembali kepada keadaan fitrah. Itulah yang diharapkan bagi yang menjalani ibadat puasa dengan penuh ikhlas kerana perintah Allah SWT. Tetapi malangnya sebahagian saudara mara kita disepuluh malam terakhir ini tak ramai yang meneruskan solat tarawikh. Makin akhir Ramadhan kehadiran ke masjid makin menyusut.

Bercakap tentang Edul Fitri ini, maka teringatlah waktu raya masa dulu-dulu. Beberapa hari sebelum raya kita akan sibuk membuat dodol. Pagi-pagi lagi dah mula kerja. Selepas sahur, mula megopek kelapa. Kemudian mengukur kelapa menggunakan kukur duduk bukan kukur elektrik seperti masa kini. Biasanya kami adik beradik akan berlumba siapa banyak kukur kelapa. Kelapa kemudiannya diperah untuk dapat santan. Ketika yang sama emak didapur memasak santan pekat untuk buat tahi minyak.  Gula merah pula dimasak untuk ditapis bagi digunakan sebagai air gula semasa membuat dodol. Sehari sebelum itu beras pulut ditumbuk menggunakan lesung tangan dan diayak untuk membuat tepung pulut.  

Apabila semua ramuan sudah sedia, api akan dihidupkan dalam lubang genur satu tempat khusus dibuat untuk tujuan membuat dodol. Gerengseng atau kawah diletak diatas lubang genur. Tepung pulut yang dicampur dengan santan cair dimasukkan kedalam kawah dan dikacau sehingga ia menjadi pekat. Kemudian cairan gula merah akan dimasukkan dan campuran terus dikacau sehingga pekat. Ketika ini api dikecilkan sehingga tinggal bara sahaja. Apabila dodol sudah pekat (boleh digolek dalam kawah) tahi minyak akan diletakkan ditepi-tepi golekkan dodol agar dodol tidak berkerak. Apabila dodol sudah tidak putus apabila ditarik itu tandanya sudah elok untuk diangkat. Dodol yang sudah diangkat bolehlah disimpan dalam bekas-bekas yang dianyam menggunakan daun mengkuang. Hari ini kalau malas kacau dodol beli aje dodol yang dijual.

Sehari sebelum raya adalah waktu yang sangat sibuk. Pada hari inilah hari membuat lemang, memotong daging, memasak rendang dan sebagainya. Biasanya ayah akan membawa kembali daging dan tulang kerbau. Kerja utama aku ialah mempastikan tulang-tulang yang dibawa balik itu aku cincang kecil untuk dimasak sup. Ayah memang suka makan sup. Keadaan ini aku warisi dan memang ada dikalangan anak-anak aku yang juga suka makan sup tulang. Kerja kedua aku ialah menyiang daging untuk dimasak rendang. Pada waktu ini ayah sibuk pula menebang buluh lemang dibelakang rumah (memang ayah ada tanam dua rumpun buluh lemang dibelakang rumah). Kakak akan memasukkan daun lirik kedalam buluh yang telah dipotong mengikut saiz dan ketinggian yang hampir sama. Ketika yang sama emak akan memasak beras pulut dengan santan kelapa dan setelah tiga suku masak campuran itu akan disejukkan dan kemudiannya akan dimasukkan kedalam buluh lemang (ini kaedah buat lemang keluarga aku). Setelah itu lemang akan dibakar. Aku akan membantu mengawal api. Ayah selalunya mengarahkan aku memusing-musing batang buluh agar ia mendapat haba secara sekata. Oleh itu pembakaran lemang itu menjadi seimbang.

Sudah tentu juga ada dikalangan kakak-kakak aku yang sibuk menjahit baju raya atau membuat tulang belut pada baju kurung mereka. Kadang-kadang aku juga sibuk membantu menjahit baju kurung mereka menggunakan mesen jahit singer yang dah tua itu. Untuk baju raya aku ayah yang buat dan dia yang jahitkan. Sememangnya ayah mempunyai kemahiran membuat baju melayu. Aku tak pandai nak potong kain tetapi menjahitnya aku bolehlah setelah bahagian lehernya siap dijahit oleh ayah. Kerja aku hanya menangkupkan bahagian depan dan belakang setelah bahagian leher dijahit. Bagi menangkup lengan itu akan dibuat oleh ayah.

Untuk enteri ini aku berhenti setakat ini dahulu sebab enteri yang berikutnya aku nak cerita tentang membuat meriam karbaid dan juga alternatif kepada penggunaan mercun. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. Razali bin Umor permalink
    September 16, 2009 8:16 am

    Assalamualaikum Ayahnda,
    Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, izinkanlah hati yang tulus ikhlas memohon kemaafan atas segala sikap dan lisan yang tak terjaga,janji yang tak terkota, dan hati yang kerap berperasangka.Semoga kita selalu dalam perlindunganNya…. Selamat Hari Raya Aidul Fitri untuk ayahnda sekeluarga…

  2. Siti Fatimah Ahmad permalink
    September 16, 2009 4:02 pm

    Assalaamu’alaikum

    KEPADA CIKGU… SAMBUTLAH UCAPAN DARI SAYA. SERANGKAI KATA PENGGANTI DIRI. UNTUK MENYAMBUT HARI BAHAGIA. JARI SEPULUH DI SUSUN JUGA. AGAR KESALAHAN DIAMPUN SEMUA. TANDA IKHLAS PERSAUDARAAN. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1430 H. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN. SALAM KEMESRAAN DARI SARIKEI, SARAWAK.

  3. September 17, 2009 1:18 am

    ‘WOK’
    Selamat Raya. Maaf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: