Skip to content

Meredah Pagi

September 30, 2009

Early birds catch the most worm“. Ini peribahasa Inggeris yang bermaksud burung yang awal akan mendapat paling banyak cacing. Maksudnya mereka yang awal itu akan dapat paling banyak rezeki. Aku tak pasti sama ada peribahasa ini masih tepat waktu ini. Aku melihat orang kampung yang bergerak pagi, pergi kerja masih begitu juga keadaannya. Mungkin dikalangan ahli koperat yang datang lewat ke pejabat yang paling beruntung berbanding dengan mereka yang berkerja buruh dibandar. Apa pun keadaannya aku sebenarnya nak ceritakan tentang betapa sukarnya mereka yang bergelar buruh bekerja.

Sewaktu aku kecil dahulu aku masih ingat lagi tentang anak muda kampung aku pergi menoreh getah seawal empat pagi. Memakai pelita minyak tanah khas yang diikat didahi untuk menoreh getah. Mereka akan kembali ke rumah untuk sarapan sebentar dan terus menoreh sehingga pukul 10.00 pagi. Selepas itu pergi memungut susu getah yang ditoreh untuk dibawa ke rumah mesen bagi dijadikan getah keping. Petangnya mereka bekerja lagi mencari atap daun pedor atau meraut rotan. Itu rutin anak muda zaman itu. Suasana sebegitu sudah tiada lagi kini. Anak muda kampung aku sudah tak ramai menoreh getah. Penoreh getah diimport dari Indonesia. Ramai anak muda yang lebih suka menjadi “pilot helikopter“. Bukan helikopter yang boleh terbang tu, tetapi membawa mesin dukung untuk menebas rumput ditepi jalan. Mereka lebih suka makan gaji dari kontraktor yang membersihkan jalan atau ROADCARE.

Aku selama tiga tahun terpaksa meredah pagi. Aku mula perjalanan seawal 6.00 pagi atau selepas solat subuh. Ada masanya aku solat subuh setelah berpakaian lengkap bertalileher. Selepas memberi salam aku mula memandu kereta ke sekolah yang jauhnya 65 km. Ketika itu aku bertugas di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Berkhidmat di SEMESTA memang seronok. Seronok mengajar murid pandai. Walau pun begitu keadaan dan suasana tidak menjadikan aku bahagia mengajar. Aku guru cemerlang Sains Menengah Atas di hantar ke sekolah yang tidak menawarkan mata pelajaran Sains SPM. Itu yang mengeciwakan.

Kini setelah bersara aku masih meredah pagi tetapi kali ini hanya ke masjid untuk solat subuh sahaja. Semasa aku jadi warden asrama dahulu, aku menyampaikan tazkirah seusai solat subuh setiap pagi.  Dalam salah satu tazkirah itu aku tanya penghuni asrama tentang dimanakah ibubapa mereka waktu itu. Aku berhasrat untuk menyedarkan anak-anak murid aku tentang betapa sukarnya ibubapa mereka mencari ongkos untuk menyara persekolahan dan kehidupan mereka. Aku tahu tazkirah itu mengena kerana ramai yang berlinangan air mata ketika aku berbicara tentang usaha ibubapa mereka. Aku kira ramai yang sedar siapa mereka. Apa yang aku harapkan ialah atas kesedaran itu mereka berusaha dalam menekuni pelajaran sekurang-kurangnya untuk lulus peperiksaan.

Aku menulis hal ini dengan harapan agar sekiranya “Meredah Pagi” dibaca oleh anak-anak yang sedang belajar ketika ini beroleh kesedaran dan menginsafi diri untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku tujukan enteri ini kepada mereka yang terdiri dari golongan yang ibubapanya sentiasa meredah pagi untuk mendapat sedikit wang bagi menyara pembelajaran anak-anak mereka.

Tidak ketinggalan juga kepada murid-murid dan para pelajar yang sentiasa meredah pagi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan. Kepada kelian semua berusahalah dengan sepenuh keinsafan untuk memperbaiki diri bagi keuntungan masa depan. Semoga kelian beroleh kejayaan dalam menghadapi peperiksaan. Sekian TK.

One Comment leave one →
  1. Oktober 7, 2009 9:14 am

    salam aidilfitri…
    saya antara pengunjung blog tuan yang saya anggap mentor saya dalam bidang sains, perguruan dan hidup ini..
    Tulisan tuan begitu terperinci dan tersusun.. dan dapat saya bayangkan begitu juga p n p tuan … saya mencadangkan agar tuan membukukan kisah hidup tuan daripada zaman kecil, bersekolah, berkahwin hingga kini sebagai tatapan, kenangan, panduan kepada golongan muda seperti saya mengenali jati diri seorang anak pahang…

    Pertama saya ucapkan ribuan terima kasih atas penghargaan anda kepada tulisan saya. Kedua sebenarnya saya telah banyak tulis tentang perjalanan p&p saya melalui beberapa enteri sebelum ini hanya mungkin tidak tersusun. Ketiga melalui siri KENANGAN saya baru sempat menceritakan tentang pengalaman dialam sekolah rendah dan umur disekolah rendah belum lagi memasuki alam sekolah menengah. Insya Allah saya akan teruskan. Keempat saya juga bercadang hendak menulis pengalaman pemperkayakan ilmu pendidikan dan pengalaman mendidik dan Kelima saya juga inguin coretkan suka duka bertugas sebagai seorang guru..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: