Skip to content

PMR 2009

Oktober 7, 2009

7.00 pagi tadi (7 Oktober 2009, Rabu), berpagi-pagi aku dan isteri ke SMK Seri Lipis. Kami ke sekolah seperti tiga bulan dahulu, rutin kerja sebagai guru, pagi-pagi sudah berada di sekolah. Pagi tadi kami ke sekolah bukan nak mengajar tetapi kerana memenuhi lambaian kewajipan seorang ibu dan seorang ayah pesara guru untuk menghantar anak bongsu ke bilik peperiksaan. Anak bongsu mengambil PMR.

Sebelum aku terus menulis enteri ini perlu juga aku nyatakan bahawa ini kali pertama aku berbuat demikian. Ini anak ke lapan. Maaf kami pohon daripada anak-anak yang lain:  abang long, abang ngah, abang de, akak nurul, akak ijah,akan echah dan abang man kerana sebelum ini ayah dan ibu tak hantar deme’ semua ke bilik peperiksaan kerana masa itu ayah dan ibu adalah guru yang terpaksa mengajar disekolah yang berlaianan kecuali mungkin ibumu dengan abang long dan akak ijah yang pernah menghuni sekolah yang sama. Walau bagaimana pun ayah atau ibu tetap menghadiri majlis solat hajat atau pergi memberi ceramah mata pelajar atau ceramah motivasi ke sekolah deme’ dimana deme’ belajar disana.

Inilah keperluan bagi ibubapa masa kini bagi menunjukkan kerjasama dan komitmen ibubapa atau penjaga kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik dan keprihatinan kepada anak yang melalui peperiksaan. Kehadiran ibubapa sekali gus menyatakan dan mengukuhkan harapan dan keinginan kepada pemerolehan kecemerlangan dikalangan anak-anak. Kehadiran ibubapa juga membuktikan sokongan kepada program sekolah.

Aku juga diminta menyampaikan pesanan kepada calon PMR sekolah berkenaan sebagai mewakili ibubapa yang hadir dan tidak hadir. Aku hanya mengingatkan tiga perkara sahaja iaitu, pertama mengingatkan hari ini hari penting dalam kelender kehidupan bagi menentukan arah tuju masa depan dalam pembelajaran. Kedua aku berpesan agar jangan gelabah atau panik. Apa yang penting ialah hadapi peperiksaan dengan tenang. Baca soalan dengan tenang. Kalau jantung berdebar kencang tanda gelabah datang banyakkan selawat dan istighfar semoga ketenangan diperolehi. Ketiga, jangan tidur waktu peperiksaan kerana mereka yang tidur menandakan tidak serious menghadapi ujian, hidup sambil lewa masakan boleh berjaya.

Bila ingat tentang tidur waktu peperiksaan, aku teringat tiga peristiwa. Pertama sewaktu mengawas peperiksaan disekolah tempat aku mengajar. Terdapat murid tidur. Apa yang aku buat ialah kejutkan mereka. Kalau murid lelaki aku akan picit-picitkan bahunya beberapa kali dan menepuk-nepuk tengkuk sesekali dua. Kalau murid perempuan aku minta guru perempuan melakukan perkara yang sama. Kemudian aku minta murid yang mengantuk itu menarik nafas dalam-dalam (panjang-panjang) beberapa kali sebelum menghembuskannya perlahan-lahan. Aksi ini akan membolehkan mereka segar kembali, insya Allah.

Peristiwa kedua berlaku sewaktu aku memeriksa kertas SPM. Aku terjumpa setompok bulatan selepas berjumpa tulisan seperti cacing kepanasan. Aku pasti tulisan seperti cacing kepanasan itu menunjukkan murid atau calon itu sedang mengantuk dan tompok bulatan itu ialah air lior basi yang tertinggal pada kertas peperiksaan. Apalah komen pemeriksa kertas sekiranya bertemu dengan tompok begini pada kertas peperiksaan. Alahai….

Peristiwa ketiga pula mengingatkan aku terhadap rakan sekuliah semasa membuat ijazah dahulu. Rakan aku ini tak sempat nak buat persediaan yang baik sebelum peperiksaan. Semalaman sebelum peperiksaan kertas berkenaan dia tidak tidur kerana mengulangkaji. Bila masuk milik peperiksaan dia kata seperti melayang-layang. Bila tengok soalan lagilah melayang-layang. Akibatnya dia tertidur sepanjang masa peperiksaan. Maka markah yang diperolehi juga melayang-layang sebab dapat “Fly”.

Kesimpulannya ialah, cucupkan tidur sebelum peperiksaan kalau tidak nanti tertidur waktu periksa dan hasilnya mungkin terhantar air lior basi kepada pemeriksa dan akibatnya ialah “F” atau fail. Sesuatu yang sangat tidak diinginkan.

Kesempatan aku hadir ke SMK Seri Lipis menemukan aku dengan Ketua Bidang Sains dan Matematik yang sudah menalifon aku beberapa kali untuk meminta bantuan. Aku diminta mengajar murid yang ambil Biologi SPM diwaktu malam (2 malam sahaja). Bantuan diminta kerana guru biologi mereka cuti bersalin. Aku tak keberatan membantu kerana falsafah aku ialah “Apabila kita membantu orang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau kepayahan dengan penuh ikhlas, Allah SWT akan memudahkan kita dalam apa-apa urusan kita di dunia dan akhirat nanti.”

Semoga anakku beroleh kejayaan yang diharapkan dan juga calon-calon lain juga beroleh kejayaan. Sekian enteri kali ini, TK.

3 Komen leave one →
  1. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Oktober 11, 2009 12:31 pm

    Assalaamu’alaikum

    Tahniah kepada Cikgu dan isteri kerana akhirnya punya kesempatan bersama untuk menambah kebahagiaan hati si bongsu yang menduduki peperiksaan PMR. Mudahan anak-anak Cikgu beroleh kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan di dunia dan akhirat.

    Mengingati hal ini, saya yang jauh hanya sekadar menghantar doa dan solat hajat buat anak sulung saya yang telah menghadapi UPSR yang lalu. Terasa pilu juga hati mengingatkan keperluan yang diingininya tika saat mahu didampingi. Mudahan hal-hal seperti ini menjadi kita semakin tabah dan menghargai masa kejauhan untuk sebuah harapan kepada kejayaan. Salam mesra buat Cikgu dan keluarga.😀

    Terima Kasih atas komenter, Semasa kita bertugas sebagai guru memang kita harapkan ibubapa datang memberi motivasi kepada anak-anak mereka, samping menunjukkan keprihatinan terhadap usaha dan kesungguhan para guru yang mendidik anak kita. Ketika kita ada kesempatan untuk tunjuk contoh teladan wajarlah kita berbuat demikian. ..

  2. Oktober 11, 2009 9:13 pm

    Assalamualaikum wbt…

    Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berusaha melakukan yang terbaik buat anak-anak agar kehidupan mereka merasa lebih berharga apabila bersama ibu bapa.

    Perhatian dan kasih sayang sangat penting demi kejayaan anak-anak.

    Semoga anak cikgu mendapat kejayaan dalam exam PMR nanti…

  3. abgde permalink
    Oktober 16, 2009 10:21 pm

    Terima kasih ayah, mak =)…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: