Skip to content

Pelik

Oktober 30, 2009

Aku mula bersara pada 2 Julai 2009. Sebelum bersara aku hanya mengajar satu sekolah sahaja pada sesuatu masa. Selepas bersara aku mengajar dua sekolah pula. Itu kan pelik tetapi benar.

Sekarang baru orang tahu rupanya kemahiran yang ada pada aku diperlukan. Semasa aku berkhidmat sebagai guru yang masih belum bersara, ada pegawai di PPD Lipis, yang menjaga mata pelajaran sains dan matematik tak nampak kebolehan aku atau buat-buat tak nampak. Dia lebih selesa mengundang orang dari tempat yang jauh untuk mendedahkan kaedah belajar sains kepada murid-murid SPM di Lipis. Untuk bayaran kepada penceramah berkenaan pihak PPD Lipis mengeluarkan surat arahan kepada semua sekolah menengah agar menggunakan wang SUWA dan setiap sekolah wajib menghantar 40 orang murid dengan bayaran RM 10.00 setiap seorang. Pada masa itu pihak PPD tidak pun nampak kebolehan aku.. Bila aku tanya pihak yang berkenaan mereka pun mulalah mereka-reka hujah. Antara hujahnya ialah;

Biasanya bomoh tempatan orang kampung tak nampak tetapi orang luar nampak. Aku jawab kepada mereka bahawa kes ini bukan kes bomoh. Kes ini tentang kemahiran yang perlu dibekalkan kepada calon-calon SPM. Hanya yang terlibat mengajar mata pelajaran serta membina instrumen peperiksaan dan mereka yang terlibat menanda kertas sahaja yang tahu selok belok secara tepat bagaimana membekalkan kemahiran kepada calon SPM bagi sesuatu mata pelajaran. Bomoh dari luar itu tidak terlibat pun dengan dua perkara diatas dia hanya mengajar mata pelajaran berkenaan. Berhujah dengan analogi bomoh menunjukkan bahawa mereka yang terlibat nampaknya sengaja membuat hujah kerana tiada hujah ilmiah untuk mereka mempertahankan diri mereka. 

Hujah kedua pula ialah MRSM Kuala Lipis mencadangkan agar penceramah berkenaan dijemput. Ini satu hujah yang sangat pelik. Nampak sangat pegawai di PPD Lipis ini tak tahu bidang tugas kerjanya. MRSM Lipis tak tawar mata pelajaran Sains SPM di institusi mereka. Oleh itu mana mereka tahu siapa yang patut dijemput. Ibarat bertanya kepada penoreh getah tentang cara membuat kereta. Bertanya kepada yang tidak mengetahui dan mengambil nasihat dari mereka yang tiada pengalaman.

Akibat dari keadaan ini aku tawar hati untuk daftar menjadi guru KGSK. Biarlah PPD Lipis cari orang dari jauh untuk mengantikan kekosongan guru Sains SPM, sekiranya berlaku keadaan begitu.

Walau bagaimana pun bila ada dua kes guru Biologi dan Sains SPM cuti bersalin, sekolah yang terlibat meminta bantuan dari aku. Pada mulanya aku malas nak tolong. Tetapi pengurus sekolah yang berkenaan minta juga aku membantu mereka menyediakan calon SPM mereka.

Ada beberapa pertimbangan yang aku buat. Pertama aku belajar dari hadis Rasulullah SAW bahawa sekiranya kita menolong orang dalam kesusahan, Allah SWT akan memudahkan kita apabila bertemu dengan apa-apa masalah. Berpegang kepada ajaran itu aku relakan diriku untuk membantu. Tentang bayaran, itu cerita lain. Berapa mereka nak bagi, aku terima aje. Kedua, takdirnya di kedua-dua sekolah itu ada anak aku yang masih belajar. Apatah lagi disalah sebuah sekolah itu anakku akan ambil SPM. Oleh itu aku ambil kesempatan mengajar anak aku. Aku tak mampu ajar dia di rumah sebab dia tinggal di asrama. Kesempatan yang ada aku ambil. Ketiga, aku tak mahu menghampakan harapan rakan-rakan guru di dua sekolah yang berkenaan.  

Apa yang menyeronokkan ialah, aku pergi ke sekolah ikut jadual mengajar sahaja. Kalau kelas mula pukul 8.00 pagi dan tamat 12.30 petang, aku akan berada disekolah diwaktu itu sahaja. Aku masuk kelas tepat pada waktunya. Selepas waktu itu aku balik ke rumah. Aku tak perlu buat buku rekod mengajar. Aku mengajar sekadar menyediakan calon SPM sahaja.  Kalau suruh buat buku rekod mengajar aku akan berhenti mengajar. Ini stail orang pencen berkerja.

Melalui blog ini ada orang minta aku alamat laman sesawang yang memaparkan soalan ramalan untuk SPM. Bagi aku soalan ramalan terbaik bagi setiap mata pelajaran wajarlah diambil dari soalan percubaan yang disediakan oleh JPN atau PKPSM negeri dan juga SBP atau MRSM. Sebabnya mudah sahaja, setiap badan ini membuat soalan percubaan menggunakan khidmat penal yang dipilih. Sudah pastilah soalan yang dihasilkan adalah terbaik bagi negeri atau badan itu. Walau pun terdapat juga soalan tangkap muat, soalan yang tiada kualiti dihasilkan tetapi anggaplah itulah kehebatan yang ada pada negeri atau badan berkenaan. Manakala soalan ramalan oleh pihak-pihak lain banyak berkiblatkan pencarian keuntungan sahaja. Kualitinya boleh dipertikaikan. Kadang kala soalan tidak menepati konstruk yang sepatutnya. Jadual Spesifikasi Ujian tidak ada dan Peraturan Permarkahannya tidak menepati keperluan yang dikehendaki. Oleh itu carilah soalan percubaan dari negeri-negeri atau SBP dan MRSM. Secara tak langsung kita mengikat silaturahim dengan rakan-rakan guru dari negeri atau badan pendidikan yang lain dan mengenepikan syarikat yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dari proses pendidikan yang sangat penting di negara masa kini.

Semoga penulisan ini dapat membantu rakan-rakan guru dalam meneruskan kelangsungan usaha dan kerjaya mendidik anak-anak generasi perwaris negara ini. Sekian TK.

4 Komen leave one →
  1. Unit ICT SKK permalink
    Oktober 30, 2009 9:29 pm

    Macam naik pangkat. Yg tak pernah buat apa2, naik. Yg jadi mcm2 kat daerah sendiri tak dapat apa2. Biasalah. Sebab yg duduk kat pos atas tu pun sbb bermasalah kat sekolah. Tak tau apa2. Lagak ngan bush jaket je.

    Sebenarnya cikgu ni ada dua jenis. Pertama cikgu yang suka mengajar mereka ini yang akan jadi very good classroom teacher. Cikgu jenis ini penyabar, dedikasi tahan dimarah dan buat kerja sebagai guru sebaik mungkin dan banyak lagi kualiti seorang pendidik yang ada padanya. Kedua jenis cikgu yang suka tersasar, buat kerja orang lain diluar sekolah, lambat dijemput dan kaki tripod. Bila ada kuasa sikit dah berlagak tetapi tak tahu apa-apa. Geng ini yang banyak kerenah yang menyusahkan kumpulan pertama.

  2. Oktober 30, 2009 9:31 pm

    salam cikgu..

    saya teringin nk tahu selok belok JSU..

    ingat nk belajar jugak..

    tp tu la..macam mana ye?

    Cikgu saya boleh berikan ceramah untuk tajuk ini atau apa-apa tajuk berkaitan dengan pentaksiran. Cuma masalahnya ialah jarak. Walau bagaimana pun saya akan cuba hantarkan power point yang berkaitan melalui email.

  3. November 2, 2009 10:50 am

    Cikgu… saya teringin nak jemput cikgu untuk sekolah saya tapi saya kesian kat cikgu nanti coz… pelajar2 saya cina and so far tak begitu dengar kata terutama jika dari guru melayu yg tak tau berbahasa cina walaupu bahasa inggeris boleh tahan…
    so untuk menyediakan mereka for spm… saya hanya fokus kepada soalan ramalan daripd Tn hj Ramlan semasa JUJ, soalan JUJ and soalan trial kelantan… Sekolah saya bermasalah sungguh untuk bagi peruntukan fotostate dan pelajar pula dah tak mau keluarkan duit sendiri untuk soalan trial negeri lain…
    Saya tak reti nak buat revision untuk pelajar kelas belakang yg mcm tak tau ape-ape dalam 2 thun belajar sains teras nie..
    So saya tekankan labelling diagram, graph, soalan section A.. Soalan 10 essay yg cikgu pernah ajar teknik markah min pun mereka tak boleh, tak kesah dan tak peduli…
    so saya masuk kelas… panggil 2 pelajar india yg memang rajin.. dan ajar mereka mcm tuition jer.. rasa bersalah tapi saya dah tak berdaya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: