Genap Dua Tahun
Pada 3 November 2007, Blog Wadah Orang Kampung lahir. Blog ini lahir waktu malam. Kelahirannya dibidankan oleh anak sulung aku. Ini adalah kiriman ke 181. Wajahnya baru sekali berubah. Kandungannya meliputi berbagai perkara. Banyak yang berkait tentang pendidikan. Ada yang berkait tentang agama atau sekadar coretan bebas, ikut suka penulisnya untuk mengkategori hasil pemikirannya. Setakat ini sudah dilawati oleh lebih 24,600 pengujung. Kabanyakan tulisan adalah hasil kreativiti sendiri dan ada beberapa kiriman yang dipetik dari sumber-sumber yang lain.
Wadah Orang Kampung juga dapat menjalin hubungan silaturrahim antara penulis dengan rakan-rakan lama yang sudah terpisah puluhan tahun. Disamping itu blog ini juga dapat memberikan sumbangan kepada rakan-rakan guru muda dalam melayari bahtera kerjaya terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Adalah disedari bahawa ramai penziarah blog ini sangat ingin mendapatkan maklumat tentang berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Wadah Orang Kampung juga turut memberikan sumbangan berupa pengetahuan kepada para guru yang ingin mendalami tentang proses pentaksiran terutama dalam mata pelajaran Sains SPM. Ini kerana penulis merupakan mantan guru yang terlibat secara langsung dengan pembinaan format pentaksiran mata pelajaran berkenaan dan menyumbang secara aktif dalam pembinaan instrumen pentaksiran serta pernah menjadi Ketua Pentaksir mata pelajaran berkenaan sebelum bersara.
Enteri ini merupakan satu rumusan ringkas selepas blog ini berada di persada maya selama dua tahun. Insya Allah penulis akan lebih giat menyumbang terutama dalam perkara yang berkaitan dengan pentaksiran dimana ilmunya telah diperolehi melalui latihan yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui dasar tingkap terbuka. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertanggung jawab melatih kami dan kini giliran aku untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat berguna itu.
Sekian, TK
hepi birthday ‘WOK’!
he he
wah..sudah 2 tahun..teruskan menulis utk kebaikan ..
terima kasih atas JSU yang cikgu kirimkan..kalau boleh saya juga berninat nak tahu kaedah pengajaran sains terutama nak menjawab soalan esei..
salam, saya suka baca entri cikgu, harap teruslah menulis, dapat juga idea mcmana nak handle student2 ni..