Skip to content

PTK (Penilaian Tahap Kopetensi)

November 6, 2009

Seminggu dua minggu ini ramai rakan-rakan guru DG 44 dan DG 48 sibuk menyiapkan esei PTK yang perlu dihantar sebelum 16 November 2009.  Ada kertas penilaian fungsional dan ada kertas projek generik. Kertas penilaian fungsional memerlukan setiap guru yang terlibat membuat dua esei. Manakala kertas projek generik pula perlu membuat satu esei 20 muka surat.

Buat masa ini beberapa orang rakan guru datang berjumpa aku untuk mendapat idea bagi menulis esei itu. Sebab itu aku tahu perkara ini berlaku. Entah mengapa mereka memilih aku untuk membantu mereka. Aku bukan guru bahasa Melayu, aku guru Sains. Kemungkinan ramai dikalangan sahabat-sahabat guru ini biasa dengan pertolongan dari aku tentang membuat esei PTK ini semasa aku belum bersara dahulu. Aku pula bukan jenis pandai berdalih untuk tidak membantu. Kalau aku mampu aku tidak sampai hati menghampakan harapan rakan-rakan.

Bagi memudahkan aku memberi pertolongan, biasanya aku akan adakan sesi perbincangan atau brain storming tentang sesuatu tajuk. Dua tiga orang guru yang terlibat dengan PTK akan duduk bersama-sama dengan aku membincangkan soalan demi soalan serta mencari kaedah dan pendekatan untuk membuat huraian dan pengembangan isi dalam esei. Dalam sesi brain storming ini guru yang terlibat akan mencatat apa yang dibincangkan dan aku bertindak menjadi moderator kepada perbincangan itu. Aku cuba dengan kaedah menyoal atau memberikan soalan probing dan provokasi kepada mereka. Kadang-kadang aku menyebut nama-nama buku rujukan atau menunjukkan dimana sesuatu rujukan boleh diperolehi.

Lazimnya, guru yang sudah mempunyai idea, isi dan bahan rujukan boleh membuat esei dengan baik dan memenuhi kehendak soalan. Aku juga biasa diminta membaca esei mereka yang sudah siap serta memberi komenter untuk penambahbaikan. Inilah sumbangan aku kepada rakan-rakan guru.  Aku tahu sebahagian besar daripada yang terlibat dengan PTK waktu ini merupakan guru yang sibuk.  Sibuk mengajar, sibuk merancang untuk tahun hadapan, sibuk memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun, sibuk menyediakan murid menghadapi SPM dan juga sibuk sebagai kerani sekolah menyiapkan berbagai dokumen, mengisi puluhan borang, menaip berbagai surat dan lain-lain lagi.  Oleh itu sumbangan orang pencen ini akan dapat mengendurkan tension yang sedang dialami oleh rakan-rakan guru.

PTK ini secara tak langsung memerlukan para guru banyak membaca perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan.  Dengan usaha membaca ini dapatlah mereka meningkatkan pengetahuan, menambah kefahaman, menajamkan kemahiran dan sedikit sebanyak dapat menghayati keperluan-keperluan asas sebagai seorang guru.  Antara perkara asas yang perlu ditajamkan kemahiran ialah kemahiran pedagogi, kefahaman kurikulum serta pengaplikasian ilmu pentaksiran. Perkara-perkara yang disebutkan ini memang dipelajari di Maktab atau Universiti dahulu tetapi itu peringkat pengenalan sahaja. Peringkat penggunaannya ialah apabila seseorang guru bergelumang dengan kerja-kerja mengajar dan mendidik. Oleh itu perkara ini perlu dilihat melalui persepktif seorang guru yang menjalankan kerja sebagai pengajar atau pendidik dan bukannya sebagai seorang guru yang sedang belajar untuk lulus peperiksaan bagi mendapat diploma atau ijazah.

Semoga rakan-rakan guru yang sedang bertekun menyiapkan esei mereka dapat memperolehi idea serta kebolehan mengolah dan menjelaskan sesuatu perkara yang penting sehingga esei mereka memenuhi kehendak pemeriksa. Selamat berjaya… Sekian TK.

2 Komen leave one →
  1. Siti Fatimah Ahmad permalink
    November 13, 2009 8:34 pm

    Assalaamu’alaikum

    Apa khabar Cikgu? Maaf lama tak berkunjung ke laman Cikgu. Tidak pernah melupakan Cikgu. Insya Allah selalu ingat. Alhamdulillah, terima kasih menulis tentang PTK ni.. insya Allah saya akan menghadapi kedua-dua kertas PTK DG 44 dan DG 48 ini pada masa akan datang.. maklumat dari Cikgu berhubung perkara tersebut banyak membantu saya untuk bersedia menghadapinya.

    Salam mesra buat Cikgu sekeluarga dari saya di UKM, Bangi.

    Sebenarnya saya banyak bahan berkaitan PTK masa kini. Entahlah kok masa depan formatnya berubah. Kalau diperlukan mintalah bantuan…TK

  2. Pak Din 31 permalink
    Januari 2, 2010 10:55 am

    Selamat berkenalan Cikgu,

    Menarik artikel yang dikemukan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: