Skip to content

Kawanku 1

November 13, 2009

Ini bukan kiriman tentang ATM di Maybank. Kiriman ini saja nak mengingat semua rakan yang belajar sekelas tahun 1966 dulu. Ada yang sudah meninggal dunia.. (Al Fatihan buat mereka), ada yang jadi orang besar bergelar datuk dan ada yang jadi orang kecik dah pencen macam Nik Razali dan saya.

Kelas yang nak diceritakan ini satu kelas sahaja. Remove Class (RC) di SMRJK Kuala Lipis. Kami lebih dari 20 orang dari sekolah-sekolah rendah seluruh Daerah Lipis, bertukar dari sekolah aliran melayu masuk ke sekolah aliran inggeris. Untuk bertukar medium pengajaran itu kami terpaksa melambatkan pengajian selama satu tahun. Kepada rakan-rakan yang sekelas minta maaf kerana nak sebut nama. Kalau ada yang teringgal atau nama tak lengkap saya minta maaf.

Dari SK Jerangsang, Osman Hamid dan Saedan Karim. Osman Hamid kini jadi usahawan jual parang dan pisau, selalu saya berjumpa di Pekan Sahari Padang Tengku. Saedan Karim kini seorang guru siswazah yang mengajar di Kuala Lumpur. Saya hanya bertemu dengan dia melalui laman sesawang sahaja. Dah lama tak jumpa…

Dari SK Tanjung Besar, tak lupa kepada Tajaruddin Jasi, Mohd Yusof dan Mohd Nor. Tajaruddin Jasi dulu berlajar bersama-sama di UPM kini dia terlibat dalam sektor penternakan. Mohd Yusof  ialah seorang pegawai polis. Selalu juga jumpa di Lipis. Mohd Nor ni dia tak lama belajar di RC sebab tak tahan, balik semula belajar di SM Budu dalam aliran Melayu. Ada seorang lagi rakan perempuan, tetapi dia meninggal semasa kami belajar di RC, namanya saya dah lupa. Mohd Nor rasanya berkerja dengan RISDA.

Dari SK Kemahang, tak lupa Kamar Manja. Kini menjadi pesara tentera. Dah lama tak jumpa. Katanya selalu balik Kg Kemahang ke rumah abangnya Mohd Natar Manja.

Dari SK Budu, dua anak gadis. Salbiah Abd Razak dan Rogayah Ibrahim. Kedua-dua jadi guru. Salbiah masih berkhidmat sebagai Guru Besar di Kampung Baru, Jerantut. Manakala Rogayah telah bersara selepas menjadi Guru Besar, Tanjung Besar.

Dari SK Chat, Mokhtar Long dan Mustafa Ibrahim. Mokhtar dulu berkhidmat dengan Telekom Malaysia, tapi kini dah bersara. Mustafa seperti Mohd Nor tak lama bersama kami dalam RC. Dia juga balik ke SM Budu. Dia menjadi orang besar kini. 

Dari SK Benta, ada tiga kawan. Zainal Abidin Osman, Halimi Shamsuddin dan Anuar Mahasan. Zainal Abidin Osman, anak cikgu. Kini dia juga seorang guru bertugas di Sarawak. Menjadi pegawai di Pejabat Pelajaran Bahagian, berpangkat besar. Aku dah lama tak tengok muka dia, hanya tahun lalu sempat bercakap melalui telefon. Halimi tinggal di Seremban berkerja dengan syarikat swasta. Masa saya buat kenduri kawin anak sulung saya, dia ada datang. Anuar Mahasan adalah antara rakan saya yang awal kembali kerahmatullah… Al Fatihah.

Dari SK Penjom, Badaruddin Abdul Rahman. Seorang yang berjaya dalam kerjaya. Kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bergelar Datuk. Selalu balik Lipis tapi tak pernah jumpa.. Tak pe bila dia pencen nanti baliklah dia ke Penjom.

Dari SK Wan Ibrahim, Nor Bashariah Basir dan Zaherah Hamzah. Nor Bashariah bekerja dengan badan kewangan swasta. Dulu-dulu rasanya dengan Eu Finance, kini aku tak tau. Zaherah ialah anak pegawai polis. Bila ibu pejabat polis kontigen Pahang berpindah ke Kuantan dia pun berpindah ke sana semasa kami tingkatan dua.

Dari Mela teringatlah dua kawan, Nik Razali Nik Man dan Muhammad Yusof. Nik Razali murid terkecil dalam kelas selalu kena demam malaria. Dulu ialah ketua kedai telekom Kuala Lipis. Bersara awal kini tinggal di Kuala Lipis, selalu juga jumpa. Semasa dia berkerja dulu, kalau nak jumpa dia pergi aje ke kedai telekom mesti jumpa.  Muhammad katanya tinggal di Australia, bekerja sebagai promoter pelancungan dan berkawin dengan orang putih Australia.

Dari Relong, Abdul Hamid Akob dan saya.  Abdul Hamid kini menjawat jawatan sebagai Pengarah JPJ Negeri Sarawak. Sahabat saya semenjak kecil lagi. Selalu berjumpa bila dia balik kampung. Saya berkerja sebagai guru. Sudah bersara dengan jawatan akhir sebagai Guru Cemerlang Sains.

Dari SK Berchang, Roslaini Mk Othman. Meninggalkan RC seperti Mohd Nor dan Mustafa. Dia kembali belajar di SM Padang Tngku. Dia menjadi pegawai tentera laut, bersara dan membuat perniagaan di Kampung Selindang tetapi sudah kembali ke rahmatullah.. (Al Fatihah…)

Dari SK Padang Tengku, Johari Abdul Rahman dan Zainuddin. Johari kira yang paling cerdiklah. Melanjut pelajaran di pusat latihan Qantas Airways. Jawatan akhir sebagai jurutera MAS. Sudah bersara. Zainuddin ialah anak polis Padang Tengku. Dia bertukar selepas tamat RC, jadi kisahnya tidak diketahui.

Dari Kuala Telang, Rahimah Ibrahim. Selepas tingkatan tiga belajar di SMK Sultanah Asmah, Alor Star. Masuk UM buat Geografi, jadi cikgu di Clifford dan bertukar tempat kerja ikut suami. Kini menjadi Pengetua di Negeri Sembilan. Baru ni dia balik Kuala Telang, tak sempat jumpa.

Dari Kuala Kenong, Marzuki Amran. Kini tinggal di Kuantan dulu kerja di Wisma Seri Pahang. Dua tahun lepas jumpa dekat CIMB Bank Kuala Lipis.

Dari Kuala Tembeling, Kamariah Chu. Belajar bersama sehingga ke tingkatan lima. Jadi jururawat, berkahwin dengan orang Kelantan dan tinggal di KB

Itulah kawanku masa RC dulu. Setahun dua lagi yang berkerja dengan kerajaan akan bersara. Saya sangat berharap dapat bertemu untuk mengcoretkan nostalgia semasa RC dulu. Insya Allah, Kawanku 2 akan cerita kisah kami dalam kelas, belajar bersama terutama sekali belajar poem dengan Mr VPN Prasad. Belajar Matematik dengan Mr Yeap Khoi Po (dari Pasir Mas) dia juga guru kelas kami, BM dengan Puan Ithniah Thani. Sekian TK

3 Komen leave one →
  1. Siti Fatimah Ahmad permalink
    November 13, 2009 11:45 pm

    Assalaamu’alaikum

    Subhanallah… inilah yang dinamakan setiakawan. Saya kagum membaca tulisan Cikgu berhubung dengan Kawan1 di atas. Nastolgia yang sangat jauh ditinggalkan namun masih segar dalam ingatan Cikgu. Itulah keajaiban otak manusia yang dapat menyimpan memori walau jaraknya berdekad lama.

    Terharu dan mengasyikkan apabila mengikuti perkembanagn yang berlaku dalam kehidupan Cikgu dan kawan-kawan Cikgu, semuanya mempunyai jalan hidup sendiri. Mudahan saya juga mampu mengingati teman-teman sekelas saya untuk diingati sebagai penghargaan kepada persahabatan yang pernah terjalin suatu ketika dahulu. Terima kasih Cikgu. Kau sumber inspirasiku. Salam mesra selalu.

  2. November 23, 2009 3:48 pm

    Saedan Karim dan Osman Hamid ada saya jumpa di perjumpaan anak lipis bulan april lepas. Adik Zainal Osman(Zahari) pun ada. Kalau belum tahu boleh lihat

    http://palipis2009.blogspot.com

    Ada senarai nama yang mungkin tuan kenal.

    Marzuki – lama amat tak jumpa dia.

  3. Baharudin Manja permalink
    Disember 8, 2014 7:09 pm

    Kamar Manja telah meninggal dunia…adik Baharudin Manja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: