Skip to content

BTN oh BTN!!!

Disember 1, 2009

Bila sebut BTN aku teringat zaman aku menjadi mahasiswa di UPM tahun 1974 – 1977. Masa itu BTN memainkan peranannya membawa bakal-bakal siswa dan siswi yang akan masuk UPM ke Morib. Di Morib mereka dibasuh otak oleh penceramah-penceramah tertentu. Aku masa itu ialah seorang aktivis kampus sezaman dengan Mat Salim Abdullah, Abdullah Zawawi, Hasbulah Mat, Hassan Karim, Tee Lian Boon, Idham Kayat, Rahmatullah Khan, Mokhtar Ismail dan ramai lagi.

Pengurus Kem Basuh Otak BTN di Morib itu ialah Sagul Hamid dan Abdul Aziz Shamsuddin.  Apabila sesi pengajian baru bermula Sagul Hamid dan Abdul Aziz selalu datang ke kampus UPM di Serdang melihat produk Kem Basuh Otak BTN beraksi di dalam kampus. Malang bagi mereka berdua, sebahagian besar dari produk Kem Basuh Otak itu menentang kembali hujah-hujah yang mereka buat ketika dalam kem dahulu (Pokok hujahnya ialah membela Melayu lebih utama dari membela Islam).  Mereka berdua mencari siapa yang mensucikan otak yang diserabutkan oleh mereka itu atau memusingkan hujah mereka. Akhirnya mereka berdua ketahui bahawa yang buat kerja mensucikan otak itu ialah budak-budak dakwah termasuklah aku.

Apabila aku bekerja sebagai guru, aku sentiasa ingat akan hujah-hujah provokasi yang selalu dibuat oleh pengkursus BTN. Ketika aku menjadi warden asrama aku dipelawa menghadiri satu kursus anjuran BTN tetapi Pengetua tak beri aku pergi. Aku tanya mengapa? Dia mengatakan bahawa kalau aku pergi kursus itu nanti, bukan aku yang dengar ceramah tetapi aku akan jadi penceramah kerana penceramah dan fasilitator kursus BTN itu kurang membaca sebaliknya ikut sahaja apa yang ada dalam modul yang tidak berpaksi kepada realiti. Contohnya menjaga amanah hanya cukup sekadar menjaga sebiji telur sepanjang kursus.  Nanti kalau aku minta keterangan dan hujah dari mereka, hampir pasti mereka tiada hujah. Hujah akal tak ada, apatah lagi hujah dari Quraan atau Hadis. Aku akur pada cadangan Tuan Pengetua. 

Ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupa dan mungkin diingati oleh sebilangan besar guru-guru sekolah menengah di Daerah Lipis ketika itu. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1994. Masa itu aku ialah Penolong Kanan di SMK Sungai Koyan. Sekembalinya dari satu mesyuarat di Pejabat Daerah Lipis, Pengetua memaklumkan bahawa satu majlis perjumpaan antara para guru dan Pegawai Daerah Lipis akan diadakan Dewan Majlis Daerah Lipis (Dewan Residen).

Majlis itu adalah anjuran BTN Pahang kerana Tuan DO nak mengwar-warkan Majlis Warisan. Aku mendapat pesanan khas dari Tuan PPD Lipis ketika itu supaya bersedia dengan apa-apa ombak dan badai yang akan dibawa oleh Tuan DO dan Pengarah BTN Pahang untuk para guru. Tuan DO sangat bersemangat untuk membasuh otak para guru sekembalinya dia dari kursus BTN Perdana yang diadakan di Langkawi.

Majlis pertemuan itu berlangsung waktu petang. Semua guru sekolah menengah di Daerah Lipis dikehendaki hadir atas perintah Tuan DO. Selepas aluan pengerusi majlis (Cikgu Nordin Muhamad – Pengetua SMPGAS), Pengarah BTN Pahang, Encik Omar berucap. Dia kata dia bekas guru. Dia rasa keciwa kerana ramai siswa UM tak nak pergi kursus BTN. BTN sedia tiga bas tetapi satu bas pun tak berapa nak penuh. Dia juga kata siswa zaman ini tak sedar diri dan beberapa lagi ungkitan dan bebelan yang tak penting dihemburkan.

Bila Tuan DO berucap, dia pertamanya mencabar guru-guru buat kelas tambahan (aku hampir tergelak besar bila DO cabar guru buat kelas tambahan – sebab sebelum dia jadi DO, aku dah buat kelas tambahan tak perlu disuruh oleh sesiapa). Kedua dia mengungkit tentang guru-guru tak kisah pembelajaran anak murid mereka selepas waktu sekolah kerana guru-guru, terutama anak tempatan asyik membesarkan rumah atau berkebun sahaja. Ketiga Tuan Do hentam guru-guru sekolah rendah terutama Guru Besar. Keempat dia beritahu dia akan ke Kuantan selepas membelasah kami.

Sebaik-baik Tuan DO habis berucap, seorang Guru Besar (Tuan Molok Derani) bangun dan memberitahu majlis bahawa bebelan yang dibuat oleh Tuan DO tak betul. Kelas tambahan memang sentiasa dibuat tak perlu DO suruh. Kerja DO ialah buat jalan ke sekolah. Kerja DO ialah pastikan setiap sekolah dapat bekalan elektrik dan telefon. Ketika itu masih ada beberapa sekolah rendah di Daerah Lipis yang tiada jalan tar, bekalan lektrik juga telefon. Jangan campur urusan PPD Lipis. Waktu selepas sekolah itu bukan kerja guru jaga murid-murid itu kerja ibubapa, harap tuan DO pergi kempen pada JKKK Kampung, itu kerja DO.

Selepas Tuan Molok berucap, aku pula bangun. Pertama minta DO dengar betul-betul dan teliti bahawa hormatilah Tuan PPD kami, kerana PPD kami jaga lebih 100 siswazah yang bertugas sebagai guru sedangkan DO jaga tak sampai 10 orang siswazah di Pejabat Daerah. Kedua budaya kerja di pejabat lain dengan sekolah. Di Pejabat perintah DO semua orang kena akur, kena ikut tetapi budaya dalam pendidikan orang besar kena beri rasional sesuatu arahan kerana guru-guru bersifat kritikal. Ketiga Tuan DO tak perlu suruh kami buat kelas tambahan sebab kami tahu apa yang kami mahu, mana ada guru nak lihat anak murid gagal jadi sudah tentu segala usaha dibuat untuk mencerdikkan murid. Kerja DO beri bantuan kepada sekolah dari segi kemudahan infrastruktur terutama sekolah luar bandar. Keempat kepada Pengarah BTN, aku ingatkan bahawa bagaimana siswa dan siswi nak pergi kursus BTN, kalau modul latihan tidak berubah semenjak tahun 1976 hingga 1994. Tiada pembaikan dibuat. Tiada kajian tindakan dibuat. Kalau kita kata BTN jumud mereka marah.

Satu lagi peristiwa ialah perihal kursus motivasi anjuran BTN di sekolah aku. Biasalah malam nyanyi-nyanyi selepas itu nagis-nagis. Esoknya hari Ahad, sepatutnya majlis tamat pukul 12.00 tengahari tetapi fasilitator BTN syok sangat atau tak pandai baca jam, majlis terlajak sehingga jam 5.00 petang. Sepatutnya selepas kem motivasi anak murid mesti bersemangat hendak belajar tetapi yang berlaku esoknya (Isnin) ramai peserta motivasi itu tak hadir ke sekolah. 80% murid tingkatan 5 dan 3 tak hadir. Pada hari pertama ketua fasilitator ingatkan peserta agar hadir solat subuh berjemaah dan dengar kuliah subuh, tetapi ketua fasilitator sendiri yang tak hadir solat berjemaah subuh. Ini bukan motivasi tetapi BTN beri roti basi. BTN buat kerja untuk menempah dan menunjukkan kegagalan.

Aku kira itulah antara kenangan aku berkait dengan BTN, sekian TK

Advertisements
5 Komen leave one →
  1. Disember 2, 2009 5:57 pm

    Sengal otak tahap gaban rupanya BTN ni… sedih, sedih….

  2. ha ha ha ha permalink
    Disember 3, 2009 12:17 pm

    Salamm

    Budak UM tak Pegi BTN..bukan wajib pun..itupun wajib jika nak tinggal dalam kampus, tapi tak ramai Mahasiswa tinggal dalam kampus terutamanya di UM..tak ambik krusus BTN macam tak boleh grad…sendiri mahu ingat lah..

    Wassalammmm

    Cerita yang dinyatakan itu adalah apa yang disebut oleh En Omar Pengarah BTN Pahang ketika itu. Mana orang nak pergi kalau modul latihan yang dibuat tidak menyedikan peserta-pesertanya memahami keperluan bagaimana untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan kebahagian di akhirat serta minta jauh dari api neraka.

  3. Unit Media Pro Mahasiswa permalink
    Disember 4, 2009 7:37 am

    salam…

    minta izin utk copy artikel tuan bg dimasukkan ke dalam blog pro mahasiswa..

    Silakan untuk disalin….
    Ini merupakan antara kenangan saya dengan BTN…
    En Ab Aziz Shamsuddin tu ialah Dato Abd Aziz Shamsuddin mantan Timbalan Menteri pelajaran. Masa itu dia jadi salah seorang setiausaha Mahathir. Dari zaman itulah bermulanya BTN…

  4. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Disember 7, 2009 1:51 am

    Assalaamu’alaikum

    Cikgu dirai dan dijemput ke Laman Menulis Gaya Sendiri untuk menerima AWARD PERSAHABATAN – YOU’RE A GREAT BLOGGER sempena ULANG TAHUN PERTAMA laman saya. Salam mesra dari Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

    SITI FATIMAH AHMAD

  5. yusof permalink
    September 23, 2011 3:34 pm

    Oh Btn, kenangan ku zaman sebelum ke Uni, ketika itu aku masih budak mentah.dan termakan dengan apa yg depa katakan.. sampai nangis2 jugak la haha

    tapi kini bila dah besar sikit tahu sangat yg BTN ni apa dia sebenarnya. Buat perabis duit rakyat je.. Lebih elok kalau tiada, jimat wang dan masa

    Btw, dua-dua orang BTN tu dah tiada.. zaman kemuncak mereka tiada lagi.. Itulah kehidupan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: