Skip to content

BTN dan Telur

Disember 7, 2009

Antara perkara yang hendak disuburkan oleh BTN dalam modul latihannya ialah nilai AMANAH. Menanam nilai amanah adalah sesuatu yang baik tetapi menyuburkan nilai tidak boleh dibuat dengan satu atau dua latihan. Menyuburkan nilai tidak boleh melalui pengajaran sebaliknya ia dibuat melalui latihan secara berterusan. Value cannot be thought but it must be ‘caught’.

Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.  Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah terhadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

Amanah juga merupakan sifat wajib bagi Rasul. Oleh itu melaksanakan amanah merupakan sesuatu yang sangat penting kepada kehidupan seorang mukmin. Melaksanakan amanah adalah satu sunah yang wajib diikuti oleh seorang Islam. Mengabaikan amanah bererti seseorang itu mengabaikan sunah Rasulullah SAW. Lawan amanah ialah khianat. Kalau melakukan amanah itu akan mendapat pahala sebaliknya membuat khianat itu sudah tentu berdosa.

Di dalam Al Quraan amanah pernah digandingkan dengan solat (sembahayang). Dalam surah Al Mu’minun (ayat 8 – 11)  Allah SWT mencirikan orang beriman itu, “Dan orang-orang yang memelihara amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang yang memlihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yakni akan mewarisi Syurga Firdaus  sedang mereka akan kekal di dalamnya.”

Antara solat dan amanah yang akan hilang pertama dari manusia ialah amanah dan yang akhir sekali hilang pada seseorang muslim ialah solat. Rasulullah saw telah bersabda, maksudnya; “Kececeran yang pertama akan kamu alami dari agamamu ialah amanah dan kececeran terakhir ialah solat. Dan sesungguhnya (akan terjadi) orang-orang melakukan solat, sedang mereka tidak berakhlak.”

Penekanan kepada solat tidak diberi perhatian dalam latihan atau kursus BTN dan begitu juga dalam PLKN. Ini bererti mereka telah mengabaikan solat. Mengabaikan solat bererti mereka telah melaksanakan kececeran terakhir. Sekaligus mereka telah mengabaikan perkara yang dirujuk sebagai kececeran pertama iaitu AMANAH.

Ini dibuktikan lagi dengan menganalogi amanah dengan telur. Amanah adalah satu konsep nilai. Sebaliknya telur adalah satu benda. Adalah menjadi satu perkara yang salah apabila menjaga telur disamakan sebagai menjaga amanah. Oleh kerana inilah perkara yang difahami oleh peserta maka nilai amanah sudah jatuh bersama dengan taraf benda. Maka tidak hairanlah produk BTN akan mengkhianati amanah kerana amanah bertaraf benda. Pada jangka panjangnya konsep amanah sekadar benda dan tidak bersifat sesuatu yang boleh merubah pemikiran dan kefahaman.

Oleh itu menganalogi amanah dengan telur adalah satu kaedah pemikiran yang tidak tepat. Sewajarnya pemikir-pemikir modul BTN wajarlah membuat homework tentang perkara-perkara seperti ini. Pemikir-pemikir untuk apa-apa latihan hendaklah sentiasa membuat penyelidikan dan mengemaskini modul latihan mengikut kesesuaian peserta. Sekian TK

One Comment leave one →
  1. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Disember 11, 2009 1:09 am

    Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, aktiviti BW dapat diteruskan untuk bersama meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Apa khabar Cikgu ? Terima kasih atas kunjungan Cikgu di ULTAH pertama laman saya.

    Iya, saya setuju dengan penulisan Cikgu berhubung konsep amanah di atas.. apatah lagi jika amanah yang bersifat sejagat dan termasuk dalam sifat-sifat mahmudah cuba diinterpretasikan dengan nilai benda seperti telur.

    Saya pernah menghadiri BTN di Gunung Pulai, Johor pada pertengahan tahun 1997 mendapati ramai teman seperjuangan menasihatkan supaya membeli “tupperware” kecil muat-muat untuk sebiji telur kerana adanya acara ‘amanah’ ini dan jangan sampai telur itu pecah. hal ini menjadikan semua orang sibuk memastikan telurnya tidak pecah sedangkan ibadah lain diabai dan diringankan. Begitu takut sekali kalau pecah telur tersebut pecah kerana ada dendaan yang bakal menanti.

    Tanpa disedari, ketakutan kepada hukum manusia melebihi takut kepada hukuman Tuhan. Hal seperti ini harus diberi anjakan baru dalam kadar berfikir jurulatih mahupun pesertanya agar konsep amanah sebenar dapat dilihat melalui perspektif Islam.

    Salam hormat dari Bangi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: