Skip to content

Konvokesyen

Disember 12, 2009

Khamis lalu, 10 Disember 2008, aku, isteriku dan keluarga, menghadiri majlis konvokesyen ke 6, The University of Choice (MSU).  Majlis diadakan di dewan Tun Hussein Onn, PWTC.  Sebelum ini aku juga telah menghadiri majlis konvokesyen bagi universiti yang sama pada tahun 2006. Diikuti dengan konvokesyen di UNIMAS tahun 2007 serta konvokesyen di UTHM juga 2007.

Anak sulung aku bersama isterinya merupakan kumpulan pertama graduan MSU yang menerima Sarjana (MBA). Mereka berdua merupakan lepasan MSU yang berkonvo tahun 2006 di peringkat Sarjana Muda. Setakat ini sudah tiga orang anak aku bergraduat diperingkat di peringkat Sarjana Muda.

Bukan tujuan berbangga tetapi coretan ini hendak menceritakan betapa gembiranya ibubapa apabila anak-anak berjaya sehingga kepringkat ijazah. Bukan aku tak pernah berkonvokesyen. Aku pernah berkonvokesyen tahun 1977 ketika menerima Diploma Sains dengan Pendidikan daripada UPM, aku juga pernah berkonvokesyen tahun 1986 ketika menerima Bacelor Sains Kepujian juga daripada UPM. Memang aku gembira ketika kejayaan aku diiktiraf oleh universiti tempat aku belajar tetapi kegembiraan yang dirasai ketika anak-anak bergraduat lebih hebat daripada itu. Perkara inilah yang selalunya aku bebelkan kepada murid-murid ku semasa aku mengajar dahulu dan juga sekarang. Ini antara cara aku memberikan motivasi kepada murid-murid ku.

Oleh itu kepada anak-anak yang sedang belajar, baik di sekolah rendah, baik di sekolah menengah, baik diperingkat universiti (termasuklan anak-anak aku yang lain) diharapkan belajarlah bersungguh-sungguh sebagai hadiah kepada ibubapa anda. Wahai anak-anak kejayaan anda adalah hadiah kebahagiaan kepada ibubapa anda. Kerana itu belajarlah bersungguh-sungguh. Belajarlah dengan penuh motivasi. Belajarlah sebagai ibadah. Rentaslah segala halangan, masalah dan cabaran. Cipta kejayaan sebagai hadiah kepada diri sendiri demi masa depan anda, sebagai hadiah kepada ibubapa yang membesarkan anda.  

Satu perkara yang hendak dikongsi sebagai peringatan hasil dari ucapan Naib Cencelor MSU. Beliau yang juga sebagai Presiden MSU dalam peringatannya sempena konvokesyen ke 6 MSU menyebut bahawa siswa-siswi perlu mempunyai dan menghayati semangat perubahan (the spirit of change).  Para siswazah telah mengalami perubahan dari kehidupan sekolah ke kehidupan universiti dan seterusnya menggunakan semangat perubahan itu sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan dialam pekerjaan. Itulah soft skills yang diperolehi semasa pembelajaran di universiti.

Peringatan kedua pula berkait dengan bidang pekerjaan yang akan dibuat oleh para siswazah. Presiden MSU berpesan agar para siswazah mencari apa yang dia suka. Buat apa yang dia suka. Lakukan sesuatu yang hampir kepada hati anda. Inilah perkara yang akan memandu kepada kejayaan anda dalam kerjaya.

Manusia yang pesimis akan melihat segala sesuatu sebagai masalah manakala manusia yang optimis melihat segala sesuatu sebagai peluang. Capailah peluang untuk menempa kejayaan atau kebitaraan.

Untuk mengurus perubahan perlulah mempunyai sikap yang betul. Oleh kerana kehidupan sentiasa berubah maka setiap manusia perlu mengurus perubahan. Orang yang mempunyai sikap yang betul akan berjaya dalam menangani perubahan. Orang yang gagal menangani perubahan akan gagal dalam kehidupannya. Saham besar dalam menjadikan seseorang itu gagal adalah kerana sikapnya yang gagal berubah dan gagal menguruskan perubahan.

Itulah sebahagian yang aku pelajari melalui ucapan Presiden MSU. Aku memungut sedikit pengetahuan daripada semi kuliah yang sangat baik. Tidak rugi aku mendengarnya sambil berasa sangat gembira melihat kejayaan anak dan menantu. Tahniah dari ayah dan ibu kepada mereka berdua. Semoga kalau ada kesempatan teruskan kepada yang lebih tinggi.

Semoga anak-anak aku yang sedang menempuh pengajian di universiti masa kini berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita. Masih ada tiga lagi yang sedang belajar di universiti. Seorang di UTM, Skudai dan dua orang di UM. Dua lagi masih di peringkat sekolah menengah. Semoga mereka memperoleh harta yang tidak akan berkurang apabila diberikan kepada orang malah semakin diberikan kepada orang harta ini semakin bertambah. Itulah falsafah dalam ilmu pengajaran dan pembelajaran. Sekian TK.

2 Komen leave one →
  1. Disember 13, 2009 12:38 am

    tahniah kepada Jihadi dan isteri..

    Semoga mereka berjaya dalam melayari kehidupan setelah dibekalkan dengan kebolehan mengurus perubahan…

  2. Mat permalink
    Disember 13, 2009 10:35 pm

    Betul tu Aji..Kekadang masa balik kg.aku melihat ayahandaku merenung gambar anak2nya berkonvo sambil tersenyum..7 drp 8 orang anaknya telah berkonvo dari berbagai U.. Hasil seorang penoreh getah tegar..

    Sdra Mat, kejayaan anak-anak dalam pencarian ilmu pengetahuan merupakan satu hadiah yang sangat mengembirakan ibubapa. Kejayaan itu sebenarnya satu penunjuk (indikator) kepada kebolehan ibubapa mendidik, merangsang, memotivasi anak-anak mereka. Ia juga indikator kepada kebolehan ibubapa membimbing anak-anak dengan kesedaran terhadap kepentingan ilmu… Mungkin ibubapa seorang penoreh gtah tegar, mungkin ibubapa seorang guru, mungkin ibubapa seorang nelayan atau mungkin ibubapa seorang profesor di universiti apabila kejayaan anak-anak mereka menjadi indikator maka sebenarnya kebolehan mereka dari segi mendidik adalah sama..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: