Skip to content

Bermula di mana?

Disember 15, 2009

Bila membaca “Reading in Islam” berkaitan dengan mengapa seseorang kembali kepada agama fitrah (Islam) kita akan dapati berbagai sebab seseorang itu dikurniakan hidayah oleh Allah SWT. Ada yang kembali kepada Islam (revert to Islam) apabila tertarik melihat orang Islam bersolat. Ada yang kembali kepada Islam apabila melihat keadilan Islam melalui hadis atau melalui pemahaman terhadap ayat Al Quraan. Ada yang lebih hebat lagi; mereka menemui Islam melalui kajian terhadap embrio, kajian terhadap bintang-bintang atau kajian terhadap alam dan sebagainya.  Ada yang menemui Islam akibat berkahwin dengan orang Islam atau menduduki sebuah negara yang ramai penduduknya beragama Islam. Pendek kata berbagai jalan Allah temukan hidayah kepada orang-orang yang bukan Islam menemui Islam dan seterusnya menganut agama Islam.

Biasanya mereka ini yang “revert to Islam” akan mendalami Islam dan menjadi lebih berilmu berbanding dengan kita yang lahir dalam komuniti Islam. Mereka boleh berbicara tentang Islam, tentang Al Quraan, tentang hadis, tentang syariat, tentang budaya lebih hebat daripada kita yang Islam semenjak lahir lagi. Berbicara dengan mereka kadang-kadang memperlihatkan ilmu Islam yang kita ada sangat sedikit. Kebanyakan mereka menemui Islam melalui penyelidikan atau pembacaan berbeza dengan kita, Islamnya kita kerana mak dan ayah kita Islam. (Lihatlah kehebatan ilmu Dr Ridhuan Tee, Dr Mohamad Ravi, En Ang Wan Seng dan ramai lagi).

Sebagai seorang yang ingin mendidik anak-anak muda di kampung sendiri bagi memahami Islam agar ramai yang akan dapat mengamalkan Islam dalam kehidupannya, aku sudah ketandusan pendekatan. Semasa aku bertugas sebagai warden dahulu aku dapat mengajak anak-anak murid aku melalui solat berjemaah subuh dan maghrib dan diikuti dengan sedikit tazkirah pendek, selama 10 ke 15 minit berdasarkan beberapa buku seperti kitab Tanbihul Ghafilin, Riadus Salihin atau rujukan-rujukan lain. Aku buat perkara ini sepanjang lima tahun ketika aku jadi warden. Alhamdulillah aku melihat kesan yang amat positif dari anak-anak murid aku.

Begitu juga ketika aku tinggal di taman perumahan di Bentong (Taman Saga), aku dan rakan-rakan dapat membuat tazkirah setiap selepas solat dengan membaca satu atau dua muka surat kitab Tanbihul Ghafilin. Sambutan dari para jemaah agak baik. Aku tak tinggal lama di taman itu. Aku dimaklumkan oleh sahabat-sahabat yang tinggal di taman itu bahawa aktiviti baca kitab secara ringkas itu diteruskan sehingga kini.

Kini aku sudah bersara dari kerja kerajaan. Aku ingin memberi sumbangan kepada hal-hal pendidikan seperti ini. Masalahnya dimana aku perlu bermula. Apa yang hendak difokus. Siapa yang menjadi kliennya. Itulah persoalan yang sentiasa aku terfikir.

Buat masa ini medan yang ada pada aku ialah menulis tazkirah Jumaat, yang diedarkan setiap hari Jumaat di masjid kampung aku. Aku tulis berbagai tajuk. Harapan aku ialah, akan ku bukukan hasil penulisan itu apabila genap setahun. Aku mula menulis pada 30 Syaaban 1430H yang lalu. Aku kira bila sampai Ramadhan 1431H nanti cukup setahun tulisan aku. Ada kira-kira lebih daripada 50 artikel. Buku itu akan menjadi bukti usaha kecil yang aku laksanakan buat sementara waktu ini.

Aku yakin dengan pendekatan melalui pengetahuan. Malangnya klien tidak ada. Cara lain aku tak pandai. Setakat ini aku tak tahu respon dari masyarakat terhadap tulisan yang aku buat. Apakah sampai atau tidak masej yang aku nak kongsikan. Aku harap tulisan satu atau dua muka surat seminggu itu dibaca oleh sebahagian besar orang kampung aku.

Aku yakin dengan hadis “bahawa segala amalan itu bergantung kepada niat“. Aku juga yakin kepada kefahaman bahawa Allah SWT tidak akan tanya apakah aku berjaya atau tidak dalam usaha dakwah aku tetapi Allah SWT akan tanya adakah aku berbuat sesuatu atau tidak. Insya Allah, aku akan berbuat sesuatu. Seperti cerita burung pipit yang membawa air diparuhnya dalam usaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as. 

Melalui entri ini, aku berseru kepada pembaca sekelian berilah sedikit bantuan idea kepada aku agar aku boleh melaksanakan sesuatu bagi tujuan menyemarak amalan Islam dikalangan semua orang di kampung aku.  Semoga kita tidak menjadi Islam hanya kerana kita lahir dikalangan ibubapa Islam di dalam masyarakat beragama Islam. Hendaklah kita menjadi Islam kerana kefahaman dan ilmu pengetahuan yang kita perolehi dari kajian tentang Islam. Sekian TK.

Advertisements
4 Komen leave one →
  1. Disember 16, 2009 2:49 pm

    Di Relong terdapat beberapa buah surau dan sebuah masjid. Gerakkan semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menganjurkan majlis-majlis ilmu di setiap surau dan masjid. Tenaga pengajar gunakan dari dalam dan luar. Orang Relong ada yang suka solat di surau sahaja, tidak kat masjid. Ada yang solat di masjid tidak kat surau. Ada yang solat sorang-sorang kat rumah dan ada yang tak solat. Cuba kumpulkan tenaga pemikir yang ada kat Relong untuk memikirkan program majlis-majlis ilmu secara berterusan.

    Dapat satu idea, mula-mula kumpulkan tenaga pemikir. Insya Allah awal tahun 1341 H ini, saya akan jemput beberapa orang termasuklah guabama. Pemikir tak perlu ramai tetapi perlukan yang hendak memikir.

  2. Disember 16, 2009 5:33 pm

    Pakandak Yusof, saya telah menulis riaksi saya berjudul Kita Bangunkan Semula Sistem Pondok DiKg Relong,dalam blog Sungaibatu derelong sebagai riaksi kepada entry yang Pakanda kemukakan

    Dr Aminudin

    Terima Kasih atas ide

  3. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Disember 18, 2009 1:13 am

    Assalaamu’alaikum

    SAHABAT
    Walau…
    Langkah tak bertemu
    Tangan tak berjabat (perempuan sahaja ya)
    Ucapan tak terdengar
    Izinkan hati ini memohon maaf
    Atas segala…..
    Sikap dan lisan yang tak terjaga
    Janji yang terkota
    Hati yang kerap berprasangka (insya Allah tiada)
    Sepanjang setahun perkenalan kita
    Selama persahabatan kita terjalin di dunia maya
    Terima kasih atas kasih sayang dalam ukhuwwah yang dicerna
    Semoga kita selalu di dalam perlindungan-Nya

    SELAMAT MENYAMBUT MA’AL HIJRAH 1431
    Salam Awal Muharam dan salam manis dari saya di Bangi, Selangor, MALAYSIA.

    SITI FATIMAH AHMAD

  4. Disember 19, 2009 11:09 pm

    anak muda suka pergerakan.

    duduk dan dengar sahaja tidak mencukupi.
    ianya bagai satu hala saja.

    adakalanya dakwah bersama pemuda perlu diadakan sukan.
    .
    .
    kalau nak jemput anak anak muda menjadi pelapis, kena anjurkan acara sukan di surau atau di masjid.
    Ada majlis duduk, dengar dan fikir ini.
    Tetapi perlu ada gerak dan gaul sesama jemaah.

    Sukan badminton regu (ada pemuda dan warga emas) misalnya?
    Takraw?

    semuanya boleh dilakukan di perkarangan surau atau masjid.
    tidak ada kesalahan bukan?

    bagaimana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: