Skip to content

Silaturrahim

Disember 20, 2009

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H. Hari Jumaat yang lalu aku dan isteri pergi ke Marang, Terengganu untuk menemui adik kandung isteriku. Sebenarnya aku belum menemui adik ipar ku ini semenjak aku berkahwin dengan isteriku 31 tahun yang lalu. (Kami berkahwin tahun 1400H bulan Muharram) Ini seperti perjalanan jejak kasihlah. Keadaan ini berlaku kerana adik ipar ku ini yang berasal dari Kedah tetapi berkerja di Kelantan dan kemudiannya berkahwin dengan orang Marang, Terengganu  dan seterusnya menetap di Marang. Manakala isteri ku ini yang asalnya orang Kedah menetap di Pahang semenjak dia berkerja sebagai guru dan berkahwin dengan aku. Oleh itu perjalanan aku sempena Ma’al Hijrah 1431H ialah untuk menautkan silaturrahim dengan keluarga isteriku.

Sekali sekala kami kembali juga ke Kedah, ke tanah asal usul isteriku tetapi mungkin ketika kami ke Kedah itu, kami tidak berkesempatan untuk bertemu wajah. Ketika keluarga adik iparku balik ke Kedah kami pula tidak balik. Akhirnya tak berkesempatanlah kami bertemu. Aku rasa menjadi tanggung jawab aku dan isteri pergi menemui mereka, terutama waktu aku dah tak berapa sibuk dengan kerja-kerja waktu hujung tahu seperti sebelum ini.

Bukan tak ada usaha dibuat untuk bertemu dan mengikat silaturrahim. Anak kedua kami yang pernah mendapat pendidikan di Gong Badak telah pergi menemui bapa saudaranya di Marang. Dia sempat berkenalan. Anak keempat kami yang belajar di UTM sempat juga bertemu dengan sepupunya (anak bapa saudaranya) yang belajar di  UTM. Oleh itu kesempatan menyambut Ma’al Hijrah 1431 H, aku dan isteri meredah hujan sepanjang jalan ke Marang untuk menemui adiknya.

Sebelum itu kami singgah bermalam di Kuantan, menginap satu malam di rumah anak saudara aku yang berkerja di UIAM (Kuantan). Sejak anak saudara aku ini pindah ke rumah barunya di IM 15 isteriku belum pergi lagi ke rumah beliau, oleh itu aku bawa dia ke rumah anak saudara ku itu. Kira-kira ini juga mengiratkan silaturrahum jugalah. 

Minggu hadapan kami akan ke Baling, Kedah kerana abang ipar aku akan mengadakan majlis menyambut menantu. Abang iparku ini berbesan dengan orang yang asalnya dari  Kedah juga tetapi kini menetap sebagai peneroka Felda di Jengka 16, Pahang. Pada hari ijab kabul anak saudara ini, aku telah menjadi saksi ijab kabul itu. Perkahwinan juga merupakan penambat silaturrahim dalam satu masyarakat. Aku juga nak mengeratkan silaturrahim antara keluarga aku dengan keluarga ipar aku. Harga silaturrahim ini sebenarnya tidak ternilai. Itulah sebabnya mengapa seseorang sanggup berjalan jauh demi satu silaturrahim.

Oleh itu kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan ingatlah bahawa ijab kabul itu sebagai tanda menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan yang sebelum itu haram. Ijab kabul juga menaut silaturrahim antara dua keluarga. Sekiranya berlaku pergolakan antara suami dan isteri maka ini membawa erti berkecainya silaturrahim antara dua keluarga. Oleh itu kepada semua pengantin baru ingatlah bahawa perkahwinan itu bukan setakat menghalalkan hubungan seks tetapi juga mengeratkan hubungan antara dua keluarga serta menimpakan tanggung jawab spiritual dan material kepada si suami. Itu yang aku faham dari intisari khutbah nikah yang diberikan oleh Tok Naib (Wali Hakim) sebelum ijab kabul.

Di kampung sendiri ramai juga yang buat kenduri musim hujan ini. Pun begitu usaha tetap dibuat untuk mengekalkan silaturrahim yang sudah terjalin sejak sekian lama. Sekian TK

One Comment leave one →
  1. Disember 20, 2009 12:59 pm

    31 tahun???
    lama tu…
    .
    .
    .
    alhamdulillah suami saya dah kenal ngan adik adik beradik saya, walaupun kami bernikah jauh di perantauan…
    .
    .
    dan saya pun dapat berkenalan ngan adik adiknya walaupun adik adiknya dari berlainan ibu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: