Skip to content

Sesi Persekolahan 2010

Disember 22, 2009

Telah diumumkan bahawa keputusan PMR 2009 akan dikeluarkan pada 24 Disember 2009. Awal keluarnya berbanding tahun 2008 dahulu. Sekolah akan dibuka pada 3 Januari 2010 bagi negeri Kumpulan A, manakala bagi negeri Kumpulan B, sekolah akan bermula pada 4 Januari 2010. Kali ini aku sudah tidak sibuk lagi, tiada lagi mesyuarat awal tahun yang perlu aku hadiri, tiada lagi mesyuarat Pengurusan Sekolah yang aku kena hadir, ini adalah kerana aku sudah bersara dari jawatan guru.

Sebenarnya yang membuatkan aku menetapkan untuk bersara pada umur mencapai 56 tahun, antaranya adalah kerana aku sangat benci kepada mesyuarat yang tidak berstruktur. Aku benci kepada mesyuarat yang tidak diketahui apa matlamatnya. Aku benci kepada mesyuarat yang keputusan dibuat tetapi tidak dilaksanakan keputusan itu. Aku benci mesyuarat yang meleret-leret hingga ke petang (ada kalanya sampai 7.00 malam). Aku benci kerana bermesyuarat aku tak dapat masuk kelas untuk mengajar. Aku benci bermesyuarat dengan orang yang tak pandai bermesyuarat. Aku benci bermesyuarat dengan orang yang nak baca satu persatu apa yang ada dalam buku pengurusan sekolah yang ada tiga atau empat buah, macam majlis baca buku layaknya.  Akhirnya aku tanda tangan untuk bersara pada umur 56 walau pun ditawarkan sehingga ke umur 58.

Salah seorang anak aku (anak bongsu) akan menerima keputusan PMR nya pada 24 Disember  nanti. Bagi aku, apa-apa keputusan yang diperolehi aku terima sahaja. Dalam hal keputusan peperiksaan ini aku tidak menetapkan sesuatu yang tinggi. Semasa aku mengambil keputusan pertengahan tahun 2009 dahulu, guru kelas anak aku memberitahu aku bahawa anak aku termasuk dalam target sekolah untuk mendapat keputusan yang terbaik bagi PMR. Aku dan isteri aku hanya senyum sahaja, tanpa memberi apa-apa respons. Setakat ini keputusan PMR terbaik bagi anak-anak aku sebelum ini adalah 6A (tiga orang anak). Kalau anak yang bongsu dapat 7A atau lebih itu sudah hebat. Terhebat dalam keluarga. Terhebat dikalangan adik beradik.  Harapnya begitulah.  Kalau tak dapat, rasanya kami tak keciwa, itulah kemampuan yang dia ada. Berpada-padalah.

Sudah tentu sebagai ayah, aku pasti membuat persediaan bagi anak aku ini melanjutkan persekolahan di tingkatan empat. Menasihatinya untuk bersedia bagi mengambil SPM tahun 2011 nanti. Selain dari itu membuat peruntukan kewangan bagi membeli keperluan persekolahan tahun 2010. Walau pun sudah bersara, wang masih ada untuk perbelanjaan persekolahan anak.

Abang kepada anak bongsu aku ni baru habis ambil SPM. Walau bagaimana pun pada 7 Januari 2010 nanti dia kena melapor diri di sekolah asalnya bagi menyambung pembelajaran tingkatan 6 agama. Dia akan mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akhir tahun 2010 nanti. Diharapkan dia akan dapat menyediakan diri semampunya agar dapat melanjutkan pengajian ke Timur Tengah atau Universiti Tempatan. Terpulang kepada kesedaran dan kemampuan dia. Walau bagaimana pun, motivasi tetap diberikan, kesedaran mesti dipupuk dan kemampuan pada dirinya perlu dipertingkatkan.

Ada tiga lagi kakak kepada dua beradik ini yang masih belajar di IPT. Seorang sudah kembali ke kampusnya di selatan Tanah Air. Dua lagi akan kembali ke Lembah Kelang untuk menyambung semester baru. Belajar di IPT berlainan caranya dengan belajar di sekolah.

Walau pun sudah bersara, aku masih diperlukan dalam pendidikan. Ada pihak sudah melamar aku untuk memberi sumbangan di sekolah mereka tahun 2010 nanti. Mata pelajaran yang berkaitan sudah tentulah Sains Teras SPM dan Biologi. Kalau mata pelajaran lain, aku mohon maaf kerana rasanya dah malas nak ulangkaji. Baru-baru ini aku terlibat juga dengan tugas sebagai Pensyarah Sambilan di IPGM Kampus Kuala Lipis. Ada kawan yang tawarkan peluang kepada aku. Jadi aku terima ajelah.

Kepada rakan-rakan guru yang masih berkhidmat di sekolah, bersedialah menghadapi rutin hidup bergelumang dengan berbagai kerenah. Semestinya kerenah murid-murid yang menjadi cabaran utama. Kerenah pentadbir sekolah yang sentiasa menambah beban yang sudah parah berat dan kadang-kadang tak munasabah. Kerenah ibubapa yang kadang-kadang kelihatan cerdik tetapi tak berapa pandai. Kerenah orang besar pejabat pelajaran yang suka berlagak tak tentu hala, lagaknya serba tahu tetapi tak ada benda yang dia tahu kecuali mendera guru-guru aje.

Kepada rakan guru, bersabar ajelah. Kalau rasanya boleh tegur, tegurlah. Kalau rasa diri tu kecil sahaja, baik diam, biar orang tak nampak kita. Jangan tonjolkan diri, ambillah rasmi kura-kura. Biar perlahan asalkan sampai matlamat untuk mendidik anak-anak yang nak belajar. Kalau anak-anak yang tak nak belajar biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan … Biarkan.. Kalau ada ibubapa datang dengan baik dan minta pertolongan, tolonglah. Tetapi kalau datang dengan berlagak pandai biarkan dia buat sendiri, kalau banyak komen tentang P&P, suruh dia buka sekolah sendiri. Kalau pentadbir sekolah minta tolong, tolonglah. Tetapi kalau suka arah itu dan arah ini, suruh dia buat sendiri. Biar dia rasa langit itu tinggi dan bumi itu tak sentiasa rata.

Kepada guru yang suka rasa malas dalam serba serbi. Ingatlah gaji setiap bulan itu untuk membekal makan minum anak-anak sendiri. Kalau duit tak barkat nanti anak dapat tempias. Kalau duit itu haram nanti anak-anak jadi dungu dan biol. Kalau nak cubalah.. buat eksperimen. Bagi memperoleh motivasi dalam kerja, cuba bayangkan anak-anak dalam kelas itu anak sendiri. Bagaimana rasanya … cuba dan tengok hasilnya.  Kalau tak beri kesan apa-apa kepada diri itu tandanya anda adalah guru yang tak berguna, jenis makan gaji buta. Carilah kerja lain lagi bagus.

Kepada guru-guru yang berpotensi jadi pentadbir, jadilah pentadbir sekolah yang baik. Pentadbir yang mesra alam. Pentadbir yang mengurus sekolah ikut situasi bukun kuku besi atau bersifat serba tahu. Kalau malas jadi pentadbir tetapi suka mengajar, isilah  borang Guru Cemerlang (GC). Semoga dapat jadi GC yang dapat memberi sumbangan kepada pendidikan tetapi bukan GC yang duduk diam tak buat apa-apa dan tak sumbang apa-apa. Kalau dah bosan jadi guru mengajar budak sekolah rendah atau sekolah menengah, pergilah menyambung pelajaran buat Master atau PhD. Selepas itu bolehlah mohon jadi pensyarah. Mengajarlah budak-budak tua pula. Masa itu berubahlah dari pedagogi kepada andragogi.

Aku kira cukup dulu celoteh aku untuk kali ini, hingga jumpa lagi. Esok aku nak ke Baling, Kedah untuk meraikan anak saudara kawin. Sekian TK.

4 Komen leave one →
  1. Disember 22, 2009 11:10 pm

    Terima kasih atas celoteh yg pnjg lebar ini.. sedikit sebanyak memberi panduan buat kami.. guru2 yg masih agak mentah (baru 5 tahun) dalam dunia pendidikan Malaysia…

    Ada banyak lagi celoteh tentang khidupan jadi guru ni. Ada celoteh sebagai guru kecil, sebagai besar, sebagai GPK, sebagai Pengetua dan lain-lain lagi. Ada masa dia keluarlah dalam tulisan.

  2. Disember 23, 2009 10:23 pm

    Sistem pengurusan pendidikan di Malaysia tidak menggalakkan guru menjadi guru yang sebenarnya tetapi menjadi guru pak turut dan guru laksana kuli dan buruh paksa.

  3. cgfizik permalink
    Januari 7, 2010 9:23 pm

    Satu pengalaman yg menarik. Boleh dijadikan panduan semasa menjalankan tugas.

    Ambillah pengalaman yang baik sebagai panduan dan kalau jumpa yang tak elok itu tinggalkan atau jadikan sempadan.

    • cgfizik permalink
      Januari 8, 2010 8:43 pm

      Betul Tuan. Saya hanya sempat mengajar Fizik selama 18 tahun saja. Lepas tu kena bertugas di JPN. Adalah sesuatu yg mengecewakan bila tak dapat mengajar. Cita-cita saya hanya nak menjadi cikgu fizik melayu. Saya tak minat pada jawatan. Jadi cikgu menjadikan kita lebih berilmu dan berpengalaman. Nasib baik di JPN,tugas utama saya membuat penyeliaan dan pencerapan p&p guru. Terubat juga hati bila dapat berada dalam suasana kelas. Pengalaman lalu saya gunakan untuk membimbing guru dalam p&p mereka (terutama guru baru). Kekuatan guru-guru senior saya cari dan sebarkan kepada rakan-rakan guru lain sebagai perkongsian ilmu. Kadang-kadang saya tak dapat menahan diri untuk mengajar semasa membuat pencerapan terutamanya kelas fizik. Ada ketika saya yg mengajar dan cikgu asalnya mencerap saya. Inilah susahnya bila pernah menjadi cikgu. Tak boleh nak pisahkan diri dengan p&p.Teruskan menulis tuan. Nasihat orang berpengalaman tiada bandingan.

      Sepatutnya tuan mohon jadi GC Fizik… Masih ada peluang lagi kot. Melalui JPN tu minta-mintalah peluang diberi untuk jadi GC, saya dulu pun jadi Pengetua, kemudian mohon jadi GC…. dapat juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: