Skip to content

Motivasi Awal

Disember 29, 2009

Ahad atau Isnin hadapan (3 atau 4 Januari 2010), sekolah akan dibuka semula selepas bercuti akhir tahun 2009. Masa kini, pihak pentadbir sekolah sudah membuat persiapan awal. Mesyuarat sedang rancak berjalan. Bagaimana pula pihak ibubapa? Sudah pasti mereka juga sedang rancak membuat persiapan. Bersiap dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 2010.

Sehebat mana persiapan pihak sekolah, sekuat mana ibubapa berusaha, demi murid, demi anak, demi amanah dan demi tanggungjawab tetapi yang akan melakarkan kejayaan adalah anak-anak itu sendiri. Oleh itu kesedaran dan motivasi pada diri anak-anak itu yang sangat penting. Sikap dan amalan yang dilakukan oleh anak-anak itu yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan dirinya. Anak-anaklah yang akan berusaha, anak-anaklah yang menghadapi ujian serta peperiksaan dan mereka jugalah yang akan dinilai dan ditaksir. 

Anak-anak perlu sedar tentang dirinya. Kesedaran tentang tanggungjawab dan amanah yang dipikul olehnya sebagai anak, sebagai murid, sebagai orang muda. Waktu muda inilah waktu pencarian ilmu dan menggarap pengalaman untuk bekalan masa depan. Anak-anak perlu sedar siapa ibubapanya, keadaan keluarganya. Kalau ibubapanya petani, penoreh getah, nelayan, sedarkanlah anak-anak itu hakikat susahnya menyara keluarga sebagai petani atau penoreh  getah atau nelayan.  Moga-moga kesedaran yang timbul akan mendorong anak itu untuk berusaha serta menanam tekat untuk membela nasib keluarga. Kalau ibubapa orang senang, orang berada, orang berduit atau berwang sedarkan anak-anak akan harga dan kepentingan harta benda dan jangan sekali-kali membazir dan ajarkan mereka mengurus diri serta mengurus wang.

Siapa yang akan mencetuskan kesedaran itu kepada anak-anak? Tentu sekali ibubapanya, tentu juga guru-gurunya, pasti juga para pemimpin setempat juga kalangan mereka yang telah berjaya dikalangan keluarganya dan semua orang yang prihatin kepada keadaan ini.

Anak-anak perlu dimotivasikan agar mereka tahu dan faham apa tujuan kehidupan. Mereka perlu diberitahu bahawa Allah SWT telah kurniakan mereka aqal, nafs dan roh. Motivasikan anak-anak ini agar menjaga dan mengembangkan ketiga-tiga aspek ini untuk mencapai wawasan abadi. Apakah wawasan abadi? Setiap hari setiap kali berdoa, baik anak-anak atau pun kita sendiri menuturkan wawasan abadi. Hanya kita yang tidak sedar apatah pula anak-anak kita.

“Ya Allah kurniakan aku kebahagiaan di dunia, dan kurniakan aku kebahagiaan di akhirat dan jauhkan aku dari api nereka.” Inilah doa yang sentiasa kita ungkapkan setiap kali kita berdoa. Berilah anak-anak kita kefahaman tentang wawasan abadi ini. Untuk mencapai wawasan atau visi abadi ini maka missinya ialah mengembangkan aqal, nafs dan roh yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai manusia.

Mengembangkan aqal melalui ilmu, melalui intelek, melalui minda. yang diukur menggunakan IQ. Mengembangkan nafs melalui pembersihan jiwa, melalui kemantapan perasaan, mengamalkan sifat mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah. Perkembangan nafs diukur melalui EQ. Mengembangkan roh adalah melalui amalan kerohanian, perhubungan antara diri dengan pencipta melalui solat, selawat dan zikir. Pengukurannya adalah melalui SQ. IQ, EQ dan SQ hendaklah dimotivasikan amalan dan penghayatannya secara seimbang. Semoga dengan usaha-usaha ini Allah SWT redha kepada kita dan dengan limpah kurniaNya akan tercapailah wawasan abadi itu kepada diri kita baik di dunia ini maupun di akhirat nanti.

Berbekalkan amalan yang diredhai Allah SWT dengan kurniaan rahmah dariNya, diri kita akan dapat mengubah sikap kita. Dari sikap yang negatif kepada sikap yang positif. Dari sikap yang malas kepada sikap yang rajin. Dari sikap yang sombong kepada sikap rendah diri, dari sikap yang lambat bertangguh kepada sikap membuat sesuatu yang utama dengan segera. Maka berlakulah hijrah dari perkara yang tak baik kepada keadaan yang baik dan yang lebih baik.

Untuk mendalami perkara yang saya sebutkan di atas seeloknya para pembaca menambah lagi pembacaan dalam bidang yang berkaitan. Ketika yang sama jangan lupa berbincang dan berguru kepada mereka yang tahu. Kepada cikgu-cikgu pula diharapkan dapat menggarap persoalan ini dengan lebih mendalam lagi kerana menggunakan pengetahuan yang diperolehi akan dapat membantu anak-anak didik agar dapat kesedaran diri, motivasi dari serta dapat mengubah sikap anak didik yang disayangi.

Kepada ibubapa, dalamilah ilmu mendidik anak-anak sendiri. Bukan bersikap pandai produce anak sahaja tetapi mesti tahu bagaimana nak didik selepas anak itu dilahirkan. Perhatikan ayam atau kucing. Makhluk ini pun pandai produce anak yang banyak juga mendidik anak-anaknya untuk mandiri (survive). Sebagai manusia yang dikurniakan aqal, nafs dan roh sudah pastilah manusia sewajarnya lebih pandai mendidik kalau dibandingkan dengan ayam atau kucing. Janganlah jatuhkah standard kita ke taraf ayam atau kucing sahaja. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Disember 30, 2009 2:26 am

    Assalaamu’alaikum

    Didoakan Cikgu sihat selalu. Mudahan kedatangan awal tahun baru 2010 akan memeriahkan lagi suasana kehidupan kita dan dunia pendidikan di arena acuan Malaysia.

    Membaca penulisan Cikgu di atas,cukup menarik dalam membincangkan motivasi awal berhubung dengan ilmu yang sepatutnya didedahkan kepada anak-anak iaitu memahami tujuan kehidupan dan kurnia akal, nafsu juga roh.

    Komitmen ibu bapa dalam mengisi jiwa dan minda anak-anak dengan ilmu demikian dapat membantu memudahkan proses pembinaan otak dan jati diri mereka di sekolah.

    Para guru pula akan menyambung peranan mengukuhkan pengetahuan tersebut dengan lebih mendalam agar kesepaduan ilmu yang diperolehi di rumah dan di sekolah adalah seimbang uyang akhirnya akan membangun modal insan yang seimbang dari sudut JERI.

    Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

  2. Mohamad Azemi permalink
    Disember 31, 2009 12:05 am

    Assalamualaikum,
    Saya terpanggil untuk singgah ke blog saudara apabila saya mendapat komen bernas daripada saudara.
    Salam perkenalan di alam blog, nampaknya.Bahan2 yang dimuatkan oleh saudara dalam blog ini menarik dan dapat membantu merancakkan lagi perkembangan ilmu kini.
    Cuma satu saya nak komen, saya dapati penulisan saudara terlalu banyak mengandungi kesalahan bahasa seperti ejaan, tatabahasa sehingga kadang-kadang mencacatkan idea yang hendak diketengahkan. Contohnya, ibubapa > ibu bapa, diperolehi > diperoleh. Sila buat rujukan kerana kesalahan seperti ini menyebabkan saudara tidak mendapat A BM dalam SPM.

    Saya dapat A2 untuk BM saya. Bukan melalui SPM tetapi melalui MCE.

    • Disember 31, 2009 12:50 am

      Yang penting orang lain faham apa yang nak disampaikan… Masih lagi dalam BM kan?

      Kalau rojak BI dalam BM, pastu “short form”… senang ke nak faham. Agak-agak dorang dapat berapa dalam SPM ek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: