Skip to content

Terembe’

Januari 1, 2010

Kiriman kali ini aku fokuskan kepada satu bahan sejarah yang bitara (unique).  Bahan inilah yang menjadi daya pengikat (binding force) kepada penduduk Kampung Relong dan sekitarnya. Nama bahan itu ialah TEREMBER.  Mengikut Kamus Dewan, perkataan TEREMBER bermaksud bergayutan atau bergantungan.

Bagi masyarakat di Kampung Relong, terembe’ (ejaan dibuat mengikut bunyi sebutan tempatan) merujuk kepada satu ‘peta’ yang menunjukkan hubungan seseorang anak Relong dengan leluhurnya, dengan saudara maranya dan dengan semua keturunannya.  Adanya terembe’  ini dapat mengalurkan hubungan antara kita dengan seseorang yang lain. Terembe’ ini merupakan satu bentuk lakaran salsilah keturunan yang bermula daripada Tok Linggi (Orang yang membuka Kampung Relong) hingga ke generasi masakini.

Terembe’ ini telah dibuat untuk menunjukkan keturunan Tok Linggi, yang membuka Kampung Relong, kira-kira dalam tahun 1795 yang lalu. Pujian patutnya diberikan kepada Tuan Haji Abdul Karim Ali yang telah mengemaskini terembe’ yang asal dan membutnya dalam bentuk yang agak menarik seperti satu ‘peta minda’ yang besar. Seorang lagi yang patut mendapat kredit dalam hal ini ialah adik beliau iaitu Tuan Haji Hussin Ali yang biasanya menolong membuat salinan fotostat bersaiz besar untuk disebarkan kepada mereka yang hendakkan terembe’ ini.

Buat masa ini hanya ada seorang sahaja yang boleh menggalurkan tentang keturunan cucu cicik Tok Linggi secara lisan. Individu yang dimaksudkan ialah Kak Hawa Salim. Oleh itu dengan merujuk kepada Kak Hawa dan menggunakan terembe’ yang ada seseorang boleh menggalurkan keturunan dan leluhurnya. Terembe’ yang dibuat oleh Tuan Haji Abd Karim Ali adalah dalam tulisan jawi. Sudah tentu generasi masa kini ramai yang tidak dapat memanfaatkan terembe’ itu walau pun bahan itu ada dalam simpanan orang Relong.

Pada tahun 2001, bermula satu usaha untuk memperkenalkan terembe’ ini kepada anak-anak muda Relong kerana beberapa sebab dan tujuan. Pertama, seperti yang dinyatakan di atas bahawa terembe’ yang berbentuk seperti ‘peta minda’  itu adalah dalam tulisan jawi. Oleh itu wajarlah ada usaha untuk menyalinnya ke dalam tulisan rumi. Kedua, kalau dahulu perkahwinan anak Relong biasanya dengan anak Relong juga. Seolah-olah ketika sebelum merdeka (1957) penduduk Relong nerupakan satu masyarakat yang tertetup dari segi keturunan tetapi masa kini boleh dikatakan kebanyakan anak Relong berkahwin dengan orang di luar Daerah, di luar Negeri atau luar Negara. Jadi keturunan Tok Linggi ini sudah tersebar ke serata tempat. Ketiga, sudah ramai anak Relong yang merantau keluar kampung dan keempat, semenjak FELDA diwujudkan telah ramai pasangan anak Relong berhijrah ke Felda seperti Lurah Bilut, Lembah Kelau, Sungai Koyan, Jengka, Karatung dan sebagainya. 

Memandangkan suasana ini berlaku maka perlulah dikembangkan kefahaman terhadap terembe’ ini khususnya dikalangan generasi muda Kampung Relong semoga kalau ada saudara mara yang merantau balik dan hendak mencari saudara mereka di Kampung Relong, akan ada anak muda yang dapat menunjukkan perkaitannya dengan saudara mereka.

Demi tujuan seperti yang dinyatakan di atas, terembe’ baharu dalam tulisan rumi telah dihasilkan. Buat masa ini sesiapa anak keturunan Tok Linggi atau Pawang Tamat yang ingin melihat jejalur keturunannya boleh berbuat demikian. Orang yang boleh dirujuk dalam hal ini ialah Tuan Haji Muhammad Yusop Derus (Pak Itam Mat) dan juga Puan Hajjah Siti Hawa Salim (Kak Hawa). Kepada mereka yang berasal dari Kampung Relong dan sekitarnya (Berchang, Berang, Lubuk Kulit, Keledek, Bapong, Ulu Teris dan Gua) bolehlah merujuk kepada mereka berdua ini untuk mendapatkan jalur keturunannya bermula dari Tok Linggi.

Hasil dari beberapa program yang dibuat diperingkat Kampong Relong semenjak tahun 2001 hingga kini telah timbul minat secara menyeluruh dikalangan semua lapis generasi untuk memahami penggunaan terembe’ ini. Telah ada permintaan dikalangan anak muda dan orang dewasa untuk mengadakan sesi menggalur keturunan menggunakan terembe’ yang ada. Percubaan telah dibuat terhadap murid sekolah menengah untuk menggalurkan keturunan mereka dan didapati telah berjaya. Program menggalur keturunan ini telah aku jalankan pada pagi 31 Disember yang lalu.

Terdapat juga usaha sedang dibuat untuk memasukkan sebahagian terembe’ ini di dalam blog seperti dibuat oleh  http://ainhizcom.blogspot.com/ yang mengkhusus tentang Keturunan Mahudin. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ICT diharapkan dapat membuat laman sesawang yang berkaitan dengan terembe’ ini.

Bentuk-bentuk terembe’ ini boleh dijadikan asas bagi mereka yang sedang belajar untuk membina bentuk-bentuk nota pelajaran. Sama ada membuat bentuk peta minda, peta konsep atau bentuk carta organisasi. Ketiga-tiga bentuk rajah ini adalah sama dengan bentuk terembe’  yang digunapakai di Kampung Relong.

Sekian kiriman awal tahun 2010. Terima kasih.

4 Komen leave one →
  1. Januari 4, 2010 10:43 pm

    salam..

    Terima kasih atas no kenalan Tuan Haji, nanti saya cuba kontek..banyak benda kena belajar

    Untuk sains nanti saya nak rujuk dekat Tuan Haji..Masa penandaan SPM, ketua saya selalu menyebut pasal Tuan Haji Yusof.

    Siapa agaknya ketua pasukan saudara… Sudah pasti orang lama dalam penandaan kertas. Sebab di Selangor ada 23 orang ketua pasukan dan di wilayah persekutuan ada 3 orang ketua..

  2. Siti Fatimah Ahmad permalink
    Januari 5, 2010 12:28 am

    Assalaamu’alaikum Cikgu

    Indahnya DUNIA hanya sementara.
    Indahnya CINTA hanya seketika.
    Indahnya MIMPI kadang tak pasti.
    Tapi……. Indahnya PERSAHABATAN sesama kita sukar dicari ganti.

    Maaf Cikgu… kerana lambat berkunjung balas; banyak urusan mengulit diri dan perlu dibereskan. Terima kasih atas ingatan berpanjangan. Mudahan kita semua diredhai Allah swt.

    Selamat Tahun Baru 2010. Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Trackbacks

  1. Jamuan Hari Raya Silaturahim 1Relong «

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: