Skip to content

Guna

Januari 13, 2010

Sudah menjadi tabiat manusia, lazimnya akan menggunakan kesempatan yang ada kalau sekiranya mereka ada kenalan atau waris orang besar atau orang berpangkat dan bergelar. Keadaan yang ada itu akan diguna untuk kepentingan mereka sendiri atau mengambil peluang untuk membuli orang lain. Sepanjang lima tahun aku menjadi warden asrama aku bertemu dua kes yang ada kaitan dengan keterangan di atas.

Peristiwa pertama ialah; Seorang penghuni sudah dibuang asrama akibat berbagai kesalahan termasuklah lari dari asrama selepas mengugut seorang guru. Bapa penghuni berkenaan telah menalefon aku sebagai warden, supaya anaknya diterima semula masuk ke asrama kerana katanya seorang Yang Berhormat mengarahkan aku berbuat demikian.  Aku meminta untuk bercakap dengan YB berkenaan melalui telefon.  Aku meminta YB berkenaan siasat dahulu apa kesalahan murid itu yang menyebabkan dia dibuang asrama dan aku mengingatkan YB berkenaan tolong jangan guna kuasa atau pengaruh yang ada pada dia..  Aku takut YB nanti dapat malu kerana kami warden asrama mempunyai rekod disiplin yang lengkap.

Aku juga mengingatkan YB berkenaan bahawa dia tiada kuasa mengarahkan kami para warden untuk mematuhi arahannya. Aku kemudiannya meminta izin kepada YB untuk meletakkan telefon dan memberi masa kepada YB untuk berbincang dengan bapa murid yang berkenaan. Inilah contoh manusia yang suka guna orang besar, orang berjawatan untuk menunjukkan bahawa dia ada kuasa atau ada kehebatan. Kehebatan yang menempel pada orang lain. Orang ini suka-suka aje guna YB. 

Selang satu jam kemudian YB yang berkenaan menalefon semula. Dia minta maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas peringatan yang aku berikan kepadanya. Nasib baiklah YB ini cerdik kalau tidak sia-sia aje jadinya. Malu dapat, martabat jugajatuh akibat dipermainkan orang. Manusia jenis parasit ini memang ramai mengelilingi orang-orang yang berpangkat atau bernama….

Peristiwa kedua ialah; Ini berkaitan dengan mengguna kuasa Pengetua pula. Kesnya ialah seorang penghuni asrama dikenakan tindakan buang asrama juga kerana beberapa kesalahan berat yang dibuat berulang kali. Bapa penghuni asrama ini baik dengan Pengetua. Pengetua memanggil aku kebiliknya dan meminta aku menerima semula murid berkenaan untuk tinggal di asrama. Permintaan oleh Pengetua ini seolah-olah seperti arahanlah kepada kami para warden untuk menerima kembali murid yang sudah dibuang asrama itu. Permintaan itu dibuat dihadapan bapa murid berkenaan. Bapa murid berkenaan kelihatan senyum, bangga. Dia rasa dia berjaya menggunakan kuasa pengetua.

Aku meminta izin untuk keluar sebentar bagi mengambil fail disiplin murid berkenaan. Aku kemudiannya menyerahkan fail itu kepada Pengetua sambil mengingatkan Pengetua bahawa murid berkenaan mempunyai banyak kes termasuklah kes ponteng sekolah, membuli murid lain, suka berkelahi dan beberapa kes yang lain. Pengetua kelihatan kurang selesa dengan tindakan aku itu. 

Aku beritahu Pengetua bahawa kami para warden sanggup menerima kembali murid berkenaan sekiranya Tuan Pengetua sendiri sanggup menjaga murid yang berkenaan. Kami para warden sudah tak sanggup lagi menjaga murid yang berkenaan kerana kami terpaksa menjaga hampir 300 orang penghuni yang lain.  Pengetua tak sanggup, sebab yang menjaga murid asrama ialah para warden. Oleh itu murid berkenaan terpaksalah dibuang juga.  Apabila bapa murid berkenaan keluar dari bilik Pengetua, aku dipanggil oleh Pengetua ke biliknya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada aku kerana tindakan yang aku buat.

Kedua-dua peristiwa di atas menggambarkan tentang manusia ini kadang-kadang suka bersandar kepada kedudukan orang lain untuk keselesaannya dan ketika yang sama cuba merendahkan kebolehan orang bawahan. Sebagai orang bawahan (subordinate) selalunya kita akan tersepit antara menjalankan tanggung jawab dengan menghormati boss (superior) kita. Bagi aku, apabila berhadapan situasi seperti ini, pada prinsipnya aku akan redah sahaja. Aku akan tinggalkan penghormatan kepada boss sebaliknya aku akan bertindak mengikut peraturan. Sebaliknya sekiranya orang datang dengan baik, mengormati situasai aku, menghormati peraturan yang ada  tetapi meminta pertimbangan, dalam situasai ini aku akan mendahului pertimbangan. Aku kalah dalam hal ini. Aku tetapi memberi pertimbangan. Kalau datang dengan baik aku boleh menerima dengan baik tetapi kalau datang dengan sombong aku akan kembalikan kesombongan itu kepada mereka.

Semoga pengalaman yang tertera di atas dapat menjadi panduan kepada mereka yang ditugaskan menjadi warden asrama. Dimana para warden terpaksa bersengkang mata, kehilangan masa yang banyak demi manjaga anak orang. Kalau dinilai dengan duit ringgit adalah amat tidak berbaloi. Semoga semua ibubapa yang ada anak mereka diasrama memahami kesusahan yang dihadapi oleh para warden asrama ini. Sekian untuk kali ini.  TK

3 Komen leave one →
  1. Januari 14, 2010 8:35 pm

    “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

  2. Januari 14, 2010 11:32 pm

    Assalamualaikum,
    Di sekolah, guru seringkali berhadapan dengan pelbagai karenah ibu-bapa. Pengetua dan guru-guru, selain bekerjasama dan bersefahaman dalam tindakan perlu juga bijaksana berhadapan dengan mereka.

    Pengetua perlu menyokong tindakan guru. Pada masa yang sama guru-guru perlu bersedia dengan segala bukti untuk mempertahankan kebenaran.

    Dengan demikian barulah ibu-bapa faham bahawa di sekolah anak-anak mereka itu sesungguhnya dididik supaya menjadi ‘manusia’.

  3. Januari 16, 2010 1:35 am

    Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
    Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
    Assalamualaikum..
    Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
    Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
    Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
    Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
    Bandar Armada Putra Pulau Indah 42000 Pelabuhan Klang
    Pengerusi En Saifullizan Hj Mohd Isa 012 6874 385
    Setiausaha En Khaszemi Mohd Yakim 019 3376 927
    Bendahari En. Mohd Riza Mohd Yusoff 012 3080 362
    Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.

    Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/

    tolong le sekupang dua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: