Skip to content

Mengajar Lagi..

Januari 20, 2010

Ini adalah kiriman ke 200Kalau aku kumpulkan tulisan yang dikirim rasanya ia sudah melebihi 200 muka surat pada kertas A4. Rupanya sudah banyak cerita yang aku papar dan hidangkan kepada para pembaca atau para penziarah sekelian. Kalau digabungkan ia sudah boleh menjadi sebuah buku. Hanya kalau dibuat buku adakah nanti syarikat yang hendak menerbitkannya dan adakah pula yang akan membelinya, kerana sepanjang yang aku tahu tidak ramai rakyat Malaysia yang suka membaca.

Melihat kepada enteri yang aku buat, kebanyakannya bertemakan pendidikan. Ialah aku memang seorang pendidik. Walau pun sudah bersara aku masih lagi mengajar dalam rangka melaksanakan proses pendidikan. Aku hanya pencen sebagai guru di sekolah tetapi aku masih diperlukan untuk membantu sekolah. Benarlah kata-kata, “Sekali guru selamanya guru.” Sekali menjadi cikgu sepanjang hayat orang akan panggil cikgu. Bukan sekadar gelaran cikgu yang bersara tetapi aku masih juga ke kelas mengajar. Aku masih mengajar mata pelajaran Sains SPM dan juga Biologi SPM. Aku mengajar ini kerana ada pihak sekolah yang meminta aku mengajar kerana sekolah mereka tidak ada guru yang boleh mengajar mata pelajaran yang berkenaan. Sekolah yang aku bantu ini bukan sekolah dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi sekolah ini merupakan sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Agaknya bilalah aku ini boleh stop mengajar. 

Aku mengajar di SM Agama Padang Tengku, tujuh kilometer dari rumah aku. Aku mengajar Biologi waktu malam. Dua kali seminggu, setiap sesi dua jam. Jumlah masa mengajar Biologi ialah empat jam seminggu atau 240 minit. Berbanding dengan waktu pengajaran Biologi di sekolah ialah empat waktu dan setiap waktu 40 minit (160 minit seminggu).

Mata pelajaran Sains SPM pula aku mengajar waktu petang selama dua jam juga (3.30 hingga 5.30 petang), dua petang setiap minggu. Jumlah masa yang diguna ialah empat jam seminggu (240 minit). Berbanding dengan waktu pengajaran Sains SPM di sekolah ialah lima waktu dan setiap waktu 40 minit (200 minit).  Oleh itu dalam kedua-dua kes ini murid SM Agama Padang Tengku berpeluang mendapat waktu pengajaan yang lebih berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Semoga sumbangkan aku yang sedikit ini dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam kedua-dua mata pelajaran yang berkenaan.

Aku mempunyai pengalaman yang lama mengajar di SMA PT ini sebagai guru luar. Semenjak tahun 1980’an sehingga kini. Bagi mereka yang pernah berkesempatan mengajar di sekolah ini sudah pasti dapat merasakan mudahnya mengajar murid-murid di sekolah ini. Murid-murid sekolah ini merupakan murid-murid yang “HENDAK BELAJAR”. Waktu kita menerangkan sesuatu mereka akan mendengar dengan teliti. Kalau kita tanya, ramai yang memberi respon. Mereka juga suka menyoal guru. Aku yakin dengan sikap beginilah yang membuatkan prestasi mereka sentiasa memberangsangkan. Kumpulan murid tingkatan lima tahun ini merupakan kumpulan murid yang berpotensi tinggi berdasarkan pencapaian 100% keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2009 yang lalu. Syabas SMA PT.

Dua orang anak aku masih di sekolah menengah. Anak lelaki bongsu aku yang menamatkan pengajian tingkatan lima tahun 2009 yang lalu, kini sedang mengikuti pembelajaran tingkatan enam. Dia akan mengambil peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) akhir tahun ini (2010). Pembelajaran adalah dalam Bahasa Arab. STAM adalah sijil yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dengan kerjasama Universiti Al Azhar, Mesir. Sijil ini sama taraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Dia belajar di SMAPT.

Anak bongsu perempuan pula kini memasuki tingkatan empat Sains di SMK Seri Lipis. Dalam PMR yang baru lalu dia telah mendapat 7A 1B dan 1C. Ini merupakan pencapaian terbaik dikalangan anak-anak aku. Hanya aku mengharap agar guru-guru yang mengajar anak-anak aku ini dapat memberikan pengajaran yang terbaik. Aku ajar anak orang lain semaksimum kebolehan aku dan aku mengharapkan orang lain dapat berbuat begitu juga untuk anak-anak aku. Aku tidak sangsi akan hal ini kerana setakat ini enam dari lapan anak-anak aku sudah berjaya sampai ke menara gading. Tiga sudah bergraduat dan tiga lagi masih belajar.

Kepada semua anak-anak ku belajarlah bersungguh-sungguh. Pendidikan dan pembelajaran itu bermula dari buaian hingga keliang lahat. Life long education. Ingatlah kebijaksanaan dan hikmah itu adalah barang yang hilang dari orang-orang muslim, oleh itu kutiplah ia di mana-mana kamu temui. Gunakanlah demi kebaikan manusia dalam pencarian keredhaan Allah SWT. Sekian TK. 

3 Komen leave one →
  1. hilmi12 permalink
    Januari 23, 2010 3:21 pm

    Assalamualaikum ckg…ape kabo?..sihatlah hndaknye..Hmm..Sy ade b’cadang nak bljr Bio F5 dgn ckg waktu cuti Thn baru Cina nnt.. Sy ade ajak beberapa kwn dr Padang Tengku..Deme pn nak join gak..Ckg macam mane? Boleh tak ajar kami Bio F5 waktu tu?.. Ckg busy ke tak thn baru cina nnt?kalau ckg tak busy,sy nk mintak ckg tlg ajarkan kami Bio F5.. Lgipun,lps cuti tu nnt,sy ade Ujian Selaras 1.. Boleh tak ckgu???.. Tmpt & mase tu ikut ckg je la..Insyaallah sy pergi..Terima kasih..

    Insya Allah, saya tak kemana-mana, oleh itu bolehlah dibuat arrangement. itu terpulang kepada kamu. Hanya beri tahu tempat dan masa. Jika saya tak terikat dengan apa-apa program lain, saya akan ada.. Jangan lupa bertahu tajuk-tajuknya… lebih awal agar saya dapat buat persediaan…

  2. kak uda permalink
    Januari 23, 2010 8:16 pm

    Assalamualaikum cikgu…..

    Sejak saya mengenali blog ini, tidak jemu untuk saya terus mengikuti tulisan-tulisan cikgu. Saya sangat suka blog cikgu dan harap cikgu terus dapat menulis. Besar juga harapan saya agar penulisan cikgu ni dapat di bukukan. Pengalaman cikgu yang luas ini sangat berguna dan sayang jika dibiarkan begitu sahaja. Saya yakin pengalaman cikgu ni dapat dijadikan panduan oleh kami warga pendidik baru. wallahualam

    Terima kasih atas harapan yang diberi… Insya Allah saya akan terus menulis, selagi ada idea yang hendak ditulis….

  3. din permalink
    Januari 26, 2010 4:18 pm

    Assalamualaikum…cikgu..
    saya berterima kasih dengan bicara cikgu..pastinya byk yg sudah sampai ke kemuncak kejayaan hasil didikan cikgu..

    namun cikgu, sebagai seorang yang duduk di kg relong.. cikgu perasan tak mentaliti org2 kg sukar nak berubah,, saya sebagai org kg ini amat pelik bila setiap kali anak2 kg ini,,hanya akan dikatakan berjaya once mereka menjadi seorag cikgu..
    hampir keseluruhan org dalam kg ini jadi cikgu. hingga kg ini kita boleh tukar namanya kg cikgu. kenapa eh cikgu..

    seolah2, tiada apa yang org kg nak kejarkan selain jadi cikgu, menantu pun nak cikgu.. saya tak nafikan kerjaya cikgu ini amat bernilai.. tapi.. dah takdek cita2 lain ke?

    saya jenuh bila mentaliti ini masih lagi berkembang biak hingga sekarang, ambillah apa pun course di IPT.. namun jadi cikgu jugak yang dikejarkan..

    itu satu isu…
    isu no 2:

    pernah tak cikgu terlintas, di kg relong kurangnya anak2 muda yang kita boleh depend on? anak2 muda yang saya lihat terperuk di kg, boleh tak cikgu percayakan mereka untuk menjadi pemimpin kg satu hari nanti? senang cerita ya cikgu… boleh tak cikgu percaya dalam masa terdekat ini, jika semua org masjid tu dicabut nyawanya sekarang.. ada tak anak muda2 kita yang boleh menggantikan mereka nanti?? ada tak anak2 muda yang boleh dipercayai untuk memimpin , jadi imam di masjid, even jadi bilal sekali pon.. setakat ini, yg saya lihat semuanya org tua2 belaka.. imam 1,2,3 pon org tua.. mana org muda? bilal pon (bukan saya mengutuk) saya tak confiden utk percayakannya atas alasan tiada latar belakang pengajian yang mencukupi (si bilal). So, pada siapa nak bergantung nanti??

    Budak2 muda yang tinggal di kg memang boleh ditunjukajar…tapi setakat mana??
    Secara jujurnya..saya lihat seolah2 ajk2 kg tidak ingin melihat adanya pemimpin pelapis dalam kg. kenapa tidak dilantik imam no 4 dari kalangan org muda? kenapa tiada bilal no3 di kalangan org muda? kenapa bila JKKK bermesyuarat, budak2 muda ini diketepikan??

    saya mohon prihatin daripada cikgu,,ambil serius perkara ini.. bukan saya tak nak tolong,,tapi dah malas dengan mentaliti org2 kg yang tak nak berkembang..
    dan terlalu suka mengambil jalan tengah untuk ‘berjaya'(jadi cikgu!!)

    Dari Kemuskilan yang dinyatakan di atas, insya Allah kalau saya boleh jawab saya jawab.
    Apa masalahnya dengan jadi cikgu… Ke ada orang tolak pinangan cik Din kerana cik Din bukan cikgu… gitu…?
    Bukan semua anak orang Relong yang lepasan pelajaran tinggi jadi cikgu… Mungkin cik Din nampak gitu kerana ramai yang graduate kerja kat sekitar kampung ini jadi cikgu… Ramai juga yang jadi kerja lain.. Ada pegawai PTD, Pegawai Kastam, Pensyarah Universiti, ada jurutera, ada jadi arkitet, kerja sendiri, agen takaful etika dan yang Kg Relong belum produce lagi ialah Doktor Perubatan.. tapi mereka semua ini tidak tinggal di sekitar Relong itu aje…
    Bab isu ke 2. Mungkin cik Din tak perasan kot. Orang muda yang jadi Imam ada.. Ust Muhammad Ali, Ust Nasran, dan insya Allah Ust Nain… mereka orang muda belaka, malah kelulusan Universiti lagi.. yelah semuanya cikgu lah.. apa nak buat.
    Tentang bilal, salah seorang bilal yang ada tu muda…. Kalau cik Din nak jadi bilal itu boleh diatur.. Nanti bulan Ramadhan.. tunjukkanlah kebolehan jadi bilal masa tarawikh… Tapi tak boleh lah nak lantik bilal dari kalangan anak muda yang tak pandai ngaji Quraan.
    Kalau cik Din nak tolong, sua kan muka ke masjid selalu…. jadi kita boleh lantiklah…
    Untuk pengetahuan cik Din mentaliti orang Relong tahun 70’an dahulu lagi teruk.. tapi saya tak kisah, saya usaha hinggalah ketahap ini.. Kalau ada tenaga muda nak tolong, anda dialu-alukan.. memang kita kekurangan tenaga dan kekurangan ilmu pengetahuan. Kongsikan kehebatan anda cik Din demi memajukan kampung Relong…. You are welcome..
    Bab JKKK itu saya tak nak campur… tanyalah cikgu Ishak untuk memahaminya, tanyalah cikgu Haji Suhaimi… mereka boleh berikan anda kefahaman…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: