Skip to content

Nota

Januari 23, 2010

Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kakiBerguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Inilah satu peringatan kepada para guru sekelian. Kalau guru tidak mengajar dengan betul maka kesannya adalah perkembangan pembelajaran anak didik akan terbantut. Analoginya adalah sebagai bunga yang tak jadi kembang. Oleh itu untuk memulakan sesi pengajaran diawal tahun ini biasanya aku akan memulakan dengan sedikit penegasan tentang Kemahiran Belajar dan Motivasi. Agar anak-anak didik aku nanti akan berkembang ilmu dan pengetahuannya supaya menjadi orang-orang yang berilmu.

Biasanya bagi dua tiga waktu pengajaran di awal tahun aku akan mengajar cara membuat nota pelajaran. Daripada pemerhatian yang aku buat aku dapati nota yang dibuat oleh anak-anak murid lazimnya tebal, setebal buku ulangkaji. Ini bukan penulisan nota tetapi proses menyalin semula buku rujukan. Sebenarnya anak-anak murid ini tidak pernah diajar secara serious tentang cara membuat nota mata pelajaran.

Sebenarnya, cara membuat nota yang baik telah diajar oleh guru-guru bahasa, baik guru bahasa Melayu atau guru bahasa Inggeris. Guru-guru bahasa telah mengajar ringkasan karangan, summary atau rumusan. Oleh itu kemahiran membuat ringkasan, rumusan atau summary itu boleh digunakan untuk membina nota mata pelajaran lain. Sekiranya guru dapat mengabungjalinkan kemahiran membuat rumusan dan membina nota mata pelajaran, murid akan dapat dua keuntungan. Pertama, murid meningkatkan kemahiran membuat rumusan dalam pelajaran bahasa dan kedua, murid akan mendapat nota yang baik. Oleh itu para guru sekelian buatlah kolaborasi antara guru bahasa dengan guru mata pelajaran lain dalam menajamkan kemahiran membina nota dikalangan anak didik kita.

Aku suka melihat nota yang dibuat oleh anak muridku dalam empat bentuk. Kalau boleh setiap tajuk mempunyai empat jenis nota ini. Pertama, senarai kata kunci yang diambil dari tajuk yang berkaitan. Murid hendaklah mencari makna atau definisi kepada kata kunci yang terdapat dalam sesuatu tajuk. Kedua, satu salinan peta konsep atau peta minda bagi tajuk yang berkenaan. Salinan peta konsep boleh didapati dari buku teks atau  buku rujukan atau buku ulangkaji. Ketiga ialah nota ringkas yang disalin oleh murid hasil dari catatan di papan putih atau power point yang dibuat oleh guru. Keempat ialah koleksi beberapa soalan objektif yang sesuai serta dengan jawapannya. Koleksi soalan struktur dan soalan esei juga hendaklah dimasukkan dalam nota. Jangan lupa melampirkan jawapan kepada soalan struktur dan soalan esei itu. Itulah empat betuk nota yang patut disediakan secara sepadu oleh setiap murid bagi sesuatu tajuk mata pelajaran.

Mengapa kata kunci mesti difahami?  Dengan memahami konsep yang dibawa oleh sesuatu istilah maka mudahlah penjelasan atau penerangan bagi konsep itu dibuat apabila ia perlu digunakan. Bagi para guru yang berpeluang menanda kertas peperiksaan, mereka faham tentang kepentingan penguasaan konsep bagi sesuatu istilah.

Peta Konsep atau peta minda dapat membantu sesuatu konsep atau idea dikaitkan dengan keseluruhan tajuk. Perkaitan antara konsep dapat ditunjukkan dalam peta konsep. Idea sepenuhnya bagi sesuatu tajuk dapat digambarkan pada satu muka surat kertas. Masa kini peta konsep mudah didapat didalam buku teks atau buku ulangkaji. Hanya cara penggunaannya sahaja perlu diajarkan kepada murid.

Nota-nota yang disalin dari pengajaran guru atau catatan hasil perbincangan dikalangan murid akan dapat menjelaskan perkaitan yang diterakan dalam peta konsep. Disamping itu nota dapat menjelaskan konsep-konsep, menyatakan fakta, teori dan hukum dalam sesuatu tajuk pembelajaran.

Soalan-soalan yang disertakan dapat memantapkan lagi kefahaman tentang tajuk yang berkaitan. Koleksi soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan akan lebih menjelaskan tentang konstruk yang biasanya disoal. Contoh jawapan kepada soalan akan dapat memandu murid tentang cara menjawab soalan dengan betul. 

Setakat ini dahulu kiriman kali ini, kiriman berikutnya akan menjelaskan bagaimana motivasi dibuat untuk menggalakkan anak-anak didik ini sedar diri dan bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai murid. Sekian. TK

One Comment leave one →
  1. Januari 24, 2010 10:54 am

    Sungguh bermakna tulisan sebegini untuk pengayaan ilmu para guru. Guru harus bersedia meningkat ilmu, kalau tidak melalui pengalaman pun melalui bacaan dan panduan yang banyak boleh diperolehi.

    Untuk melengkapi pengalaman berguna, lalui lah kehidupan manusia yang bernama ‘cikgu’ ini sebaik dan seikhlas mungkin… ternyata ianya menghasilkan madu yang bukan saja manis tetapi berkhasiat.

    Teruskan ye tuan !

    Terima kasih atas kunjungan… Semoga silaturrahim di atas talian ini dapat berkekalan… Saya akan cuba berkongsi pengalaman yang pernah saya lalui sepanjang berkhidmat sebagai guru penolong, guru penolong kanan, pengetua, guru cemerlang, penyumbang khidmat kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia, Bahagian Perkembangan Kurikulum, JPN Pahang dan PPD Lipis. Hanya saya sekadar memberi, terpulang kepada mereka yang memerlukan untuk mengambil manfaat. Sekian TK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: