Skip to content

Pendorong

Januari 26, 2010

We can bring the horse to the water, but we cannot make sure the horse drink the water. This is the arabic proverb that I used to tell my students about motivation.  Sesungguhnya aku boleh merangsang murid-murid aku untuk belajar dengan menggunakan berbagai pendekatan tetapi aku sama sekali tidak dapat mempastikan sama ada mereka belajar atau tidak.

Antara kaedah merangsang pebelajaran anak-anak muridku, aku meminta setiap orang menulis target yang mereka hendak capai dalam peperiksaan awam nanti (PMR, SPM, STPM atau STAM). Aku minta mereka menghantar target mereka kepada aku. Berdasarkan target itu, aku  akan membuat perbincangan dengan murid berkenaan sambil meminta mereka memperbaiki  target itu supaya diubah kepada yang lebih tinggi dari target yang pertama.

Penyesuaian target itu dibuat berdasarkan Take Off Value (TOV) yang diperolehi dari peperiksaan akhir tahun bagi tahun sebelumnya. Setelah selesai perbincangan aku akan meminta setiap murid membuat tiga salinan target itu. Salinan pertama akan diserahkan kepada guru untuk difailkan. Salinan kedua akan disimpan oleh murid berkenaan dan salinan ketiga akan diserahkan kepada ibubapa murid berkenaan.

Aku miminta muridku ini duduk bersimpuh dihadapan ibubapa mereka sambil menyerahkan kertas target sambil meminta ibu atau bapa mereka sama-sama sentiasa meningatkan agar muridku itu berusaha untuk mencapai target yang ditulis itu. Aku minta ibubapa murid-murid aku ini berkongsi usaha dan rasa demi sebuah kejayaan anak tercinta.  Di sini ibu dan bapa diharapkan akan menjadi motivator secara berterusan. The mother dan the father will act as external motivator by remainding their son or daughter to work hard in order to acheive their terget. Jika ibu bapa sentiasa memberikan ingatan ini maka anak-anak mereka akan sentiasa ingat dan sedar untuk berusaha. Sebab ibubapa sentiasa bersama dengan anak mereka lebih daripada 14 jam sehari semalam (kecuali yang tinggal di asrama) Jadi aku kelaskan aktiviti ini sebagai motivasi luaran.

Aktiviti luaran tidak cukup untuk mencipta kejayaan seseorang anak. Lebih dari itu murid memerlukan motivasi dalaman. Motivasi dalaman adalah gerak kesedaran yang datang dari dalam diri anak itu sendiri. Untuk menimbulkan kesedaran dalaman ini, murid perlu mengenali tanggungjawab serta amanah yang dipikul. Sedarkan anak-anak murid ini siapa mereka.

Sekiranya mereka anak orang susah, sedarkan mereka bahawa mereka perlu membela nasib keluarga. Kalau mereka anak orang senang, ingatkan mereka bahawa kesenangan itu milik Allah SWT, bila-bila masa Dia boleh tarik kesenangan itu atau kesenangan itu bukan selamanya milik anak itu tetapi dia senang kerana ibubapanya.  bagaimana kalau ibu bapa tiada?

Sedarkan mereka sekiranya mereka anak sulung, anak sulung perlu set examples kepada adik-adiknya. Kalau anak bongsu perlu mengambil contoh teladan dari kakak dan abang yang berjaya. Kalau tiada adik beradik yang berjaya, cari dan contohilah saudara mara yang ada. Kalau tiada juga ambillah mana-mana guru sebagai contoh insan berjaya dalam pencarian akademik yang ada. Semua ini aku kira sebagai intrnal motivation..

Apabila anak-anak berkeinginan untuk belajar, kerja guru menjadi senang. Guru hanya perlu memberikan panduan serta membimbing anak murid menujuk kejayaan. Yang susahnya ialah apabila anak tidak ambil kesah tentang belajar… Inilah yang sukar diatasi..

Motivasi dalaman dan luaran merupakan PENDORONG kepada berusahanya seseorang anak itu kearah kejayaan dan kecemerlangan… Ia berpunca dari kesedaran dari dalam diri seseorang. Tidak boleh dipaksa atau ditekan. Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: