Skip to content

Menyorot Pencen

Februari 6, 2010

Tulisan aku kali ini berdasarkan pemerhatian yang aku lakukan di kawasan tempat aku tinggal dan persekitarannya. Subjek yang aku perhatikan adalah dikalangan para pendidik atau guru yang bersara. Aku tak buat pemerhatian terhadap mereka yang pencen dari pekerjaan lain. Saja aku buat tajuk seperti di atas, walaupun rasanya intisari perbincangannya nanti berkaitan dengan cerita orang pencen juga. Kalau pemerhatian aku ini tak tepat diharapkan orang pencen yang lain boleh bantu betulkan.

Apabila seseorang itu bersara, maka tiada lagi dia membuat kerja rutin. Kalau guru bersara ertinya dia tak perlu lagi ke kelas atau ke sekolah untuk mengajar. Harap perhatikan gelagat pesara mengikut kumpulan berikut:

Pertama, golongan pesara dari kumpulan guru akademik sains dan matematik. Kumpulan ini sebenarnya adalah kumpulan yang mempunyai pasaran. Ramai yang boleh buka kelas tuysen bagi membantu anak-anak yang memerlukan pengajaran dalam bidang sains dan matematik. Kalau tinggal di kawasan bandar, besar pasaran dan permintaan…Lakulah. Tapi kalau tinggal di luar bandar susah sikit…

Kedua, golongan pesara dari kumpulan guru akademik bahasa (Melayu dan Inggeris). Ramai orang nak pastikan anak mereka skor dalam bahasa. Oleh itu mesti ada permintaan tapi masih dalam bidang mengajar… Masih jadi cikgu. Kalau hidup dikawasan orang kaya-kaya ada peluang untuk menambah pendapatan tetapi kalau duduk di kawasan orang susah berfikirlah untuk membantu secara sukarela. Tak dapat duit tambahan tak mengapa asalkan dapat menambah pahala yang merupakan kredit yang akan dibawa ke alam akhirat nanti. Beroleh pahala itu juga merupakan satu bentuk pendapatan yang ramai orang tak faham maksud dan tujuannya. Golongan materialistik tidak nampak ketuntungannya. 

Ketiga, golongan pesara dari kumpulan guru Pendidikan Islam. Kumpulan ini terkhusus. Dari pemerhatian yang aku buat aku dapati mereka adalah golongan yang mendapat cukup luas pasarannya. Golongan ini boleh meneruskan pengajaran tetapi bukan di sekolah sebaliknya di Masjid. Ada yang bertukar profesion dari guru sekolah menjadi imam masjid, menjadi juru nikah, menjadi pendakwah bebas. Kumpulan ini memang diperlukan oleh masyarakat untuk membantu menyemarakkan institusi agama.

Ingatan kepada saudaraku para guru yang masih bertugas.. Kalau nak mudah hidup selepas tarikh bersara, buatlah persediaan dari awal, beberapa tahun sebelum bersara. Biasa-biasakan diri ke Masjid. Tambahkan ilmu agama. Dapatkan kemahiran “beragama”. Apakah kemahiran maksud “beragama” itu? Mudahnya ialah, sebagai orang Islam di Malaysia ini, kita mesti mahir bertahlil dan boleh membawa orang bertahlil, boleh melaungkan azan dan iqamah. Boleh mengetuai majlis bacaan Yaa Siin serta berdoa yang berkaitan, kalau hebat lagi boleh berkhutbah jumaat, boleh berceramah agama. Sekiranya persediaan dibuat dari awal terhadap beberapa kemahiran beragama ini aku rasa hidup anda sebagai pesara akan bahagia. Kehidupan anda akan dihargai oleh masyarakat dan kehadiran anda dalam masyarakat akan lebih bermakna.

Apa yang penting adalah membantu masyarakat dalam mengembangkan ilmu pengetahuan. Ingatlah belajar itu proses sepanjang hayat. Besara bukan ertinya berhenti belajar dan bukan juga bererti berhenti mengajar. Besara hanya berhenti buat kerja rutin akibat menjadi penurut kepada arahan orang atasan. Apabila dah bersara tiada lagi pematuhan kepada pekeliling iktisas dari KPM. Hilang satu bab penyebab pening kepala. 

Bagi mereka yang tidak bersedia memberi sumbangan kepada masyarakat, menyertai aktiviti masyarakat setempat, menambah ilmu agama dan sebagainya, akan jadilah dia kera sumbang. Tinggallah dia dalam kepompong nostalgia persendirian. Hidup bersara tidak ceria akhirnya hidupnya akan merana serta bahagia tidak datang menyapa… Sekian TK

 

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Ogos 6, 2010 8:22 am

    Tahniah atas tulisan ini
    atas ingatan ini
    amat murni
    saya terpanggil bagi insafkan diri ini
    bakal pesara satu masa nanti

    Salam

    Tg. Malim
    6 Ogos 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: