Skip to content

SK Jerangsang

Februari 12, 2010

Kampung Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang adalah sebuah kampung diperjalanan dari Benta ke Jerantut. Ini adalah kampung asal dua orang sahabat aku semasa sama-sama belajar di Remove Class dahulu. Saudara Osman Hamid dan saudara Saedan Karim. Kedua-duanya kini tinggal di Kuala Lumpur. Bahari Muhammad, Baharuddin Petah, Cikgu Farid adalah juga orang yang berasal usul dari kampung ini.  Itulah sebahagian dari rakan dan kenalan aku dari Kampung Jerangsang.

Aku dimaklumkan bahawa setelah 52 tahun merdeka, kampung ini masih agak ketinggalan. Ini dapat dibuktikan dengan bekalan air paip dari JBA selalu tiada. Paip air keluar angin sahaja, manakala airnya tiada. Inilah keadaan yang amat mendukacitakan. Disamping itu masalah perkhidmatan bas juga amat menyedihkan terutama yang melibatkan laluan ke Kg Kerambit melalui Kampung Atong (Tempat Tan Sri Yahaya dari Terengganu jatuh helikopter dulu). Diharapkan YB Sofi Razak, tok wakil di DUN Benta, tolonglah orang-orang kampung ini.

Aku ke SK Jerangsang kerana dijemput berceramah kepada murid tahun 4, 5 dan 6 pada hari Sabtu 6 Februari yang lalu. GPK 1 sekolah berkenaan minta aku memberi ceramah tentang Kesedaran diri, Cara belajar dan membuat peta minda. Ceramah dimula 8.30 sehingga 9.30 dan sambung semula pada 10.00 sehingga 12.05.  Pada sesi pertama aku berbicara tentang kesedaran diri dan mengenali diri disamping ditambah sedikit dengan beberapa kemahiran belajar yang diperlukan oleh murid tahap dua sekolah rendah. Bagai sesi kedua aku sambung lagi dengan beberapa kemahiran belajar dan diakhiri dengan ceramah serta aktiviti membuat peta minda bagi mata pelajaran sains.

Aktiviti membuat peta minda adalah berdasarkan buku teks mata pelajaran sains sekolah rendah. Setiap kumpulan terdiri dari empat atau lima murid. Ada kumpulan yang hampir siap peta mindanya walau bagaimana pun ada juga kumpulan yang tidak siap aktiviti mereka. Saya mengharapkan guru yang berkenaan dapat meneruskan aktiviti membuat peta minda sehingga kemahiran itu dapat dikuasai oleh murid-murid berkenaan. Sesungguhnya kemahiran itu sangat penting bagi mereka yang akan menyambung pembelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. 

Guru Besar SK Jerangsang yang menjemput aku untuk memberi sumbangan ke sekolahnya ialah Tuan Haji Ali Jamaluddin. Beliau pernah berkhidmat di bawah aku semasa aku menjadi Pengetua SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis, sekitar tahun 1995 hingga 2001 dahulu. Beliau adalah guru sains ketika itu. Seorang lagi guru yang biasa dengan aku dan aku memang kenal ialah guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan. Hajah Bainun Noriah Muhamad Tahir, aku kenal sejak dia di tingkatan tiga SMK Budu tahun 1974 dahulu. Masa itu aku ialah guru sementara di sekolah itu. Sekurang-kurangnya pemergian aku ke SK Jerangsang itu dapat mengeratkan silaturrahim dengan murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan.

Kepada rakan ku saudara Saedan Karim yang kini mengajar di Kuala Lumpur, diharapkan balik-baliklah selalu ke Kampung Jerangsang dengan membuat sumbangan berbentuk motivasi kepada murid-murid SK Jerangsang. Aku merasakan anda lebih sesuai kerana anda adalah merupakan “life example” kepada anak-anak orang Kg Jerangsang. Semoga kiriman ini dapat dibaca oleh anak-anak Jerangsang di perantauan terutama mereka yang berjaya dalam kehidupan dan boleh menjadi contoh teladan yang lebih baik. Sekian TK

2 Komen leave one →
  1. janasir permalink
    Mac 11, 2010 10:10 pm

    Tahniah kpd Hj. Ali (kawan keh juga semasa SMK Budu) kerana mengundang tuan bagi motivasi. Cikgu Shaedan tu dikenali juga nama Dore. Hajah Bainun tu sekampung juga masa keh di Budu. Seronok juga baca cerita tuan kerana dapat meningati nama-nama tersohor kampung seperti Cikgu Baharudin Petah dan Cikgu Farid Yaakub. Tk

    Harap tuan tolong jugalah orang jerangsang tu. Hubungan Haji Ali Jamaluddin untuk bagi sumbangan. Kekadang kawan-kawan kita yang berjawatan ini perlu sangat sokongan dari rakan-rakan yang seangkatan. Saya kira tuan sangat arif tentang perasaan ini. Biasanya perasaan ingin minta tolong itu tidak kesampian ketika kita menghadapi situasai pentadbiran.

  2. azmy ahmad nikman tok muda mohd piah permalink
    November 2, 2011 11:29 pm

    saya masih ingat keadaan SK Jerangsang sekitar 1973. Saya sekadar balik ke kg Aki & Wan. Tahniah kpd guru2 yg ingin berbakti kpd anak murid yg dahagakan ilmu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: