Skip to content

MKR – Motivasi Remaja

Februari 17, 2010

Matlamat.  Atas rasa tanggung jawab orang yang lebih tua untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada remaja maka Biro Pendidikan dan Dakwah Badan Kebajikan Masjid Kampung Relong menganjurkan satu program yang dinamakan Motivasi Remaja. Program ini juga diharap  akan dapat membekalkan pengetahuan serta kefahaman kepada mereka yang terlibat tentang wawasan hidup setiap manusia muslim. Mereka juga akan didedahkan dengan senario tentang remaja semasa dan juga pengetahuan asas agama yang perlu ada pada setiap remaja yang akan mengharungi kehidupan seterusnya.

Program ini juga adalah bertujuan untuk menghebahkan maklumat dan aktiviti masjid kepada kumpulan sasaran dari tingkatan 4, 5, 6 serta mereka yang menunggu keputusan SPM dan STPM/STAM. Program ini juga adalah merupakan usaha awal untuk mendekatkan  mereka kepada aktiviti amal soleh yang dianjur oleh masjid.

Waktu pertemuan bagi program pengenalan ialah pada hari Khamis, 18 Feb 2010 (4 Rabiul Awal 1431H). Bermula jam 2.15 petang sehingga waktu solat asar. Bertempat di bilik kuliah Masjid Relong. Semua remaja yang termasuk dalam kumpulan yang disebutkan di atas dijemput hadir ke Masjid Kampung Relong.

Pengisian (1) Pendaftaran 2.15 petang, (2) Pengenalan dan Harapan – Haji Yusof bin Ibrahim, (3) Wawasan Hidup seorang Insan – Ust Nasran Haji Muhammad (4) Isu semasa remaja kini – Ust Zulqurnain Ali, (5) Konsep amal bagi remaja Islam – Ust Muhammad Ali (6) Rumusan program (7) solat asar berjemaah (8) jamuan dan bersurai.

Ceramah, perbincangan dan aktiviti akan mengambil masa 30 minit setiap satu. Insya Allah tidak mengantuk… Sekian TK

Sekiranya para penziarah blog ini ada cadangan untuk program seterusnya, anda boleh menulis cadangan dirungan komen…

———————————————————————————————————————

Tarikh: 18 Februari 2010, Hari Khamis, Pukul 2.30 hingga 4.30 petang:

Berlangsunglah Program Motivasi Remaja yang dirancang. Harapannya semoga yang datang lebih dari 30 orang, tetapi malangnya yang hadir hanya 21 orang. Murid perempuan 3 orang, itupun bukan anak orang Relong. Mereka anak cucu orang Relong yang tinggal diluar Kg Relong.

Dari sini bolehlah dibuat kesimpulan bahawa anak-anak remaja Kampung Relong (khususnya yang perempuan) kini sudah terlebih pandai, tidak perlu kepada bimbingan agama, tidak perlu kepada motivasi kerohanian. Pihak penganjur telah menghantar surat kepada setiap orang. Pada hari Jumaat yang lalu Tuan Imam telah membuat pengumuman di Masjid tentang program ini. Apakah mungkin anak remaja Relong tak pandai baca surat, tak mungkin surat tak sampai. Mungkin juga bapa yang hadir ke Masjid, Jumaat lalu tidak pandai mendengar pengumanan atau mungkin semua mereka terlupa… Ada juga kemungkinan ramai yang tidak cakna kepada program pembaikan laluan hidup insan. Serta banyak lagi mungkin..

Memang sukar untuk mengajak orang buat baik. Atau mungkin ramai yang takut anak mereka jadi alim. Mereka lupa saranan daripada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum terhadap pemuda (remaja) yang tidak didapati pada dirinya keruntuhan moral dan akhlak.” (Riwayat, Ahmad dan Abu Ya’la)

Mungkin ibubapa mereka tidak mahu anak mereka selesa pada hari Mahsyar seperti yang di isyaratkan oleh Rasulullah SAW; “Tujuh jenis manusia yang mendapat lindungan ‘Arasy daripada Allah SWT di Mahsyar kelak, yang mana dihari itu tidak ada sebarang perlindungan selain daripada yang disebut. Salah satu darinya ialah ‘PEMUDA YANG SEPANJANG UMURNYA SENTIASA MENGABDIKAN DIRINYA KEPADA ALLAH SWT’. (Maksud hadis As-Syaikhani)

Elok aku berhenti setakat ini dulu, Insya Allah bulan Mac nanti waktu cuti sekolah kami akan buat program lagi. Kami sudah sepakat akan membuatnya sebulan sekali… Sekian TK.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: