SK Relong
SK Relong, adalah sekolah tempat aku mula-mula mengenal tulis baca. Aku masuk SK Relong tahun 1960, sebagai murid darjah satu. Dulu mana ada tadika atau pembelajaran pra sekolah seperti sekarang. Pra sekolah aku adalah di dalam sawah padi, di kebun getah atau di hutan belukar membuat perangkap dan jerat. Sehari sebelum masuk sekolah aku hanya kenal huruf ‘A’ dan ‘a’ sahaja. Oleh itu SK Relong memang merupakan tempat aku mengenal alam pembelajaran secara formal. Murid SK Relong datang dari empat buah kampung berhampiran, Kg Relong, Kg Bapong, Kg Ulu Teris dan Kg Berang (Kampung tempat aku dilahirkan).
Berikut adalah nama classmate aku, sepanjang aku belajar di SK Relong. Aku rasa senarai ini adalah betul. Lelaki: Hamid Akob, Ahmad Hadi, Yusof Muhamad, Mokhtar Derani, Manan Mat, Muhammad (Salleh) Ludin, Abdullah Haji Maulud, Lampang Markaban, Baharuddin Shafie, Omar Ali bin Othman, Abu Hassan Md Zain. Perempuan: Menah Latif, Aminah Ismail, Fatimah Musa, Siti Esah Sani, Siti Esah Choh, Mahani Kadir, Jeliah Sidek, Sabariah Kamis, Sabariah Gani, Jeliah Yusof, Khadijah Awang Chek, Ramlah Muhamad, Siti Rahmah Awang Chu. Kami meninggalkan SK Relong pada bulan Disember 1965. Kini kami semua sudah berumur mencecah 57 tahun. Ada yang sudah bercucu, ada yang meninggal dunia dan ada juga yang masih bujang.
Kampung Relong adalah kampung yang bertuah, kerana ramai anak-anak kampung ini yang berjaya, suka menabur bakti untuk kemajuan kampung ini. Di kampung ini juga ramai para pendidik (cikgu) dan suka memberikan sumbangan tenaga kepada peningkatan kemajuan pendidikan. Walaupun aku sudah bersara sebagai seorang guru, aku kini dilantik sebagai Penasihat aktiviti Biro Pendidikan JKKK Relong, Ahli Jawatan Kuasa Biro Pendidikan Masjid Relong dan Tenaga Pengajar Pusat Tuysen Relong-Rafulin.
Hari Sabtu yang lalu (13 Februari 2010) untuk kesekian kalinya aku dijemput untuk memberi motivasi kepada anak-anak murid SK Relong. Kumpulan sasarnya ialah kumpulan pemimpin kecil di SK Relong yang terdiri daripada pengawas sekolah, ketua darjah dan pengawas pusat sumber. Seronok juga melihat respon yang diberikan oleh anak-anak sekolah rendah ini ketika aku menyampaikan ceramah. Walau bagaimana pun ada murid yang tertidur dan jatuh dari kerusi semasa aku berceloteh itu. Seorang sahaja, yang lain aktif belaka.
Guru Besar SK Relong, aku kenal lama, semenjak aku mula menjadi Pengetua di SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis, tahun 1996 dahulu. Masa itu dia sudah menjadi Guru Besar. Beberapa orang guru SK Relong adalah murid-murid aku semasa mereka sekolah menengah. Oleh itu kerja aku mudah kerana understanding yang sudah wujud.
Sempat juga aku sembang-sembang dengan beberapa orang guru perihal sekolah masakini. Mereka mengeluh kerana peruntukan untuk membuat program bagi memajukan anak-anak sudah tiada. Peruntukan sudah dikurangkan, oleh itu aktiviti agak terbatas. Walau pun begitu SK Relong bertuah kerana mendapat sebahagian peruntukan daripada Program Pendidikan Relong-Rafulin. Memang pihak Biro Pendidikan JKKK Relong yang memegang amanah Peruntukan Program Pendidikan Relong-Rafulin sedia membantu program peringkat UPSR, PMR dan SPM.
Kepada anak-anak yang mendengar celoteh aku, seban tahun aku menyebut bahawa belum ada lagi anak Relong yang mengikuti program perubatan atau dalam bahasa mudah, belum ada anak Kampung Relong yang menjadi doktor perubatan dan akauntant serta belum ramai yang pergi belajar ke Universiti Al Azhar. Kalau ada pun baru tiga orang. Bidang-bidang lain kira dah ramai.
Semoga usaha yang dibuat dari masa ke masa ini dapat mendorong, menyedarkan serta menyedikan anak-anak ini bagi menerokai bidang-bidang yang belum ada wakilnya dihasilkan dari kampung yang bertuah ini. Sekian TK
Assalamualaikum Cikgu… sudah bersara namun masih aktif.. jarang ada bekas guru yang aktif menulis blog.. apatah lagi yang berasal dari nun jauh di lepeh… bangga rasanya…
Saya setuju dengan cikgu. Guru baru patut berkongsi idea dengan bekas guru. Sebagai contoh guru Matematik gagal menerangkan dengan jelas konsep Theorem Phytograf (c2=a2+b2)-(maaf, patut ada tanda kuasa dua )`Pengukuhan tak ada. Bila bebudak belajar kos, sin dan tan mereka gagal mengaitkan kedua2 konsep tersebut. Kalau bebudak ni faham konsep tu dgn jelas, P & P tambah menarik. Allahualam
Tahniah kerana masih belum ketandusan idea. Teruskan selagi boleh. Dah brp orang cucu. Anak kat UK dah balik?
cikgu, saya bekas pelajar sk Relong dari tahun. Sekarang saya baru berumur 16 tahun.
sy berminat untuk menyertai Pusat Tuysen Relong-Rafulin.
Salam,
Saya bersekolah ‘tumpang’ di SK Relong sekitar tahun 1975, sebelum saya masuk Darjah 1 di SRK Clifford. Itupun sebab mak & ayah saya mengajar di SK Relong tahun2 tu… Tak tau samada Cikgu kenal diorang atau tidak – Cikgu Ragayah & Cikgu Ahmad Rani. Lepas SK Relong, mak saya mengajar di SK Wan Ibrahim dan ayah saya di SM Clifford.
Kalau Cikgu ada menyimpan gambar SK Relong, saya harap Cikgu boleh berkongsi dengan saya…sebab saya nak tulis dalam Blog saya tentang pengalaman belajar di sini. Walaupun dah lama – 35 tahun…masih dalam ingatan. Cikgu Besar masa tu ialah Cikgu Suhaimi, rumah dia kat hujung padang sekolah.
Salam, Cikgu.
Ya…mak & ayah saya sekarang berada di Bentong – Perumahan Sg. Marong. Kalau boleh Cikgu bagitau apa nama Cikgu, nanti boleh saya khabarkan pada diorang. Cikgu Faridah tu sepupu saya. Sekarang dah pencen.
Amshida Rohayani Ahmad Rani
Jemput ke Jamuan hari raya 1 Relong pada 03 Sept ini
bawa ayahnda dan bonda, tentu seronok dapat jumpa dengan pelajar lama
SK Relong pun dah banyak berubah
jamuan mula 8.30 – 12.30 teghari……..
chegu kenal tak abdul manam mat dahan orang kg relong kawan lama saya. dulu pernah belajar ka SM Pdg Tengku tahun 1970-72. kalau kenal tolong dapatkan hp saya nak hubungi beliau. mat salleh hassan 0139333983