Skip to content

Sama Hingga ke Hujung Jari

Februari 23, 2010

Uniqueness of Human Fingerprints:  It is a well known scientific fact that no two sets of fingerprints are alike. Fingerprints are as unique as the individuals themselves. The Quraan indicates this fact in the following verse: (Surah Al Qiyamah [75] verse 3 and 4): “Does man think that We cannot assemble his bones? Nay, We are able to put in perfect order the very tips of his fingers.”  Note that the verse emphasizes the ‘tips of his fingers,” since it is implied that these are highly individual features. The Quraan stated this important facts more than 1400 years ago, while the modern world did not know about it until less than 100 years ago, that is in 1884, fingerprints come to be used for identification purposes in England.

Bertemu dengan fakta di atas dalam sebuah buku kecil keluaran PERKIM tahun 1967 [The Scientific Facts in The Quraan] menjadikan aku cuba mendalami beberapa tafsiran Al Quraan dalam simpanan aku. Untuk tatapan bersama aku cuba menyalin hurian dari setiap kitab tafsir yang berkait dengan dua ayat itu.

Ahmad Sonhadji Mohamad dalam tafsir Al ‘Abrul al Athir menerangkan sebab turun ayat ini kerana ‘Adi bi Rabi’ah mendatangi Rasulullah SAW seraya bertanya: “Ya Muhammad ceritakan kepada ku tentang hari kiamat, bila ia berlaku dan bagaimana keadaannya?” Lalu Baginda SAW menerangkan keadaan hari kiamat. Tetapi ‘Adi berkata lagi. “Kalau aku dapat melihat hari kiamat aku tidak mempercayaimu dan aku tidak akan beriman kepadamu, betapa Tuhan dapat mengumpulkan tulang belulang?” Maka turunlah ayat ini “Adakah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya?” (Ayat 3). Dan seterusnya Allah menyatakan dengan firman Nya untuk menolak dakwaan orang kafir itu. “Sebaliknya Kami berkuasa menseragamkan hujung-hujung jarinya.” (Ayat 4). Yakni: Kami (Allah) mampu! Sedangkan anggota-anggota manusia yang paling kecil iaitu hujung-hujung jarinya dapat Kami seragamkan apalagi anggota badannya yang lebih besar. Lafaz bananah ertinya “hujung-hujung jarinya” dikhaskan disebut disini adalah menunjukkan bentuknya yang sangat ajaib, yang begitu halus dan rapi susunannya disamping terdapat rajah dan jaluran. Kerana rajah dan jaluran jari jemari setiap orang tidak sama. Lantaran itu pula untuk menjadi pengenalan diri seseorang itu diambil cap ibu jarinya. Jelasnya cap jari manusia itu diambil, untuk tujuan penyiasatan dalam sesuatu kes lalu dijadikan bukti.

Dr Wahbah al Zuhaily dalam Tafsir Al Munir (Juz 29 bagi Surah Al Qiyamah) menerangkan Sebab Turun Ayat 3 dan 4. Diriwayatkan bahawa ‘Adi bin Rabi’ah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Muhammad, ceritakan kepada ku tentang hari kiamat, bilakah ia berlaku?”  Lalu Rasulullah SAW memberitahu kepadanya. Namun ‘Adi terus menyatakan pendiriannya. Ia berkata: “Seandainya hari itu dapat ku lihat (dengan biji mataku) aku tidak mempercayainya. Aku tidak akan beriman dengannya. Bagaimana mungkin Allah akan mengumpul segala tulang belulang setelah ia hancur dan berselerakan?” Bersempena itu turunlah firman Allah SWT (yang bermaksud) “Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bukan sebagaimana yang disangka itu), bahkan Kami berkuasa menyusun semula dengan sempurna jari jemarinya.” (al-, 75: Ayat 3 dan 4). 

Maknanaya: Adakah manusia merasa ragu tentang keupayaan Allah SWT menghimpun segala tulang belulang mereka setelah ia reput dan hancur, kemudian Allah menciptakan semula seperti makhluk baru. Anggapan tersebut mutlak silap dan batil. Allah pasti akan mengumpulkannya, bahkan Allah berkuasa ketika hari kebangkitan mengembalikan kesemua tulang belulang yang terpisah-pisah, tulang-tulang kecil dan bahagian yang halus, iaitu tulang yang dihujung jari dan sendi-sendinya. Firman Allah SWT: “Qadiriin” (berkuasa) adalah sebagai penegasan terhadap kekuasaan Allah SWT. Ini kerana adalah suatu yang mustahil mengumpulkan segala tulang belulang tanpa keupayaan dan kudrat yang sempurna seperti yang ditegaskan dalam Firman Allah SWT (yang bermaksud): “Menyusun semula dengan sempurna jari jemarinya.” (Ayat 4).  Justeru, pihak yang mampu menghimpunkan dengan sempurna jari jemari dan sendi yang kecil serta lembut sudah pasti mampu pula menghimpunkan tulang belulang dan sendi yang lebih besar. Disebutkan secara khusus “al Banan” (jari jemari) kerana ia adalah bahagaian anggota terakhir sebagai pelengkap kesempurnaan jari jemarinya. Kesempurnaan penciptaan bahagian ini melambangkan kesempurnaan penciptaan seluruh anggota.

Apa yang penting adalah manusia akan dibangkitkan di akhirat nanti adalah sama seperti dirinya ketika didunia ini. Sehingga ke hujung-hujung jarinya adalah sama.  Ciri-ciri pengenalannya adalah sama. Lorek-lorek yang terdapat di kulit hujung jari adalah sama. Dalam lain perkataan cap jarinya di akhirat nanti adalah sama dengan cap jari didunia. Oleh itu tanda-tanda maksiat di dunia yang mempunyai bekas cap jari atau sebagainya akan menjdi bukti kukuh di akhirat kelak. Ini merupakan satu lagi bukti bahawa anggota badan manusia seperti tangan dan kaki menjadi saksi sewaktu berlakunya perbicaraan di mahkamah Rabbul Jalil. Seperti yang di isyaratkan dalam Surah Ya Sin (36) ayat 65; “Pada hari itu, Kami tutup mulut mereka, tetapi tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka perbuat.” Ini merupakan peringatan Allah SWT kepada manusia. Adalah mudah bagi Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk membuat apa yang Dia kehendak. Itu adalah kekuasaanNya. Manusia awal-awal lagi diberi peringatan melalui ayat-ayat Al Quraan dan huraian oleh Sirah Rasulullah SAW. Semoga kita mendapat iktibar, hidayah dan peringatan dari Allah SWT. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: