Skip to content

SK Kechor Tui

Februari 27, 2010

Aku tahu tentang kewujudan sekolah ini semenjak 1963. Ketika itu abang ipar aku menjadi Guru Besar sekolah itu. Walau bagaimana pun masa itu bangunan SK Kechor Tui bukan ditempat sekarang tetapi di atas sebuah bukit yang di panggil Bukit Kubu. Dikatakan disitulah Tok Gajah dan Mat Kilau pernah berkubu. Setelah beberapa tahun berlalu bangunan baru SK Kechor Tui dibina di atas tapak sekarang. Bangunannya terletak ditepi jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Aku sudah beberapa kali dijemput menyampaikan ceramah di sekolah ini. 

Kebanyakan ahli masyarakat kampung Kechor Tui di sini adalah terdiri daripada orang yang kaya kerana di dalam tanah diperkampungan ini banyak emas. Walau pun begitu masyarakat di kampung ini kurang dalam hal yang berkaitan dengan agama. Kini kampung ini mengalami masalah tiada orang yang boleh menjadi  imam untuk solat jemaah dan jumaat. Imam yang dulu berhenti berhenti kerana ada makmum yang mempertikaikan beliau. Mujur ada ustaz yang mengajar di SK Kechor Tui yang boleh menjadi imam untuk solat jumaat. Kalau tidak kampung ini terpaksa menimport imam dari luar setiap hari jumaat. Masalah ini akan dihadapi juga oleh kampung lain sekiranya ibu bapa masa kini mengabaikan pendidikan agama Islam kepada anak-anak mereka. Kalau ibu bapa enggan menghantar anak mereka ke sekolah agama, inilah nanti akibat yang pasti berlaku.

Aku telah diminta untuk memberi motivasi bagi murid tahun enam. Terdapat 17 orang murid tahun enam yang mengambil UPSR tahun ini. Dalam ceramah dan aktiviti aku berikan penekanan kepada penguasaan aspek 3M (menulis, membaca dan mengira) dikalangan murid-murid. Kalau ada yang tidak mampu menguasai 3M masa kini, aku beri tempoh setakat pertengahan tahun ini. Aku minta para guru mempastikan setiap murid menguasai 3M sebelum akhir bulan Jun nanti. Bagi aku maksud mengira ialah tahu sifir satu hingga 12 sebelum pertengahan tahun 2010 ini. 

Perkara kedua yang aku minta ialah Buang satu M (malas). Malas tiada ubat. Untuk buang malas setiap murid mesti ada kesedaran. Kesedaran yang paling penting dan baik ialah kita sedar bahawa diri kita adalah miskin harta dan kita miskin ilmu. Kesedaran tidak cukup sekadar sedar tetapi mesti diikuti dengan keinsafan diri bahawa diri ini miskin harta dan miskin ilmu. Persoalannya bagaimana untuk menimbulkan sedar dan insaf itu di dalam diri anak-anak murid ini. Kerja ini tidak  boleh dibuat secara ONE OFF sahaja. Kerja ini perlu dibuat secara berterusan dalam jangka masa tertentu. Kalau ikut pendapat sahabat aku (seorang Ustaz yang boleh mengajar Bahasa Inggeris dan Prinsip Akaun) mengatakan kena buat 40 kali. Ustaz ini minta saya dan rakan-rakan buat kajian tentang angka 40 ini. Oleh itu sekiranya ada usaha untuk memberikan kesedaran dan keinsafan kepada murid ini perlu buat 40 aktiviti yang berulang-ulang bagi menanam kesedaran dan keinsafan diri tentang miskin harta dan ilmu ini. 

Dibahagian akhir ceramah aku tetap mengingatkan tentang wawasan hidup insan iaitu permohonan kita untuk mendapat kebahagiaan di dunia, kebahagiaan di akhirat dan dijauh oleh Allah SWT daripada api neraka. Wawasan ini perlu sentiasa diingatkan bukan hanya kepada anak-anak murid tetapi juga kepada semua orang Islam. Inilah permohonan asas yang perlu dibuat dan diusahakan oleh setiap orang Islam.

Sempena orang menyambut MAULIDUR RASUL aku ingin menyarankan kepada setiap rumah orang muslim mesti mempunyai sekurang-kurangnya senaskah terjemahan Al Quraan dan sebuah buku sirah Rasulullah SAW.  Tak kenal maka tak cinta. Manusia muslim wajib cinta kepada Allah dan Rasul Nya melebihi cinta kepada manusia dan perkara-perkara yang lain. Lihatlah ancaman kefasikan dari Allah SWT kepada mereka yang mencintai perkara lain melebihi cinta kepada Allah dan Rasul Nya. (Surah at Taubah ayat 24). 

“Katakanlah! Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang engkau sukai, lebih engaku cintai daripada Allah dan Rasul Nya dan dari berjihad dijalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”

Sekian untuk kiriman kali ini. Sekian TK.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. Mac 23, 2010 11:26 pm

    Salam. Terima Kasih kerana sudi menyampaikan motivasi di sk kechor tui…

    Sama-sama, tidak ada masalah untuk menolong orang yang memerlukan pertolongan. Hanya kadang-kadang masa tidak mengizinkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: