Skip to content

Gembira Lagi

Mac 11, 2010

Hari ini 11 Mac 2010, keputusan SPM diistiharkan. Bagi aku yang sudah bersara sebagai seorang guru, aku masih tetap menanti tarikh ini dengan penuh minat. Tahun 2009 dahulu keputusan SPM 2008 diistihar pada 12 Mac, tahun ini keputusan SPM 2009 diistihar pada hari ini 11 Mac. Aku ke SM Agama Padang Tengku pukul 10.00 pagi tadi untuk mengambil keputusan SPM anak aku.

Tahun lepas (2009) aku bergembira kerana mata pelajaran yang aku ajar, Biologi dapat 100% dan ramai murid aku yang mengambil mata pelajaran Sains mendapat 1A. Cerita tahun ini berbeza pula. Pertama, anak aku sendiri mendapat keputusan SPM. Walau pun tidak tergolong dalam golongan yang cemerlang tetapi aku sangat berpuas hati atas keputusan SPMnya. Kedua mata-mata pelajaran yang aku ajar mendapat 100%. Ketika itu (2009) aku masih mengajar di SMK Padang Tengku (belum bersara).

Selepas Hari Raya Edul Fitri 1430H yang lalu,  (ketika itu aku sudah bersara) aku diminta oleh dua buah sekolah untuk membantu mereka menyediakan murid SPM kerana guru-guru mata pelajaran Sains dan Biologi sekolah mereka cuti bersalin. Bagi SM Agama Padang Tengku (tempat anak aku belajar), guru yang  cuti bersalin mengajar Biologi dan Sains. Bagi SMK Seri Lipis, guru yang cuti bersalin ialah guru Biologi. Memandangkan murid-murid di sekolah-sekolah ini perlu dibantu, aku menyediakan diri untuk membuat sumbangan.

Di SM Agama Padang Tengku, aku dapati murid-muridnya tidak belajar beberapa tajuk, baik biologi atau pun Sains. Aku maklum bahawa waktu untuk mereka belajar sesuatu mata pelajaran tidak sebanyak waktu belajar di Sekolah Harian. Langkah pertama, aku terpaksa selesaikan dahulu masalah itu. Kemudian aku menumpukan kepada kemahiran menjawab soalan peperiksaan. Aku membuat kelas pagi, petang dan malam mengikut jadual yang diberikan oleh pihak sekolah.

Aku sangat bergembira dan bersyukur kerana dapat membantu anak-anak di SM Agama Padang Tengku ini. Pagi tadi ketika aku mengambil keputusan anak aku, aku sempat juga melihat keputusan keseluruhan sekolah terutamanya mata pelajaran yang aku ajar. Biologi, keputusannya 100%, dengan seorang mendapat A daripada 17 orang calon. Sains pula 7 orang mendapat A+, 16 orang mendapat A dan 16 orang mendapat A- (39 mendapat A dari 87 calon- 44.8%). Hanya 2 calon mendapat D dan tiada calon mendapat E.

Memahami keadaan kekurangan waktu belajar dikalangan murid sekolah agama, pada tahun ini aku membuat persediaan awal dengan menyudahkan sukatan pelajaran secepat mungkin. Setakat ini Biologi aku sudah selesaikan semua tajuk tingkatan empat. Mata pelajaran Sains pula aku sedang cuba selesaikan semua tajuk yang belum diajar. Insya Allah sebelum akhir bulan April ini akan dapatlah ditamatkan semua tajuk tingkatan empat.

SMK Seri Lipis juga menghadapi masalah yang sama akhir tahun 2009, iaitu guru Biologinya cuti bersalin. Aku meneruskan usaha menyediakan calon SPM Biologi selepas Hari Raya Puasa. Kelas aku kendalikan waktu malam, dari pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam. Syukur kepada Allah SWT kerana semua calon Biologi di SMK Seri Lipis lulus.

Ini merupakan kejayaan bagi diri aku dalam mengajar, walaupun aku sudah bersara. Tahun ini, 2010 kedua-dua sekolah ini masih meminta sumbangan dari aku.Insya Allah aku akan tunaikan sehingga murid-murid ini mengambil peperiksaan SPM. Aku panjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga semua anak muridku beroleh kejayaan dengan cemerlang. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. Cikgu Nona ( guru biology smk seri lipis ) permalink
    Mac 13, 2010 12:18 pm

    Assalamualaikum Tuan Haji, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan haji kerana sudi meggantikan tempat saya semasa saya cuti bersalin pada tahun lepas. Dengan bantuan tuan haji Alhamdulillah kesemua 15 orang pelajar biologi saya telah lulus dengan baik. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik tuan haji. Bagi pihak pelajar2 saya saya ingin ucapkan terima kasih diatas segala ilmu dan pengatahuan yang telah tuan haji curahkan kepada mereka semua.

    Bab tolong menolong tu tak jadi hal…. Kalau orang sudi ditolong, boleh sahaja saya menolongnya.

  2. khairuummah77 permalink
    Mac 14, 2010 12:14 am

    Madrasah Khairu Ummah

    Kami memerlukan sumbanggan anda untuk menjayakan pembenaan pondok ini. #Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805 di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

    Sila Layarai – http://khairuummah77.wordpress.com

  3. elie smk padang tengku permalink
    Mac 16, 2010 1:03 pm

    tn hj, trima kasih atas segala tunjuk ajar…2009, 8 orang dapat A..berkat tunjuk ajar tn hj..buku2 yg tn hj bagi pinjam kat saya banyak sangat membantu saya dalam master kurikulum ni…terima kasih yang tidak terhingga…ada tn hj la menguatkan semangat saya untuk bergiat dalam bidang kurikulum ni…jasa tn hj takkan saya lupa…terima kasih cikgu…

    Sama-sama, semoga sumbangan saya dapat memudahkan kerja rakan-rakan yang sudi menerimanya. Berjaya dan terus berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: