Skip to content

SMK Orang Kaya Haji

Mac 31, 2010

SMK Orang Kaya Haji sebuah sekolah menengah di Bandar Lipis. Dahulu terkenal dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bandar Lipis. Dikalangan murid-murid dahulu sekolah ini dikenali dengan nama SEMERAK. Sekolah menengah yang memulakan operasinya pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Anika Jurusan. Sekolah yang dibina dilereng bukit ini terletak pada jarak 1 batu dari Bandar Lipis menuju ke Benta. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Batu Satu.

Dahulu sekolah ini menampung kedatangan murid dari sepanjang Sungai Jelai dari Bandar Lipis kehilir sehingga ke Kuala Tembeling. Murid-murid juga datang dari kampung Relong, Tempoyang, Penjom dan Lalang. Disamping itu sekolah ini menerima murid-murid Orang Asli yang tinggal di Asrama Murid Asli Bukit ABO Sungai Kerpan. Semasa dibuka sekolah ini merupakan sekolah menengah aliran Melayu. Guru Besar (Pengetua) yang pertama ialah Cikgu Abdul Malik Gani atau MG.

Antara murid awal sekolah ini ialah sahabat aku yang menjawat jawatan PPD Lipis sebelum bersara serta sahabatnya En Shaari Ramli, pensyarah IAB.  Salah seorang bekas muridnya yang berjaya dari kalangan Orang Asli ialah Dato’ Long bin Jidin. Belinda Kaur (pelakun drama)pernah bersekolah di sekolah ini.

Aku menulis tajuk ini kerana tiga sebab. Pertama, aku pernah menjadi Pengetua sekolah ini. Mungkin akulah Pengetua yang paling singkat masa perkhidmatan di sekolah ini. Aku mula menjadi pengetua di SMKOKH ini bermula pada 16 Mac 2001 sehingga 15 Mei 2001, iaitu selama dua bulan sahaja. Seorang lagi pengetua yang singkat perkhidmatan di sekolah ini ialah Tuan Haji Farid Yaakob. Kedua, isteri aku pernah berkhidmat di sekolah ini selama lima tahun, bermula tahun 1976 sehingga tahun 1980. Isteri aku ni kira-kiranya bertemu jodoh dengan aku ketika dia bertugas sebagai guru di SMKOKH. Ketiga, pada 23 Mac 2010 (Selasa), aku dijemput oleh pihak sekolah ini untuk menyampaikan ceramah kemahiran belajar. Aku sampaikan ceramah bagaimana nak buat peta minda kepada murid tingkatan tiga dan tingkatan lima.

Sepanjang dua bulan aku menjadi Pengetua di SMKOKH ini, aku sempat bermesyuarat sekali dengan AJK PIBG serta mengajak PIBG mengadakan gotong royong menebas kawasan semak yang bersempadan dengan Zoo Kuala Lipis. Kawasan semak itu merupakan kawasan strategik tempat murid-murid aku memonteng. Selepas kawasan itu di tebas maka aktiviti memonteng pun menjadi kurang. Ketika aku berkhidmat sebagai Pengetua di sekolah ini aku sempat dua kali datang ke asrama menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib. Aku juga sempat memberikan motivasi kepada murid aku di asrama murid Orang Asli di Sungai Kerpan.

Bagi isteri aku, dia berkhidmat selama lima tahun di sekolah ini. Empat tahun darinya beliau menjadi warden asrama puteri. Banyak kisah yang boleh diceritakan tentang perangai penghuni asrama puteri ni. Walau bagaimana pun aku tidak ada autoriti untuk menulis kisah pengalaman isteriku sebagi warden. Biarlah mereka yang tinggal di asrama puteri SEMERAK dari tahun 1976 sehingga tahun 1979 mengingat kembali nostalgia mereka di asrama. Kalau ada di kalangan mereka terbaca kiriman ini, diharapkan membuat komenter.

Membina peta minda merupakan sesuatu yang aku gemar. Melalui kemahiran membuat peta minda inovasi P & P boleh dibuat. Hasil dari inovasi yang pernah aku lakukan agak menggembirakan. Itulah sebabnya mengapa aku selalunya membuat promosi penggunaan peta minda pembelajaran. Semasa aku menyampaikan ceramah tentang pembinaan peta minda untuk membuat nota pembelajaran, aku dapati ramai murid yang berminat membuat serta menggunakannya. Mungkin galakkan dari para guru agak kurang. Sekiranya guru membuat sedikit galakan dan paksaan, aku kira P&P akan menjadi mudah dan cepat.

Semoga SMKOKH dapat menapak laju bagi memertabatkan kehebatan sebuah sekolah di pinggir bandar. Sekian TK.

Advertisements
4 Komen leave one →
  1. Mei 31, 2011 2:52 pm

    salamualaikum..saya pernah sekolah kat sini,dari tahun 2004-2008..sekolah tu dah banyak berubah,alhamdulillah..tak sama dgn sekolah lain,kt sini seribu satu ragam!pening2..huhuh..papepun,moga2 sekolah smkokh mmakin maju ke hadapan..

  2. Oktober 10, 2012 6:06 pm

    Salam …Saya Sekolah Dekat Sini dari tahun 2008 hingga sekarang … Sedih nyee tahun ni last sekolah dekat sini … terima kasih sekolah sebab mengajar saya tentang erti kehidupan 😀

    Apa nak sedih… itu tanda dah tua… kalau 2008 dulu kamu datang ke SMKOKH masa tu kamu baru Tingkatan 1, belum pandai bergaya, masih tak pandai banyak perkara tapi kini dah Tingkatan 5, tentu dah lebih cantik dari masa dahulu dah banyak perkara yang kamu pandai, hingga perkara yang cikgu tidak ajar pun kamu pandai.. Untuk itu jadilah orang yang berguna kepada diri sendiri, berbakti kepada ayah bonda, menjadi orang yang berjasa kepada sekolah, masyarakat, umat Islam dan negara… Bersedia menghadapi SPM semoga berjaya..

  3. aini abdullah permalink
    Februari 4, 2013 9:35 am

    Saya adalah bekas pelajar smkoh.tahun 1987 higga1989.pengetua md jamil sojo

    Saya hanya mengajar di SMKOKH selama dua bulan sahaja, oleh itu apa-apa rancangan dengan SMKOKH hubungilah mereka yang lebih arif dengan SMKOKH>

  4. Mei 27, 2014 2:21 am

    saya pun pernah bersekolah disini..tahun 2001 hingga 2004..kini saya berada di johor..namun SMKOKH tetap dalam kenangan.

    Saya juga pernah menjadi Pengetua di SMK OKH selama dua bulan aiitu dari 16 Mac 2001 hingga 16 Mei 2001. Saya merupakan Pengetua yang berkhidmat paling singkat di SMK OKH ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: