Skip to content

MUSAFIR 1

Mei 4, 2010

Bermusafir adalah satu aktiviti yang diiktiraf  oleh Islam. Aktiviti ini boleh dikira sebagai ibadah sekiranya menepati ciri-ciri yang tetapkan oleh Islam.  Antaranya ialah pernyataan niat bagi perbuatan musafir itu. Niatnya mesti kerana Allah SWT. Kedua tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Ketiga perkara yang dibuat hendaklah disuruh oleh Islam. Keempat dirancang dengan sebaik mungkin dan kelima tidak meninggalkan perkara-perkara yang wajib seperti solat semasa melakukan aktiviti berkenaan.

Menunaikan fardhu Haji juga merupakan satu bentuk aktiviti musafir. Perjalanan musafir ketika menunaikan fardhu haji merupakan satu perjalanan yang dirancang dan ditunjukkan cara dan kaedahnya oleh Rasulullah SAW seperti yang disyariatkan oleh Allah SWT. Bukti lain bahawa musafir ini diiktiraf oleh Allah SWT ialah adanya kaedah menunaikan solat jamak dan qasar semasa berpemergian yang melebihi dua marhalah (90 km). Anjuran melakukan perbuatan musafir ini sememangnya terdapat dalam hadis dan Al Quraan. Ada hadis yang menenerangkan tentang perlaunya melantik seorang ketua apabila melakukan musafir seramai tiga orang.

Allah SWT meminta manusia yang bermusafir ini melihat kebesaran ciptaan Nya, bertujuan untuk mendatangkan rasa kebesaran, kehebatan serta keagungan Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Pencipta. Ini membolehkan seseorang itu menguatkan iman dan takwa didalam dirinya.  Alam ciptaan Allah SWT ini merupakan kitab terbuka ciptaan Allah yang perlu diperhati, diteliti oleh manusia menggunakan aqal serta panduan dari Al Quraan. Semoga dengan menghayati kehebatan ciptaan Allah SWT kita akan menginsafi diri kita sebagai seorang hamba kepada Nya.

Aku menulis artikel ini kerana taqdirnya aku kini sedang bermusafir jauh dari negara Malaysia. Masa aku menulis ini aku baru tiba beberapa jam dari Malaysia setelah menaiki tiga penerbangan. Pertama penerbangan menggunakan Qatar Airways dari KLIA ke Doha. Transit selama dua jam lebih dan meneruskan perjalanan menggunakan Qatar Airways dari Doha ke Heathrow, London. Penerbangan yang ketiga ialah dari Heathrow ke Belfast City menggunakan BMI. Cukup dahulu cerita tentang musafir aku… akan bersambung. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: